16 Ogos ni la bermula lembaran dan intipati baru dalam hidupku. Entah mengapa, aku berdebar ketika melaluinya. Aku tersenyum walaupun agak kelat dan aku betul betul tidak tahu apakah ia realiti atau sekadar fantasi? Dan pada saat ini ia kerap kali berputar sendiri di kotak fikiran ku. Terbayang sesuatu yang sangat mengujakan dan teristimewa itu!
Aku terlalu ingin masa pada 16 Ogos ini berjalan paling lambat selambat kura kura. Aku ingin 16 Ogos ini menjadi saksi peristiwa itu dan aku mahu 16 Ogos ini dilanjutkan lagi untuk 24-7. Hurm.....Sungguh tinggi permintaan ku bukan? Tapi aku tidak tahu samada realiti atau fantasi ini akan terus bermain di kotak minda bagi pihak lain. Yang pasti akan ku singkap ceritera itu ketika aku bersendiri dan teringat peristiwa yang mengujakan dan teristimewa bersama dia.
"Terasa bagai mimpi". Itu sememangnya yang sedang berlaku. Mimpi dalam mimpi macam lagu Bagio dulu dulu. Aku harap 'mimpi' ini akan kekal dalam ingatan ku dan dia. Terima kasih atas segalanya and i'm really appreciate it! I miss us (wink...wink...) (^_~)
No comments:
Post a Comment