CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Tuesday, April 27, 2010

ADINDA buat KEKANDA

Aku sangat suka lagu nie. Nice and catchy. First dengar memang dah fall in LOVE...
Mesti best kalau ada someone yang dedicate dis song for us kan. Terharu lagi lah rasa jiwa bergolak indah. Cewah...jiwangsss la pulak ^_*

Apapun, memang aku minat gila kat suara Lah Ahmad nie sejak dia kat VE lagi. Jom layan sikit lagu nie.


Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang kutunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

(Chorus)
Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

(Chorus)

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa

(Chorus)


Saturday, April 24, 2010

Bila dah nakal sangat, akibatnya....

Suatu petang 23 April 2010 tu, aku dan kengkawan (Lina,Sia dan Sue) dengan penuh ketegaran pergilah ke belakang blok A tu. Membawa perasaan kepingin nak makan mangga. Sebab apa tau, mangga kat sana tak masam.Makan macam keropok ja. So, taklah perlu kecur liur setiap
kali gigitan pertama hingga terakhir.Promote nie.

-Ni la hasilnya yang tak seberapa-

Bila dah geram sangat tengok mangga yang besar dan debab kat atas tu, rasa nak juga capai walaupun galah tak sepanjang mana. Try panjat pula.Tapi tak dapat.Bila nak turun pokok tu, kaki pula buat hal.Ingatkan landing kat tanah tapi terasa keras.Rupanya ada satu besi tegak berdiri ja kat situ.Perghhhh..sakit tu sakit juga la.Tapi tak terasa sangat.

Bila dah balik bilik dan nak pergi ambil wuduk Solat Maghrib, kaki tetiba rasa susah nak jalan. Belek-belek sikit telapak kaki kiri, "Eh..kaki macam nak bengkak ni. Kejap lagi lebam la".

Pastu cuak la. Sampai jalan pun terhenjut-henjut mengalahkan Si Capik. Post status baru kat Digsby."Sila ucapkan takziah pada saya yang mengalami kaki lebam".

Dan dengan baik hatinya kawan ku si Lina a.k.a Cik Bedah nie post kat Facebook dia.Patutlah semua kawan tau dan care pasal aku. Siti bagi 3 jenis ubat (Cap Kaki Tiga, Minyak Gamat dan Tiger Balm) dan Anis pun sama.Bagi Krim But-But keluaran HPA. Terima kasih kawan-kawan. Malangnya, kulit di telapak kaki sangatlah keras sehingga tak mampu rasa kepedasan krim tu. Alahai nasib.

-Terima kasih kawan-kawan-

Bila SMS kat kawan mengadu, siap kena marah lagi. "Nak panjat pokok mangga tu apasal? Ngengada". Kan dah kena.Mesej yang sorang pun sama. "Tu lah. Tak pandai diam"....T_T

Apapun, ni kita pengalaman kaki lebam la nie .Sekarang ni (24 April 2010,3.48pm) barulah terasa sakitnya dan kesan lebam yang warna biru tu dah kelihatan. Lepas ni tak dapatlah jalan macam normal person lagi dah. Kena terhenjut-henjut juga. T_T
-Hasil daripada kenakalan itu-

Ok la. Entri pasal nakak nie dah habis. Bai.

Aku nak g tengok wayang!!!


Aku teringin sangat nak tengok cerita nie. Maklumlah, pelakon pun cun-cun. Paling suka ada Kak Amy Mastura...dan Orang pertama yang mula memperkenalkan aku dengan cerita ni adalah Yan a.k.a Toi Kirmizie. Dia kenalkan dengan lagu A.P.I-Pelita.Sejak kawan dengan Yan nie, banyak lagu yang ku tahu adalah daripada Indie Band. Nice la Yan...^_^

Bila nak abis exam nie??? Nak tengok movie....T_T

Friday, April 23, 2010

Siapa pemilik CINTA ku?

Seringkali kita mengungkapkan kata CINTA. Namun apakah maksud tersirat di sebalik perkataan C.I.N.T.A itu sendiri. Menurut bahasa, perkataan al-hubb atau al-hibb bererti cinta dan kasih sayang. Tahabba ilaihi ertinya dia mencintainya. Habiib bermakna kecintaan atau yang dicintai. Jama'hubb atau hibb ialah habaab,habbaan,habuub dan hababah. Manakala menurut menurut istilah pula, CINTA merupakan kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mencintai.

Pesanan daripadanya mengenai pemilik CINTA ku selepas ALLAH & RASUL adalah :-

  • BUAT ADIK-ADIK REMAJA yang baru mengenali CINTA, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesananku, cintailah ALLAH nescaya cinta pasangan soleh turut dimiliki.
  • BUAT BAKAL-BAKAL PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.
  • BUAT PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.
  • BUAT PARA SUAMI, ketahuilah bahawa bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isteri mu.
  • BUAT PARA ISTERI, ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.
  • BUAT IBUBAPA, ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu pada alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.

Sangat indah bingkisan ini sehinggakan aku juga tertanya-tanya. Siapakah bakal menjadi pemilik CINTA ku selepas ALLAH dan RASUL. Makin ku singkap bingkisan ini makin daif rasanya diri ini. Makin terfikir layakkah aku menerima Adam Soleh yang sudi menjadikan aku sebagai tulang rusuk kirinya. Sedangkan aku tidak mempunyai apa-apa kriteria yang boleh dibanggakan buat masa ini. Seharusnya aku memikirkan dahulu tentang diri ku yang banyak perlukan penambahbaikan sebelum ingin mendapatkan insan soleh itu.

Aku berharap dengan kehadiran bingkisan ini sebagai hadiah daripada sahabatku, Nurhidayah Muksin sempena ulang tahun kelahiran ku yang ke-23 ini mampu membimbing aku ke arah yang lebih diredhai oleh-NYA seterusnya mendapatkan pemilik CINTA ku mengikut ciri-ciri yang di impikan iaitu paling utama dari segi agamanya.INSYAALLAH...^_*

Inilah dia bingkisan yang berbentuk panduan membina mahligai kasih idaman melalui inspirasi kisah motivasi yang ku katakan itu. Hasil penulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin kini menjadi panduan bagi ku untuk memperbaiki diri sekaligus mencari pemilik CINTA ku kini.


Thursday, April 22, 2010

EXAM MODE

Patutnya entri ni dah lama kena post. Tapi belum ada idea nak tulis apa lagi. Busy sangat dengan proses penghafalan isi-isi penting untuk subjek Komputer dan Multimedia subjek Dr.Tan Choon Keong yang memerlukan kefahaman serta exam berbentuk esei. Wei...aku la orang paling ngetop time kelas. Masuk kelas di minit-minit terakhir dan tak tumpu perhatian. Sebab hari Selasa aku ada 2 kelas bertindih. Bila nak exam baru cuak berabis. Nasib baik ada geng yang saling menyokong. Huhu..terharu T_T

Aku kena mengambil sebanyak 8 subjek ni. Bapak punya banyak kan.Padan muka dulu tak mau ambil banyak-banyak. Sekarang baru nak tensi sendiri. Orang dengan final year ni dah boleh rilex dan cool. Tapi aku masih bergelumang dengan subjek budak-budak ke subjek mama budak. ^_^

Exam aku start paling awal antara kawan-kawan lain. JADUAL EXAM ku ada di sini.

Dan disebabkan dengan minggu exam ini juga la aku dinasihatkan oleh kawan baik, Yan atau kat Facebook nama dia Toi Kirmizie supaya tak buka Facebook sepanjang exam mode ni. Aku dengan semangat jiwa yang membara telah membuat satu wallpaper untuk sentiasa mengingati janji ku kepadanya. Bagus juga ada kawan yang saling mengingati nie. At least aku tidak menghabiskan masa di Facebook sahaja.Thanks Yan. Love You Friend!! ^_*

Semangat membara untuk tidak buka FB sepanjang minggu exam.
Siap buat wallpaper ya. Yan..sila berbangga dengan pencapaian saya *Bangga diri =)*

So...jom hidupkan EXAM MODE ni!

Wednesday, April 21, 2010

Rumah Kelkatu

Mendampingi cahaya
Sesuatu yang amat dirindui
Selama mana kelam
Tak jua diketahui di mana pelabuhan persinggahan
Istirehat seketika
Sementara menghidu warna cahaya datang lagi

Adakalanya kau berkejaran sesama sendiri
Menerpa sesuatu
Yang dijangka berharga

Melangkahi sempadan bunyi
Merempuh deru hujan
Menyedut ozon hitam

Siang...
Kau memasuki busut
Bersuluk sebagai rumah zikirmu
Di samping merancang hari depan
Semoga rumah kelkatu
Kelip bersinar
Tanpa menyedut butiran haba
Di lampu jalan

-Supian Hanuman Khan,2001-

Kelkatu

Tuesday, April 20, 2010

LELAKI IDAMAN SAYA

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap ISLAM

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarganya

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya

Yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya mendalami ISLAM

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah kesyukuran dengan rahmat ALLAH ke atasnya


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam

Yang hidup di bawah naungan AL-QURAN dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH ke atasnya


Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak pernah terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah LELAKI IDAMAN SAYA


-LELAKI IDAMAN SAYA-

Saturday, April 10, 2010

Wah!! Usia dah mencecah angka 23 laaa...

Selamat ulang tahun
Selamat ulang tahun
Selamat ulang tahun ke-23
Selamat ulang tahun

Wahwahwah..sangat teruja apabila menyanyikan lagu nie..Tapi, siapa dah 23 tahun nie? Alamakkkkkkkk...AKU dah masuk umur 23 dah ke?Tak perasanlah.Ingatkan mudah lagi.Ish..ish..ish...tua dah ekau ye SARINA. Kalau kahwin ni anak dah cukup satu team bola sepak...^_^

Tapi yang sedihnya 9 April 2010 lepas adalah bila tak dapat dengar suara mak telefon pagi-pagi mengejutkan Along ni untuk menyanyikan lagu Hari Lahir. Isk..isk..isk...T_T

Dapat call pun jam berapa dah tu. Tak macam tahun lepas. Happy sesangat bila dengar mak dan adik-adik manis yang perempuan kat rumah semua nyanyi tuk Along. Mak kata kat rumah tak dapat line Celcom sampai time mak call pun terputus-putus nie.Sengal la CELCOM ni. Time birthday aku pula nak buat hal.Ish...

Apapun, bila buka FACEBOOK..berduyun-duyun, bertalu-talu ucapan datang. Terima kasih kawan-kawan.Sayang korang semua.Mmmmuuuahhh...^_* Ingat juga korang dengan aku ya *nasib baik kat FB ada reminder pasal birthday kan. Siapa yang rajin online dapatlah tengok*

Malam lepas maghrib tu geng-geng karas dengan berbesar hati nak bawa makan di Kg.Nelayan Seafood. Wow!! Best lah kat sana. Dapat juga makan steamboat dan BBQ ya. Terima kasih kawan-kawan Suhaini Saung, Nurlina Bolong, Aizan Hamdan, Nursia Daming dan Nur Heliza Helmi (sila kelik untuk FB mereka). Korang memang vogue la geng. Sayang korang semua. Harap-harap hubungan ni akan kekal sampai bila-bila walaupun lepas ni masing-masing bawa haluan sendiri.

(Aku ambil gambar ni dari FB saja.Malas nak edit. Lagipun Lina dah edit dan upload kan)

Terima kasih banyak-banyak geng karas ku sekalian

Bagus Nursia tu ya. Siap baca doa lagi.Khusyuk bebenor ^_^
Kenyang dah anak gadis nie semua. Penat menghabiskan makanan.Yoshhhh!!

Yang ni pula adalah antara habuan yang ku terima start 9-10 April 2010. Nama-nama dalam gambar ni adalah mereka yang memberi. Terima kasih pada kalian.
10 April 2010, geng-geng SMTT ku pula yang berbesar hati untuk membelanja aku makan di JAWS 1B. Abg Long, Ramat Sempit, Asrul a.k.a Roy dan Mieemin Pak Tam. Sebenarnya yang mengeluarkan hasil gaji adalah Abg Long dan Ramat...^_^
Kami yang lain menumpang kasih ja.Hihihi.


TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA KERANA MENCERIAKAN HARI ULANG TAHUN KU KALI INI. SAYANG KAMU SEMUA. MMMUUUAAAHHHH...('',)



Saturday, April 3, 2010

Perasaan apakah ini?

Kenapa aku rasa semacam ja sejak kebelakangan ni? Semua serba tak betul, serba tak kena. Aku rasa makin jauh. Jauh sangat. Dan aku telah melalui satu kejadian yang sangat aneh. Membuatkan aku terfikir sendiri. Betul ka tidak tindakan itu. Aku pening memikirkan. Aku tak tahu nak kata apa lagi dah. Aku buntu dengan perasaan sendiri. Aku bingung. Aku nak luah pada siapa ya? Takkan ada yang memahami kecuali AKU...AKU & AKU. Bila imbas kembali,betulkah tu ya?? Ermmm....tapi ada yang tak kena di situ. Hanya AKU yang tahu. Biarlah kisah ini ku patrikan di sini sekadar untuk melunaskan perasaan ku kini.


KELIRU