CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Friday, April 23, 2010

Siapa pemilik CINTA ku?

Seringkali kita mengungkapkan kata CINTA. Namun apakah maksud tersirat di sebalik perkataan C.I.N.T.A itu sendiri. Menurut bahasa, perkataan al-hubb atau al-hibb bererti cinta dan kasih sayang. Tahabba ilaihi ertinya dia mencintainya. Habiib bermakna kecintaan atau yang dicintai. Jama'hubb atau hibb ialah habaab,habbaan,habuub dan hababah. Manakala menurut menurut istilah pula, CINTA merupakan kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mencintai.

Pesanan daripadanya mengenai pemilik CINTA ku selepas ALLAH & RASUL adalah :-

  • BUAT ADIK-ADIK REMAJA yang baru mengenali CINTA, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesananku, cintailah ALLAH nescaya cinta pasangan soleh turut dimiliki.
  • BUAT BAKAL-BAKAL PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.
  • BUAT PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.
  • BUAT PARA SUAMI, ketahuilah bahawa bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isteri mu.
  • BUAT PARA ISTERI, ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.
  • BUAT IBUBAPA, ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu pada alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.

Sangat indah bingkisan ini sehinggakan aku juga tertanya-tanya. Siapakah bakal menjadi pemilik CINTA ku selepas ALLAH dan RASUL. Makin ku singkap bingkisan ini makin daif rasanya diri ini. Makin terfikir layakkah aku menerima Adam Soleh yang sudi menjadikan aku sebagai tulang rusuk kirinya. Sedangkan aku tidak mempunyai apa-apa kriteria yang boleh dibanggakan buat masa ini. Seharusnya aku memikirkan dahulu tentang diri ku yang banyak perlukan penambahbaikan sebelum ingin mendapatkan insan soleh itu.

Aku berharap dengan kehadiran bingkisan ini sebagai hadiah daripada sahabatku, Nurhidayah Muksin sempena ulang tahun kelahiran ku yang ke-23 ini mampu membimbing aku ke arah yang lebih diredhai oleh-NYA seterusnya mendapatkan pemilik CINTA ku mengikut ciri-ciri yang di impikan iaitu paling utama dari segi agamanya.INSYAALLAH...^_*

Inilah dia bingkisan yang berbentuk panduan membina mahligai kasih idaman melalui inspirasi kisah motivasi yang ku katakan itu. Hasil penulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin kini menjadi panduan bagi ku untuk memperbaiki diri sekaligus mencari pemilik CINTA ku kini.


No comments: