CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Thursday, April 22, 2010

EXAM MODE

Patutnya entri ni dah lama kena post. Tapi belum ada idea nak tulis apa lagi. Busy sangat dengan proses penghafalan isi-isi penting untuk subjek Komputer dan Multimedia subjek Dr.Tan Choon Keong yang memerlukan kefahaman serta exam berbentuk esei. Wei...aku la orang paling ngetop time kelas. Masuk kelas di minit-minit terakhir dan tak tumpu perhatian. Sebab hari Selasa aku ada 2 kelas bertindih. Bila nak exam baru cuak berabis. Nasib baik ada geng yang saling menyokong. Huhu..terharu T_T

Aku kena mengambil sebanyak 8 subjek ni. Bapak punya banyak kan.Padan muka dulu tak mau ambil banyak-banyak. Sekarang baru nak tensi sendiri. Orang dengan final year ni dah boleh rilex dan cool. Tapi aku masih bergelumang dengan subjek budak-budak ke subjek mama budak. ^_^

Exam aku start paling awal antara kawan-kawan lain. JADUAL EXAM ku ada di sini.

Dan disebabkan dengan minggu exam ini juga la aku dinasihatkan oleh kawan baik, Yan atau kat Facebook nama dia Toi Kirmizie supaya tak buka Facebook sepanjang exam mode ni. Aku dengan semangat jiwa yang membara telah membuat satu wallpaper untuk sentiasa mengingati janji ku kepadanya. Bagus juga ada kawan yang saling mengingati nie. At least aku tidak menghabiskan masa di Facebook sahaja.Thanks Yan. Love You Friend!! ^_*

Semangat membara untuk tidak buka FB sepanjang minggu exam.
Siap buat wallpaper ya. Yan..sila berbangga dengan pencapaian saya *Bangga diri =)*

So...jom hidupkan EXAM MODE ni!

No comments: