CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Thursday, April 12, 2012

Kemenangan Pertandingan Kawad Kaki NGO SM Holy Trinity, Tawau

Tahniah kepada pasukan Pengakap Udara SM Holy Trinity Tawau atas kemenangan 6 kali berturut-turut dalam Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Tawau! Ayuh kita mantapkan lagi persiapan untuk ke peringkat negeri kelak.

Gambar bersama-sama Pengetua SMHT, Puan Chu Set Mei yang banyak menyokong pasukan ini


Wednesday, April 11, 2012

Pasrah itu menyerah

Bagaimana terjadi sesuatu musibah pun, aku tetap pasrah.Menyerah. Kerana aku yakin pasti ada hikmah atas semua ini. Namun sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata bahawasanya aku sangat terkilan.Ya.Sangat.Tidak pernah menjangkakan perkara ini akan timbul.Sehingga untuk memberitahu kepada ibu bapa pun sukar sekali. Mengadu? Ya. Aku telah lakukan itu. Mungkin juga ini kifarah kepada ku. Yang perlu aku bayar dengan cara ini. Sudah 2 kali sebenarnya. Kali kedua ini yang sangat memeritkan. Tapi tidak mengapa. Aku yakin kepada pembalasan ALLAH. Yakin seyakin-yakinnya. Yang penting usaha dan doa..maka akan bertawakkal la sudah.