CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Saturday, December 31, 2011

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012

Assalamualaikum w.w.w

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2011 dan juga merupakan hari penutup. Jika dipanjangkan usia dan tiada aral, InsyaALLAH esok bermula sudah episod baru dalam menempuh tahun 2012. Azam 2011 dah tertunai ka semua? Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan segala azam itu namun sejujurnya, tahun 2011 membawa kenangan yang tak akan dilupakan. Banyak perkara manis dan pahit yang berlaku sepanjang tahun ini dan semuanya akan sentiasa tersemat dalam minda. Mungkin juga untuk dijadikan garis panduan bagi tahun 2012. Segala perkara pahit yang berlaku akan dikaji semula supaya ianya tidak akan berulang kembali. Manakala perkara manis pula akan tetap tersemat indah dalam sanubari.

Mungkin boleh kongsi sedikit kenangan manis yang berlaku sepanjang 2011 kan? Jom luangkan masa sedikit untuk membaca catatan tak seberapa ini :)

1. Syukur kerana berjaya mempostingkan diri di tanah tumpah darahku,TAWAU bertempat di SM HOLY TRINITY.

2. Bantuan tabung PAMA serta slip gaji pertama dapatlah keluarkan sebuah kereta.

3. Memberi 'gaji' kepada parents setiap bulan.

4. Dapat membayar balik pinjaman pembelajaran setiap bulan (Kenangan manis ka ni? Hahahaha)

5. Menghadiri Kursus Penggubalan Soalan Fizik di Hotel Shangri La, Kota Kinabalu. Sebenarnya saya tak layak sebab baru sahaja dipostingkan. Tawau ni ada guru cemerlang tapi syukur sebab terpilih. Boleh cedok ilmu berguna.

6. Menyeimbangkan kehidupan sebagai insan 24 tahun. Sudah capai target yang disasarkan sejak umur 18 tahun untuk bergelar graduan seawal usai 23 tahun dan kerja usia 24 tahun.Syukur!

7. Mengutip segala kemahiran dan pengalaman mengajar terutamanya kelas peperiksaan SPM Fizik. Mudah-mudahan anak-anak kesayangan cikgu lulus dengan cemerlang ya. Cikgu sentiasa doakan korang semua.

8. Melihat hari bahagia si sahabat dunia akhirat, Puan Nurlina Binti Bolong disatukan bersama teman sehidup semati,Encik Hasani Bin Tombong (Pesanan Ikhlas : Sila jaga sahabat saya sebaiknya ya) . Dan hari ini juga mendapat berita bahawa saya bakal jadi Aunty tahun depan. Alhamdulillah.

Cukuplah itu yang diingat kot buat masa ini dan terasa kenangan paling manis. Dan yang pahit pulak nak tahu? Erm..mungkin nak taip pun banyak kan tapi cukuplah sekadar tersemat dalam benak dan akan berlalu pergi dibawa arus masa.

Namun begitu, apa jua kenangan dan peristiwa yang berlaku sepanjang 2011 diharap dapat menjadi titik ukuran bagi menjadi yang lebih baik untuk tahun mendatang. Dan diharap juga 2011 akan kekal terpahat dalam ingatan.


2011

Apa pula cerita 2012 yang bakal menjelma esok? Mari sama-sama menjadi saksi kepada azam cikgu sorang ni. InsyaALLAH jika diberi kesempatan untuk melaksanakannya.

1. Menyediakan pelan kewangan. Contohnya membuat peta kewangan seumur hidup, membuat catatan perbelanjaan, simpanan hari tua dengan pelaburan dan perlindungan. Mengumpul dana sehingga dapat mengangkut sebijik DSLR idaman qalbu.

2. Menjadi seorang guru yang berkaliber dan disenangi semua pelajar. Kalau guru-guru tu, mungkin segelintir sahaja yang akan senang dengan kita kan? Jadi saya lebih mengutamakan klien saya, PELAJAR!

3. Membaikpulih keadaan rumah agar jadi Baiti Jannati.

4. Memperbaiki taraf hidup, menjadi lebih anggun dan berkarisma.

5. Mencapai sasaran SKT 90%. InsyaALLAH!!!

6. Menjadi hambaNYA yang tahu bersyukur akan nikmat yang diberikan. Hijrah kepada yang lebih lebih lebih baik!

7. Paling penting dan terpenting, menjadi seorang anak dan kak long yang solehah dan boleh dibanggakan oleh keluarga.

Tak perlu letak azam setinggi langit andai tidak mampu untuk menggapainya kan? Cukup meletakkan setakat yang kita yakin akan mampu mencapai bagi memperbaiki hidup di masa akan datang.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, marilah kita sama-sama membentuk peribadi mulia sebagai seorang Muslim agar segala ibadat kita akan diterima olehNYA.


2012

MARI SAMA-SAMA BERAZAM UNTUK MENUNAIKAN AZAM TERSEBUT.YOSH!!!

Thursday, December 29, 2011

Semua itu dikatakan fesyen semasa

Assalamualaikum w.w.t.

Pagi-pagi tadi dah agak bengang la. Entah kenapa. Terkesan sangat kot dengan arahan serta merta. Hmm...mungkin orang tak faham cara kita susun jadual hidup macam mana kan tapi takpalah. Lupakan semuanya. Takut jadi kudis pula nanti. And BTW, dah pergi sekolah untuk tandatangan SSM untuk tempoh berpencen. Dan saya secara rasminya akan berpencen pada usia 60 tahun tanpa paksaan. Mungkin terlalu lama berada dalam sektor pendidikan tapi harapnya jiwa masih berada di alam pengajaran dan pembelajaran.

Owh ya. Tadi pergi ke bandar selepas dari sekolah untuk meraikan adik, Syirah Nadihah yang telah berjaya menggondoli Anugerah Pelajar Terbaik Pra-Sekolah kelas 4. Sebagai supir berjaya, saya senang sekali dapat menumpang sekaki payung untuk dibelanja KFC. (^_~)

Itu bukan orang yang dimaksudkan. Syahindah An-Nur.

Mem besar bersama Syirah Nadihah. Heroin hari ini.

Dan destinasi seterusnya adalah ke pusat DXN bertempat di Bangunan Mara. Cuma yang peliknya di sini, entah mengapa seperti menjadi bahan tontotan umum (U) pula hari ni. Apa orang Tawau ni tak pernah tengok orang ka. Dan mak pun terus cakap, "Along, semua orang tumpukan pada Along hari ini. Dan semua tengok pada skirt Along". Hahaha.. saya rasa nak gelak saja. Memang betul jugalah. Setelah ekor mata pun melilau keadaan sekeliling, mereka memang tumpukan kepada skirt ini. Maxi skirt namanya. Kalau kat KL inilah fesyen semasa. Mungkin di Tawau ni masih agak baru kan. Tapi ceritera di sebalik pemakaian skirt adalah kerana ingin menyembunyikan segala lemak-lemak degil dan tak diinginkan di dalam badan. Hahaha~


Tadaaa...

Thanks to Lovely Shawl


Friday, December 23, 2011

InsyaALLAH,ada tu

Assalamualaikum w.w.t.


Pagi tadi aku dan dia naik Merotai pergi cari durian. Dengan baik hatinya,bagi dia peluang driving. Nampak macho sikit.Hahaha.
Lepas tu singgah di Restoran Maskur pekena sup tulang. Dan tanpa disangka-sangka hari ini juga dengan penuh berkeyakinan dan bersemangat waja,aku tanpa segan silunya bertanya kepada En.Engineer mengenai status kami.

Begini antara perbualannya. 


Aku : Boleh saya tanya sesuatu? (Ops,kitorang memang bahaskan diri dengan AWAK,SAYA dan YOU,mengada-ngada kan) Tehee~


Mr.E : Oh ya,apa nak tanya tu?


Aku : Kita ni macam mana ya?

Mr.E : Maksudnya? Perhubungan?

Aku : Ya.

Mr. E : We still at early stage kan. Saya pun tak berani lagi bagi pengharapan sedangkan kita sama-sama masih belum stabil kan.

Aku : Ya. Betul. Saya pun baru ja setahun bekerja. Bukan apa, cuma nak tanya sahaja. Selalu keluar berdua ni. Mak ada juga tanya.Sebab kalau saya kata takda, gerenti mak long akan carikan di kalangan keluarga. Saya tak mahu begitu. Saya nak pilih sendiri.

Mr.E : Owh mak yang tanya. Yakan, takkan nak bagi orang lain pula cari. Tapi macam saya cakap tadi la. Selagi saya betul-betul belum stabilkan diri, saya pun tak berani nak bagi janji apa-apa. Nanti janji tapi tak dapat nak tunaikan lagi susah kan.

Aku : Ya. tapi awak jangan fikir saya memaksa ya. Saya cuma bertanya sebab saya nak kepastian yang KITA ni sebenarnya apa.

Mr.E : Jangan risau. InsyaALLAH kalau ada jodoh takkan ke mana (Senyum-senyum).
Sekarang umur 25ya?

Aku : Eh, kita beza 2 tahun la. Awak 85 kan? Saya 87.

Mr.E : Owh ya. Sama umur dengan Sulimin pula (Kawan di SM Teknik Tawau). Takpa, mungkin dalam 2,3 tahun lagi tu bolehlah fikir lebih dalam.

((10 saat terdiam))

Aku : Tapi saya termasuk ka dalam perancangan masa depan awak?

Dengan muka cute tu memandang aku tapi tangan masih steady kat stereng kereta.

Mr.E : InsyaALLAH, ada tu.

Aku : 'Hanya mampu tersenyum'.

Actually my dear friend suruh gariskan perkataan InsyaALLAH tapi tak dapat sebab tak tahu cara. Mula-mula dia dengar aku ceritakan kisah ni dia ingat macam tak ada sudah aku dalam perancangannya. Yalah kan, InsyaALLAH membawa maksud 'Kalau diizinkan ALLAH'. Ada dua kemungkinan di situ. Antara aku termasuk atau tidak dalam perancangannya. Tapi syukurlah perkataan belakang tu buat aku dan dear friend senyum (actually ketawa terbahak-bahak) Muahahaha~

Lepas ja hantar Mr.E ke rumah tadi aku memang rasa nak nangis. Gila ka aku ni apa pergi confess kat orang? Tak pernah-pernah aku buat ya. FIRST TIME!!!

Owh ya, lupa nak khabarkan. Lepas ja dia turun dari seat pemandu, aku bagilah buah hati kat dia. Eh bukan, buah tangan. Hehe.

Ni dia..Tadaaa

Keychain BELIEVE. Sorry agak blur.

Dan paling special sebab ada yang special di dalamnya.

I like the whole design. Aku order warna dan akak tu tolong susun. Nice kan. Aku semakin suka dengan perkataan BELIEVE ni. Banyak maksudnya.


Yang ni sekali dalam kotak. Tema : Ungu.

Rasanya kisah kami ni masih tergantung lagi sebab masih tiada kata putus kan. Tapi tidak mengapa la. Apa boleh buat, kena menunggu dan terus menunggu nie. Lepas ni mungkin dia akan ke Miri. Tapi lepas balik dari meeting beberapa hari lepas di sana, tiba-tiba dia kata nak kena transfer balik ke KK. Time dia cakap KK tu nampak sangat macam happy sokmo. Aku terkejut pun iya, gembira pun iya. Cuma speechless. Tak tahu mau buat reaksi apa. Terdiam ja la. Warga tak prihatin betul. Hahaha~

Dia balik Ahad ni. Nak offer hantar ke airport mesti tak bagi. Tunggu dia buat jualan megasale la. Hihihi~ Muka tak malu betul budak 24 tahun ni.

p/s : Time nak tanya soalan tadi tu, ngam-ngam lagu LAFAZKANLAH daripada Rahayudean. Ni artis naungan Julfekar. Mengenai lagu ni kan, kalau kita suka pada seseorang tu maka lafazkanlah terus kepada dia. Takut nanti tak sempat luahkan terus melepas. Rugi kan. Terima kasih lagu. Kerana mu la aku menjadi kuat untuk menebalkan muka bertanya. Hahahaha~





Wednesday, December 14, 2011

Cuti-cuti Bukit Tengkorak dan Tampi-tampi Semporna

Assalamualaikum w.w.t

Alangkah indahnya dapat bercuti-cuti hilangkan bosan di rumah kan. Jadi sempena musim cuti persekolahan ini, saya dengan baik hatinya membawa mak dan adik-adik serta mak long pergi bercuti ke Semporna pada 14 Disember 2011. Kali ni nak bawa mereka hiking ke Bukit Tengkorak lepas tu terjun ke Tampi-tampi yang serba indah. Cadangan nak gerak jam 7 pagi. Tapi faham-faham je la dengan segala kekalutan awal pagi dan saya semalam tengah hangin dengan sorang mamat pemalas di sekolah yang tak reti buat Pelan Bertindak Pembangunan Sekolah. Hahaha..Yang tahu orangnya nie baguslah. Tolong pesan kat dia, berhentilah jadi kasanova. Buat-buatlah juga kerja dan tanggungjawab tu.

Opss..melalut pulak dah. Jum..jum kita abadikan kenangan bersama ketika percutian ini.


Sebelum berangkat. Muka putih melepak bukan semula jadi. Sebab terlebih foundation.Hahaha


Telah tiba ke destinasi tujuan yang pertama. Bukit Tengkorak. Tapi sebelum tu kena tulis nama dulu la.

Memulakan pendakian. Dengan Bismillah.

Tu dia gerbang nak masuk ke Bukit Tengkorak

Di awal pendakian. Budak 2 tahun pun semangat nak tawan Bukit Tengkorak tau

Perhentian pertama.Agak semput juga tapi masih bersemangat.


Mak dan Mak Long yang kepenatan tapi masih bersemangat waja

Yang An-Nur (Baju Putih) dinobatkan sebagai Juara keseluruhan hari ini

Ini memang betul-betul kat atas puncak okay

Sudah sampai di Tampi-tampi

Sesi rendaman bermula. Siap dengan jaket keselamatan ya.

Belajar untuk berenang

Nasib paras laut tak dalam. Boleh berjalan dari tangga sana ke tangga sini

Bergambar lagi lepas salin baju

Muka kelaparan semua

Terlupa bawa tikar.Teka itu 'tikar' apa?

Tuesday, December 13, 2011

Si DIA yang dinanti

Assalamualaikum w.w.t

Tunggu punya tunggu akhirnya si dia sudah kembali ke pangkal jalan. Owh...sungguh dirindu. Setelah lama merajuk dengan dirinya yang tidak berkesempatan menemui ku sewaktu Kursus Induksi di KK bulan November lepas, kini dapatlah lepaskan sikit rasa rindu yang sentiasa bertandang di hati. Tapi nak ke mana ya? Rasa malas nak keluar pun masih ada lagi ni. Almaklum, cuti sekolah kan. Memang perangai malas ku nie lama dah bertapak kat dalam diri sejak lama berhibernasi kat rumah. Esok cadang nak ke Semporna. Takkan nak tunggu lama-lama untuk jumpa kot. Makin la menebal rasa rindu. Dahla dia cuma ada 2 minggu saja kat sini. Postpone nanti aku juga yang rugi kan. Nak tunggu dia ambil cuti ni pun punyalah lama. Orang kerja dengan company. Begitulah.

So, kena prepare myself nie. Tapi kan ada problem la. Rasa perut pagi ni tak best ni. Macam dia bagi sign nak period cramp jer. Oh no!...Janganlah. Belum masuk waktu lagi nie. Bukan tarikh belas-belas ke patutnya? Erm...Please don't. Aku masih mahu suci untuk sentiasa bertemu ALLAH.

Ok la kena chow dulu ni. Nak Bersihkan rumah sikit then nak bersihkan diri. Kena prepare awal kalau nak keluar. Hehehe~

Wednesday, December 7, 2011

Stanza Cinta

Sempena musim persekolah ini, aku merajinkan diri untuk khatam segala novel yang aku tempah melalui FB. Semakin minat juga dengan membaca ni. Entah lepas ni dapat tak aku membaca lagi seperti sekarang. Maklumlah bakal sibuk dengan persekolahan. Sedangkan belog ini pun dah hampir bersawang gara-gara terbiar sahaja. Tapi apa boleh buat,empunya badan sangat sibuk. Jum kita hadam dan cerna sikit ingatan pada bait-bait lagu Stanza Cinta ni. Novel ni aku beli secara kebetulan terjumpa di FB.

Berderai mata hatiku
Mendera semua harapan

Selaksa cintaku padanya

Ikatan suci romantika naungan-Mu

Meski sejuta cinta menyapaMasih cenderung ku padanya

Tuhan, satukan hati kami

Di bawah cinta-Mu alirkan bahagia

di redha-Mu

Ku tidurkan mimpi indah ini

Pada-Mu yang menggenggam takdir

Ku sandarkan harapaku ini

Pada-Mu Ya Ilahi. ku simpan

Dalam rongga hati

Stanza Cinta




Monday, December 5, 2011

Hati cuma satu dan bukan berbelah bahagi.

Assalamualaikum w.w.t

Saya ada minat kat sorang mamat nie.Tapi entah kenapa sejak kebelakangan ini macam ada yang bagi hint nak ke saya. (Aduh..perasan banget lagi lorh). Tapi apa boleh buat, hati saya sudah diisi. So sorry bagi yang terlewat untuk mengejar gov.my kerana saya sudah awal booking Ptd.Ltd.

Saya tak kisah kalau nak bertepuk amai-amai ka atau what so ever, yang penting saya tahu hati saya tetap padanya. Saya akan tetap dan terus menunggu sehingga dia mengatakan YES.

Sekali lagi, minta maaf buat yang bakal kecewa (sangat-sangat perasan okay). Bukan niat untuk melukakan dan jatuh pada lubang ke-2 atau ke-3, saya harus tegaskan yang hati saya cuma untuk si dia yang hadir dan mengisinya lebih awal daripada anda.

p/s : Harap dia dapat cuti bulan Disember. Kangen okay!