CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Tuesday, May 31, 2011

Pilihan pelamin pengantin

Sekarang ni tengah musim cuti sekolah. Jadi mestilah ramai yang sibuk dengan majlis perkahwinan mahupun pertunangan kan. Baru-baru ini saja, kawan ku Norhafizah Tasaa selamat menjadi isteri kepada Andi Yusran Mahmud. Wow...agak gorgeous la pelamin dan persalinannya. Selepas itu giliran sorang kawan nie lagi, Muhammad Johan @ Joevan pada 5hb Jun nanti. Semua telah sampai seru ni, agak-agak aku bila lagi? Teehee...^_^

Namun perkahwinan nie memerlukan banyak budget tau. Dari segi persediaan pelamin, persalinan, kenduri kendara lagi. Hmmm..banyak kerja nak kena buat. Tapi persediaan awal ku adalah...PELAMIN!! Jom kita sama-sama melihat himpunan pelamin yang diilhamkan oleh pereka-pereka terkenal ni. Aku ambil semua gambar pelamin ni kat Karangkraf (Pesona Pengantin). Pelamin nie semua bertema.So mungkin boleh dijadikan contoh untuk pelamin akan datang nanti.Hehe...
Ringkas Menawan

Sebagai sebuah majlis yang dianggap penuh makna, upacara akad nikah yang dahulunya sering diadakan di rumah atau masjid kini turut menerima perubahan dari segi lokasi ia dilangsungkan. Disebabkan ketinggian nilai majlis itu sendiri serta tuntutan gaya hidup yang lebih tinggi pada masa kini, dewan semakin menjadi pilihan kebanyakan bakal pengantin untuk merealisasikan majlis pernikahan mereka.

Pelamin Nikah

Sesiapa yang melihat pelamin nikah ini pastinya terpaku dengan konsep yang ditampilkan. Hasil kreatif perekanya membuktikan kreativiti mampu diserlahkan dengan kelainan konsep tersendiri seperti pelamin nikah yang tampak ringkas berkonsep 3D ini. Penggunaan warna cerah dan gabungan bunga-bungaan di sudut pelamin turut memberi pilihan yang segar. Pemilihan bingkai cermin berwarna emas ala Inggeris klasik seperti berada di alam fantasi cerita kanak-kanak. Namun kelainan dititipkan apabila ada bunga segar yang keluar dari bingkai cermin klasik tersebut.

Jawa Keraton

Hasil kreativiti menerusi dekorasi pelamin kali ini memperlihatkan keringkasan dan keunikan yang ingin ditonjolkan mempelai. Berkonsepkan perkahwinan daripada adat Jawa Keraton, sememangnya memperlihatkan sesuatu idea yang baru. Penggunaan warna-warna yang harmoni di samping hiasannya, membuatkan pelamin idaman memikat hati tetamu yang datang. Tidak kira apa jua konsep dan juga pilihan tema perkahwinan, sudah semestinya pilihan tersebut mempamerkan ciri-ciri ringkas namun kelihatan mewah.

Tema Dekorasi

Mengadakan majlis perkahwinan di kampung halaman tidak bermakna ia tidak dapat digayakan mengikut konsep tert entu. Sama ada anda mahukan yang konsep mewah atau sederhana, andalah yang menentukannya. Menggunakan tema warna iaitu melalui mainan warna tert entu bagi menghiasi pelamin dan dekorasi majlis juga dilihat begitu menyerlah.
Timur Tengah

Konsep yang dipilih memberi impak yang besar terhadap dekorasi keseluruhan dewan. Melihat pada hiasan dekorasi kali ini mengingatkan kembali kepada ilham rekaan dari Timur Tengah. Bermula daripada dekorasi dewan sehinggalah kepada cenderahati buat tetamu, semuanya hasil ilham Timur Tengah yang islamik. Gabungan warna dan hiasan, pastinya buat anda yang mengimpikan dekorasi seperti ini.


Klasik & Moden

Konsep klasik dan moden kembali menjengah bagi anda yang gemarkannya. Tatkala kedua-duanya bertemu, pastinya menghasilkan satu dekorasi yang cukup indah, sekali gus menampilkan satu ekspresi yang cukup mendamaikan. Gabungan rona emas, kuning, dan putih cukup jelas untuk menghasilkan dekorasi yang indah nan mewah.
Resepsi Malam

Merencanakan perkahwinan impian dalam suasana yang cukup indah dan gilang gemilang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Perancangan dari peringkat awal haruslah dititik beratkan agar dapat anda mengabadikan kenangan teristimewa dalam kamus kehidupan bersama yang tersayang. Seiring dengan perancangan konsep dan tema hiasan dewan sudah pasti menjadi agenda pertama yang perlu anda fikirkan selepas pemilihan busana.

Moden & Tradisi

Cita rasa dan keinginan yang tinggi untuk majlis perkahwinan menjadi perkara biasa untuk semua pengantin. Pengantin baru pastinya ingin bersanding di pelamin impian yang indah. Selain itu, dekorasi keseluruhan dewan juga perlu diambil kira untuk menyerikan lagi suasana. Hiasan dari muka pintu hingga ke pelamin menggunakan sumber bunga segar pasti memukau padangan tetamu yang bertandang.

Pelamin Kanopi

Pelamin turut dijadikan pilihan untuk diletakkan di luar rumah ataupun di bawah kanopi. Pilihan ini antara yang terbaik supaya ruang rumah tidak terlalu sarat dengan tetamu dan dekorasi pelamin yang besar. Oleh itu, dekorasi pelamin di kanopi ini sesuai buat anda yang inginkan keselesaan. Selain itu, pelamin di kanopi ini juga sesuai buat anda yang inginkan konsep perkahwinan dalam taman.

Jadi, apa tunggu lagi. Pilihlah pelamin pilihan anda!!

-Credit to Pesona Pengantin (31 Mei 2011)-



Monday, May 30, 2011

Penyebab utama ANDARTU @ ANDALUSIA

Artikel ini diadaptasi daripada RESEPI RAHSIA KU yang telah bersama-sama berkongsi tips punca utama seseorang wanita menjadi ANDARTU (Anak Dara Tua) atau ANDALUSIA (Anak Dara Lanjut Usia). Seram juga bunyinya. Namun tetap bermohon pada ALLAH semoga dipercepatkan jodoh ku bila benar-benar telah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ISTERI.

Sudah menjadi fitrah setiap makhluk yang Allah SWT jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah SWT ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:



“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikan rumahtannya kamu rezeki dari yang baik-baik."


Firman Allah SWT lagi,


“Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali”.

Semua ibubapa apabila umur anak perempuannya meningkat 25 tahun dan belum mempunyai teman lelaki mulalah rasa gelisah takut-takut anaknya tak dipinang. Ibubapa ingin melihatnya anak perempuannya berumahtangga selepas mereka mula bekerja. Bagi anak perempuan yang tidak menyambung belajar di menara gading, selepas SPM saja sekiranya ada pihak lelaki masuk meminang ibubapa gadis akan terus bersetuju menerima pinangan itu dan suka jika anak gadis mereka kahwin awal. Jadi selesailah tugas dan tanggungjawab ibubapa membesar dan menjaga anaknya.

Bagi yang telah menamatkan pengajian di menara gading, apabila anak gadis mula bekerja dan sekiranya mereka sudah ada teman lelaki yang sama-sama bekerja. Ibubapa merasa lega sikit. Selalunya ibubapa akan bersetuju saja sekiranya bakal menantu itu sama tempat kerja dengan anak gadisnya datang meminang. Maka terjamin hidup anaknya bersama suaminya yang sama-sama bekerja.

Andartu akan menderita dan merasa malu dengan kawan-kawan jika masih belum mempunyai pasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran andartu atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu. Satu penghinaan bagi mereka kerana mungkin dianggap tidak laku atau sial.

Manalah sanggup melihat adik-beradik yang dah berkahwin bahagia bersama suami dan anak-anak. Ada saja suara sumbang yang mengumpat andartu ini. Berbagai tohmahan dan ayat yang tidak elok keluar dari mulut orang. Jiran memandang serong akan andartu ini. Tambahan pulak andartu ini yang bekerja sebagai buruh lagi dipandang hina. Yang berjawatan tinggi kurang sikit tekanan berbanding yang tidak bekerja.

Lelaki bujang atau suami orang pun lebih suka kepada janda daripada andartu. Memang semua lelaki menjadi janda sebagai pilihan utama. Selalunya janda-janda muda senang jodohnya berbanding andartu. Kalau suami baru meninggal dunia atau bercerai, sudah ada lelaki yang berminat mengambil mereka sebagai isteri. Sebab-sebab semua lelaki minat janda dari andartu tidak diketahui. Mungkin terangsang lebih bila bersama janda berbanding andartu.

Faktor-faktor yang menyebabkan perempuan-perempuan menjadi andartu.

1. Ibubapa yang terlalu memilih calon menantu dan pernah menolak pinangan pihak lelaki sebelum ini. Sanggup menjaga maruah keluarga dari biar anak perempuannya berkahwin. Perempuan ini akan mengalami sakit mental.

2. Ibubapa memilih calon menantu yang keluarga sama taraf dengan keluarganya. Kalau Dato nak berbesan dengan Dato juga atau setaraf dengan kekayaannya. Kalau kahwin juga suami miskin ini akan dihina oleh adik beradik keluarga sebelah perempuan.

3. Perempuan yang anti-sosial dan jarang bergaul. Asyik dengan diri sendiri. Malu dan takut untuk mengubah diri.

4. Perempuan yang intelek dan ego. Selalu menjadi boss di pejabat. Bila kahwin suami sah jadi pemandu peribadi atau tukang jaga rumah atau tukang masak peribadi.

5. Perempuan yang mengejar karier daripada berumahtangga. Mengejar pangkat dan jawatan kadang-kadang mengambil Phd untuk meningkatkan taraf kelulusan. Harapkan Profesornya yang bujang suka padanya. Tapi Profesor suka pada pucuk muda. Siapa suka pada daging ayam tua yang keras.

6. Perempuan yang menjadi perempuan simpanan suami orang atau VIP. Ingat nak jadi isteri no.2 tapi tunggu punya tunggu sampai habis madu dan sepah dibuang.

7. Perempuan yang telah disihirkan oleh lelaki kerana pinangan pernah ditolak oleh keluarga perempuan. Selalunya bertujuan untuk membalas dendam. Biar padan muka keluarga perempuan itu. Siapa pun tak akan datang meminang.

8. Perempuan yang mengidap penyakit kronik. Selalu pihak keluarga lelaki mahu bakal menantu yang sihat yang dapat memberi zuriat. Seperti leukemia dan sakit jantung berlubang yang jangka hayatnya pendek.

9. Perempuan yang banyak kali pernah dikecewakan oleh insan yang bernama lelaki serik dan takut untuk berumahtangga. Fobia dan trauma dengan perkahwinan yang runtuh dari ahli keluarga lain. Seperti kakaknya yang baru kena cerai setelah ada 2 anak. Tak mahu nasib menimpa diri seperti kakaknya.

10. Perempuan yang langsung tidak menghiaskan dan menjaga diri. Muka berminyak, badan dan mulut berbau serta tidak ada seri dan daya penarik. Lelaki akan menjauhkan diri dari mereka dan hilang minat terutama kepada yang tidak begitu cantik.

11. Perempuan yang pernah ditebuk tupai oleh lelaki yang tak bertanggungjawab dan diketahui oleh pihak keluarga lelaki. Latar belakang andartu dan aktiviti liar dahulu diketahui oleh pihak lelaki. Lelaki biasanya nak kahwin mesti yang ada dara yang suci walaupun lelaki itu sendiri sudah kehilangan teruna dengan gadis lain.

12. Perempuan yang ingin mencari suami yang peribadi seperti Rasulullah SAW. Mana nak dapat lagi. Yang hampir adalah. Mereka ini rela menjadi andartu daripada mengambil suami orang sebagai teman hidup.

13. Perempuan yang klip video lucahnya bersama lelaki tersebar luas seperti yang kita pernah dengar. Siapa berani nak ambil perempuan ini jadi isteri atau menantu.

14. Gadis bohsia yang terlanjur dan tersadai kat rumah pelindungan akibat mengandung anak luar nikah. Mana pihak keluarga lelaki akan menerima mereka sebagai menantu.

Banyak lagi nak dinyatakan sebab-sebabnya oleh penulis. Penulis pernah suatu hari mengikut seorang kawan ke rumah seorang “wak” di Bagan Datoh. Semasa tiba di rumah wak, terdapat 3 perempuan yang sederhana cantik dan dikategori andartu nampak seperti bisneswoman. Datang dengan kereta mewah. Tujuan mereka berjumpa “wak” kerana mandi bunga. Wak beritahu mereka ini datang mandi bunga supaya senang mendapat jodoh nanti. Sebab banyak kali pihak lelaki datang nak masuk meminang ada saja halangan.

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 700,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita terjerumus ke lembah maksiat.

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus menyelesaikan masalah itu jika mampu.

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja. Malu untuk bergaul dan berdamping dengan staf-staf di bawah mereka.

Wanita-wanita istimewa ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi. Lelaki yang status rendah walaupun berminat untuk mengambil mereka sebagai teman hidup akan mengakhiri hidup mereka dengan berbagai tuduhan negatif oleh saudara dan adik beradik pihak perempuan. Yang bersabar akan bertahan jika ada jodoh.

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut karier. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga. Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pulak, hendak fikir anak dan suami. Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia.

Yang sering menolak pinangan pihak lelaki akan menyebabkan berita ini tersebar dengan cepat dan membuat ibubapa lelaki tidak berani masuk meminang gadis ini. Sekiranya anak lelakinya nak juga maka akan terjadi kahwin lari. Tidak menghiraukan kesan dan akibat tindakan mahkamah dimana pihak lelaki akan disaman seperti yang terjadi di Kelantan baru-baru ini.

Walaupun takdir dan suratan hidup telah ditetapkan oleh Allah SWT melainkan kita mendoakan kepadaNya supaya dipercepatkan dan dipermudahkan jodoh anak-anak perempuan kita. InsyaAllah Allah Maha Penyayang dan Pengasih pada hambaNya akan mendengar doa hambaNya yang lemah ini.

Kepada andartu mungkin di dunia ini anda tidak bertemu jodoh dengan lelaki. Jika anda mendapat jodoh dengan lelaki yang melanggar perintah Allah SWT dan tidak bertanggungjawab. Lebih baik jadi andartu daripada berkahwin dan redha dengan takdir ilahi mungkin di Syurga nanti anda akan berpeluang mendapat Bidadara yang disediakan pada hambanya yang beriman yang tidak berkahwin semasa hidup di dunia ini.


Wasallam.



Sunday, May 22, 2011

Bagaimana berCOUPLE cara ISLAM

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.

Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


Sumber -iluvIslam-

Saatnya untuk menikah

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad

Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah

Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.

Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.

Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.

Lingkaran Ketakutan Berlanjutan

Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.

Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).

Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.

Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.

Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.

Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soalapakah ada orang yang mau menikah dengannya?

Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.

Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.

Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.

Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.

Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.

Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa

Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.

Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:

Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad

Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.

Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.

Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.

Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.

Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.

Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.

Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).

Pilihlah Yang Bertaqwa

Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:

"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."

Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah kerana komitmen yang memenuhi jiwa.

Wallahu alam bi showwab.

Klik untuk -Artikel iluvIslam-