CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Wednesday, June 27, 2012

Sukan Tara 2012

Siang tadi semua pelajar dan guru sekolah sibuk dengan Sukan Tara 2012. Bermula selepas pukul 3 petang, semua dikehendaki ke padang sekolah. Setiap rumah sukan berhak untuk mengumpul seberapa banyak mata yang boleh.

Tapi part yang tak boleh tahan gelak adalah apabila guru membantu untuk memberikan mata kepada rumah sukan masing-masing. Bila masuk ja acara lompat tinggi, harapan semua boleh lepas la. Tapi memandangkan seorang guru lelaki tu tak lepas, maka dia mewakili maruah kami guru perempuan juga. Hahahahaha....

Terima kasih cikgu. Dengan ini kami yakin bahawasanya palang untuk lompat tinggi tadi adalah bagi guru lelaki. Bukan guru perempuan. Hahahaha.

Sunday, June 24, 2012

Aduh duh duh...

Sesungguhnya manusia sentiasa diuji dengan pelbagai cara. Aku juga tidak terlepas daripada ujian itu. Jika diikut kata hati, memang binasa aku. Tapi jujur aku katakan sini, aku rindu pada masa lalu. Rindu pada segala kegembiraan yang wujud. Dan aku rindu pada dia. Tapi aku cuma bisa memandangnya dihujung jari. Tidak mampu berkata apa-apa. Pelik, mood juga berubah. Aku tak ceria. Seceria dahulu. Kau sentap kegembiraanku. Kau rampas apa yang aku ada. Terima kasih ya. Terima kasih atas segalanya.

Boring

Such a lovely boring day. Sejak tak bertegur seperti selalu dengannya, boring lah pula. SMS yang satu nie, langsung tak berjawab. OK. Fine. Kita cari haluan masing-masing la kan. Bye.

Saturday, June 23, 2012

Bukan pilihan halwa

Saya tak suka dengar Tawau FM..Bukan sebab apa, boring dengan pilihan lagu-lagunya yang keanak-anakan. Tak best. Dengar pun setakat untuk azan bahagian Tawau. Sorry, saya lagi suka dengar lagu di Klasik FM untuk pilihan lagu-lagu lama dan Nasional FM untuk lagu terkini. Tapi untuk Tawau FM, lagu lagho-lagho. Sorry. Rasanya dulu Tawau FM tak juga lagho-lagho. Tapi sejak dua tiga menjak ni la. Entahlah. Tak menepati ciri-ciri.

Saturday, June 16, 2012

Israk Mikraj 1433 H

Salam Israk Mikraj semua. Semoga kita menjadi hamba yang lebih mensyukuri nikmatNYA dan segala pengorbanan Nabi kita Muhammad s.a.w


Friday, June 15, 2012

Selamat pagi!


Selamat pagi semua. Rasanya ringan badan tidur awal semalam. Ops..Saya maksudkan awal begini. Buat kerja-kerja report card pelajar, buat marksheet untuk dihantar ke Pengetua minggu depan dan sedikit chatting dengan kawan-kawan FB. Malangnya berlaku salah faham dengan seorang makhluk Tuhan ni. Lain aku maksudkan lain dia faham. Tiba-tiba menguji kredibiliti aku sebagai GURU. Memang naik pening kepala aku terus. Post sesuatu di FB nak bagi dia terasa then saya tidur. Bangun pagi ni lepas solat Subuh memang nak sambung buat report card untuk 32 kepala di kelas tu. Harap-harap sebelum ke sekolah semuanya siap.


Motivasi pagi hari ini.

Senyum-senyum selalu okay!

Monday, June 11, 2012

WTF (Wednesday, Thursday, Friday)!

Memang bikin rosak mood betul. Tak habis-habis nak susahkan orang. Kalau dah janji sebulan dua ja di sesi pagi, pegang bha janji tu. Kotakan! Bukan menanam tebu di pinggir bibir sana. Kerja tak menyusahkan orang boleh ka? WTF!

Memang sejak awal aku masuk 4E tu, tiada satu orang pun yang respect aku sebagai teacher mereka. Kerana apa, itu aku tak tahu. Tapi memang aku dah tanam dalam diri, aku juga tak suka masuk sana dan takkan pernah bagi muka dengan dorang. Apa nak jadi dengan keputusan peperiksaan korang, lantak kaulah. Kau orang yang buat aku meluat dengan perangai kau.

Apa kau buat time aku membebel di depan? Kau keluar menari di koridor kan.
Apa kau buat time aku menulis banyak nota? Kau kata banyaklah, penatlah. Kau tipu. Penipu besar!
Baru sekerat jalan nota aku bagi, kau mengada-ngada macam perangai setan!

Kau memang tak tahu bersyukur kan?

Kau pun sama. Jawatan tinggi tapi tak pernah fikir hati dan perasaan orang. Hanya kerana kau tak mahu masa ku kurang daripada orang lain, kau susahkan aku.
Masa kamu mesyuarat pemilihan pakej subjek, ada kau fikir kenapa mereka yang gila-gila pangkat tu memandai letak kelas kedua Akaun sahaja sedangkan sepatutnya dorang pun Sains Tulen? Mana ba pemikirann mu sebagai ketua ni? Tak pandai pertahankan masa depan pelajarmu sendiri? Kau tu yang WTF betul! Kerja ikut telunjuk orang melulu. Takda pendirian. Menyampah aku mengaku kau sebagai ketua!

Ya. Aku memang marah. Mengamuk habis. Aku la sekarang ni. Aku. Kau orang peduli apa? Kau orang ada hati dan perasaan kan? Kau orang fikirlah sendiri. Rasa-rasa kalau kau orang berada dalam situasi aku. Kau orang suka berdepan dengan orang-orang yang kau benci? Aku tidak. Makin meluap-luap kemarahan ku.

Sememangnya inilah hari yang paling malang buat ku. Hari yang aku sendiri buat keputusan  atas kesilapan orang. Aku yang terpaksa menanggung beban manusia lain atas kesilapan mereka lakukan. Memang gila punya institusi. WTF!

Sunday, June 10, 2012

Ada 'couple' tapi masih gatal? Erk!

Betulkah ramai orang macam ni?


Ada pastinya. Sudah berkali-kali saya terjebak.
Dan waktu itulah mereka ni datang dengan memberi 1001 harapan kepada ehem... Saya pun tak pasti.
Tapi kenapa ya? Sudah ada yang sudi sayang tapi masih mahukan sesuatu yang lain?

Benarlah bidalan mengatakan, 'Manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang dia ada'. Saya setuju dengan ini. Sangat setuju.

Dalam banyak-banyak kes yang saya terlibat, inilah buat pertama kalinya saya rasa perit sekali. Mungkin juga faktor usia menjadikan saya mudah murung, marah dan beremosi setelah saya melepaskan si dia yang telah mempermainkan hati yang rapuh. Sudah tiba masanya saya mendirikan masjid. Mempunyai cahaya mata namun masih lagi dalam keadaan sebegini. Tidak mengapa. Ini semua adalah rahmat ALLAH.

Tapi ingatlah lelaki (bukan juga semua lelaki itu jahat, tapi memandangkan kes saya ini berpunca daripada lelaki yang masih nak menggatal walau sudah terang dan nyata "in relationship") bahawasanya hati yang mudah rapuh ini adalah insan yang berjiwa teguh walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk pulih kembali.

Semoga kalian akan berbahagia sehingga ke jinjang pelamin. InsyaALLAH. Ini doa saya yang paling ikhlas dari ruang hati yang paling dalam.

Ingatkan apabila aku terleka

Ada sedikit ketenangan selepas keluar makan-makan bersama keluarga di ABC tadi. Nampaknya hanya dengan menyibukkan diri hati rasa tenang. Solat di awal waktu. Masya'ALLAH. Aku semakin alpa dan lalai rupanya. Ampunkan aku Ya ALLAH. Aku lupa pada kewajipan ku kepadaMU. AKu lupa pada kebesaranMU. Ampunkan aku.

Hanya kerana seorang manusia yang sama daif seperti ku, aku menjadi hamba MU yang tidak bersyukur dengan apa yang aku hadapi kala ini. Hanya kerana manusia ini aku lupa KAU memiliki segala kecintaan kepada hambaMU. Aku lupa segalanya. Ampunkan aku Ya Tuhanku.

Seharusnya aku kembali kepada perkara asas yang pernah aku lakukan sebelumnya. Aku seharusnya menjadi insan tegar, guru rajin serta hamba yang tahu bersyukur. Aku bertekad untuk tidak bersedih lagi meskipun sukar untuk menghakis kenangan lalu itu

Aku akan berusaha untuk bangkit kembali. KAU bantulah dan bimbinglah aku Ya ALLAH.
Aku mohon

Semoga dia berbahagia bersama insan kesayangannya. Sudah tentu bukan aku. Pasti.


Hati yang basah

Bumi Tawau dilimpahi hujan. Basah. Sebasah hati yang ku rasa kala ini. Tuhan anugerahkan sifat kasih dan sayang kepada setiap hambaNYA. Itu fitrah. Tapi mengapa seringkali disalahgunakan? Seringkali membawa kepada permaslahatan?

Andai benar sayang masih ada, sayangilah dia seadanya.
Andai benar rindu bertandang, rinduilah dia seadanya.
Andai cinta menggamit jiwa, cintailah dia seadanya.


Kerana sesungguhnya, sayang, rindu dan cinta yang hakiki hanyalah pada ALLAH S.W.T.

Kerana kamu

Tak tertanggung dek rindu.

"Demi Tuhan, aku sayang pada mu"

Saturday, June 9, 2012

Jujur aku cemburu

Entah kenapa sejak berkenalan mesra dengan seorang hamba ALLAH ni, perasaan cemburu selalu saja melitupi segenap ruang hati. Ya Rabbi, mohon dijauhkan sifat mazmumah ini daripada jiwa ku. Aku sedar, dia bukan milik ku. Jelas terpampang yang dia telah memiliki penjaga hatinya. Tapi kenapa masih aku dicari sebelum tidur? Masih aku peneman setianya untuk texting dan segala SMS? Kenapa?

Semakin melewati ruangan muka buku dia, semakin banyak canda mesra bersama pasangannya..semakin terasa juga hati dan sanubari ku. Aku tidak bermimpi untuk memiliki dia. Tetapi, jangan dipermain hati yang mudah rapuh. Ku mohon.

Semoga kau berbahagia bersama pasangan hidup mu. Ikhlas aku doa buat mu.

p/s : Aku tetap menunggu Encik Yang Jauh Di Mata.

Friday, June 8, 2012

Saya terkena PISHING!

Sebenarnya saya taknak heboh pasal ni pada mulanya. Jadi bila terkena saya gunakan pendekatan halus setiap kali update status di FB. Alhamdulillah, setelah ada berita gembira tu saya bolehlah berkongsi dengan kalian semua agar tidak terjebak dalam kes seperti saya ini ya.



Saya mendapat email daripada CIMB CLICKS kononnya kena update segala maklumat akaun. Bukan sekali dapat email, berkali-kali jugalah.Dalam inbox atau spam. Jadi dengan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, saya pun update tanpa sebarang syak wasangka. TAC number sudah 3 kali muncul di inbox handphone saya. Saya pun pelik terus log out dari sistem CIMB CLICKS tu.Akhirnya pada 5 April 2012 lebih kurang pukul 2.40 petang, saya check baki duit dalam CIMB CLICKS. Alangkah terkejutnya apabila RM5k telah lesap begitu sahaja. Darah tersirap, seperti tak percaya. Semua perasaan bercampur baur. Lantas saya menelefon talian hotline CIMB dan operator tu juga terkejut dengan nilai kehilangan saya.

Mereka terus block akaun CIMB CLICKS saya tapi saya sempat melihat transaksi ke mana sebenarnya duit tu pergi dan menyalin penama dalam 3rd party tu.  Mereka meminta saya cepat melaorkan kes ini kepada pihak polis agar mereka boleh lakukan tindakan selanjutnya. Memang bukan rezeki saya kot. Pada 6 April 2012 tu, SABAH cuti umum. Jadi sukar untuk mendapatkan penyata akaun saya di CIMB Tawau. Saya hanya mampu bersedih dan meluahkan perkara ini kepada seseorang yg saya percayai boleh memberi kata-kata semangat kepada saya.

Hari Isnin berikutnya, saya melawat lagi IPD Tawau dan mendapatkan report polis. Dan keesokan harinya lagi saya ditemubual oleh seorang berpangkat sarjan untuk mengetahui butir-butir kejadian ini berlaku. Sebenarnya perkara begini memang sudah lama, tapi mungkin benar orang kata..Perkara sudah mau jadi kan. Pasrah saja. RM5k tu adalah duit pelaburan saya. Mana tak haru biru.  3 hari berturut-turut saya ulang alik IPD Tawau-rumah.

Saya call ke HQ CIMB Ampang, mereka memerlukan laporan polis untuk membekukan akaun “penceroboh” akaun saya tu.  Dipendekkan cerita, 4 Jun 2012 saya selamat menerima wang RM5k itu kembali. Tersangatlah syukur kepada Allah atas segala kejadian yang berlaku ni.
Dan saya sangat-sangat berterima kasih kepada anggota polis IPD Tawau yang banyak membantu iaitu Sarjan AB Malik, Inspektor Siva dan Inspektor Zamzarina. Kepada seseorang yang sentiasa member kata-kata nasihat dan perangsang kepada saya dan teman seperjuangan yang sanggup menjadi saksi untuk mendapatkan semula RM5k saya tu. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada ALLAH S.W.T.

Jadi kawan-kawan, jangan terpengaruh andai menerima email seperti ini. Bukan sahaj CIMB CLICKS tetapi juga perbankan internet seperti Mayban2U. Sekali klik akan membawa padah kepada kita. Berhati-hatilah selalu!

Pencinta BUKU!

Memang tidak dapat disangkal lagi, sejak menjadi GURU ni hobi membaca semakin menebal dalam diri. Kebetulan terjumpa dengan Facebook Mybiz SantaiShop yang banyak menjual buku, novel dan bahan bacaan berguna untuk mengisi masa lapang. Masih ingat lagi dulu kalau isi diari atau apa-apa borang bertanya mengenai HOBI, hanya ada tiga la tu. Mendengar radio, mengumpul setem dan MEMBACA. Alhamdulillah, membaca masih diteruskan hingga kini. Memang benar habis hampir ribuan ringgit sudah tapi itu tak penting. Sekarang kan sudah ada kerja tetap, jadi bukan satu masalah untu memuaskan hati sendiri. Dari pembacaan novel cinta Alaf 21 kini semakin bercambah membaca novel genre dan publisher lain. Kaki Novel, PTS Publication, Mustread , FIXI dan banyak lagi la.

Mari tengok beberapa koleksi yang saya beli dari FB Mybiz SantaiShop tu. Sebelum tu nak bagitau, awal yang mem-blog ni pun sudah pernah buat entry pasal novel dan koleksi buku-buku saya. Ini cuma unjurannya la kan.


Koleksi WAJIB!
Cerita Laksamana Sunan ni bermula daripada BAGAIKAN PUTERI sampailah penghujungnya SUNAN MUSAFIR.Khabarnya ini last. Tapi saya tak mau ini last!
Saya peminat setia Ramlee Awang Murshid.
Sedang berusaha untuk mengumpul semua koleksinya.


Hadiah adik saya, Amir dan Filisa. 
Terima kasih!


Bacaan daripada Lejen Press.
Menggeletek abdomen betul!


Saya perlu buku ni. Sebab tak reti simpan duit. tapi belum khatam lagi sebenarnya
(^_^)


Semua sudah habis baca kecuali OMBAK RINDU.


Kahwin? erk?


FIXI, salah satu cinta hati baru.


Memang BEST SELLER!
Nangis-nangis baca nie. Sanggup berjaga malam untuk habiskan.


Unjuran Sperma CInta 2.0.


Kan saya dah kata saya suka baca buku.
Sampai 6 sekali borong!


Second trip lagi memborong!


Siapa boleh terima nie saya akan bagi baca.Sumpah best!


Baru add penulis kat FB dia dah suggest buku nie. Then minta adik beli.
Tapi saya bagi 2/5 saja.


Baru sampai. Belum start baca.


FIXI. Best!


Pinjam kakak saudara punya.
2/5 juga.


Memang berfikir sampai ke akhirnya.

So, saya berkira-kira akan meminjamkan secara sukarela kepada kawan-kawan rapat saja.
Contoh kawan : Suhaini, Nursia, Fizah, Nurlina
Dan sepupu saya.

Titik.

Kahwin member

Cuti sekolah lama dah start. Sekarang dah masuk separuh masa kedua pun. Cepatnya masa berlalu kan. Tak sedar cuti tinggal esok, lusa dan langkat kembali mengajar. Paper belum habis marking lagi ni. Takda mood langsung.

Tapi kesempatan ini nak tayang beberapa gambar kahwin kawan-kawan yang sempat saya attend dengan member lain.

Selepas akad nikah Indriyani + Amran
Lokasi : Masjid Al-Kauthar, Tawau

 
Ini dia pengantin yang sangat gorgeous!


Majlis perkahwinan Ady Rudianto + Farah
Lokasi : Balung Tawau


Majlis perkahwinan Susilah dan pasangan.
Lokasi : Tanjung Batu Laut


Majlis perkahwinan Nurlina + Hasani
Lokasi : Brumas Tawau


Geng menghantar rombongan Nurlina ke rumah pengantin lelaki



Majlis perkahwinan abang angkat tersayang, Sufriadi + Kasmini
Lokasi : Kunak



Terjumpa dengan kawan seuniversiti, kawan gelak ketawa dan kawan gila-gila, Satiah atau lebih popular dengan panggilan Mydah.



Majlis perkahwinan Nurhafizah Tassa dan Andi Yusran Mahmud.
Semoga berbahagia sayang!

Sebenarnya tak semua gambar yang dipapar nie perkahwinan tahun ini. Hanya perkahwinan Indriyani, Anto dan Susilah saja yang update.Yang lain tu saja nak bagi emriah sikit. Apapun semoga kalian semua berbahagia dengan pasangan masing-masing hingga ke akhir hayat ya.