CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Friday, February 26, 2010

Snap...Snap....

Banyak lak idea nak curahkan kali ni. Nak habaq mai ja....Hobi dan bakat yang terendam sejak dulu ---> Suka bergambar dan ambil gambar. Kalaulah diri ku memiliki DSLR, wah!! Akan ku abadikan setiap detik-detik indah ku di muka bumi ini. Gambar lagi fotogenik, catchy dan memang puas hatilah terutamanya pada mereka yang bijak snap..snap ikut angle yang sesuwai ^_^

Lama dah mengimpikan DSLR tu. Ada member bagitau, D5000 yang ada video sekali dan skrin boleh laraskan. Around RM2500. Not bad kan harga dia. tapi fulus nak cilok tang mana kan? Adoi..nak DSLR..nak DSLR...T_T

Tapi dengan bakat TERENDAM yang ada nie nak mengabadikan gambar sikit buat tatapan ku di blog LUAHAN HATI CETUSAN RASA ini. Hahaha...

Mood perasan ---> START

Aku sedang menunjukkan bakat..Yeah!!
The Naga Girls
Macam model kecewa..haha
Like this... my model sangat pandai posing (",)
Aku dan sesuatu???
Nice shot..hehe..*perasan*
Sangat siyes muka nak cari angle paling besh T_T

Panggil Namaku

Baru-baru ni sempena cuti Chinese New Year, Kak Ija a.k.a Heliza Helmi telah launching single baru dia kat KL. Ni nak promote sikit la kat awak semua. Single PANGGIL NAMAKU. Lagu oleh Cikgu Shafi (SVS) dan lirik oleh Heliza sendiri. Best lagu dia untuk halwa telinga khususnya kengkawan, para sahabat dan teman-teman. Contohnya "Lupakanlah sejenak, segala beban problema,bersama teman,curahkan rasa".

Lepas ja balik cuti CNY tu, Kak Ija ada bagi souvenir kat kitorang. Wah!! teruja nie. ^_^
Apa hadiah dia?? Ermmm..cekidaud...


Roti Delicia Butterscotch Gardenia..My favourite....hehe..tenks Kak Ija...



Yang belum mendapatkan single ini, sila dapatkan di pasaran dengan harga RM10 sahaja. Siap dengan tandatangan lagi ya.

Monday, February 1, 2010

AMARAH mu wahai WANITA


Ayuh WANITA!!!
Lontarkan AMARAH mu
Diri mu dicipta bukan untuk diketepikan
Bukan jua diletakkan sebagai "benchmarking"
Pada mata-mata durjana
Diri mu dicipta bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan jua dari kepala untuk dijunjung
Namun di hati untuk dilindung
Ayuh WANITA!!!
Lontarkan AMARAH mu
Diri mu bukanlah hiasan semata
Cuma sebagai pelengkap di jiwa
Bagi mereka yang lebih memerlukan mu
Bagi mereka yang tahu menghargai mu

Ayuh WANITA!!!
Lontarkan AMARAH mu
Hati mu cukup rapuh untuk disakiti
Hati mu cukup tegar untuk dilukai
Hati mu cukup mengerti isi dunia
Hati mu adalah segala-galanya

Ayuh WANITA!!!
Lontarkan AMARAH mu
Hidup berlandaskan diri sendiri
Engkau kuat
Engkau tegar
Engkau tidak mudah rapuh
Engkaulah segala-galanya

Ayuh WANITA!!!
Lontarkan AMARAH mu
Pada mereka yang kecundang
Pada mereka yang tidak layak memiliki mu
Pada mereka yang bertopengkan syaitan
Pada mereka yang tidak pantas buat mu
Pada mereka yang tega membuat mu lemah
Pada mereka yang mempermainkan mu



Ayuh WANITA!!!
Lontarkan AMARAH mu
Pada sang pencinta yang kecundang
Pada sang mantan yang kecewa
Sedarlah wahai WANITA!!!
AMARAH mu hanya bisa dilontarkan
Ketika dikau tahu di mana kekuatan mu
Ketika dikau mengerti siapa diri mu di muka bumi
Ketika dikau faham akan isi dunia


Bangkitlah wahai WANITA!!!
Bangkit bersama ku
Hapuskan segala debu-debu yang menjadi penghalang
Hapuskan anasir luar yang menyesatkan
Hapuskan semua yang mengganggu mu

Kau hebat WANITA!!!
Kau tabah
Kau sabar
Kau kuat
Kaulah segala-galanya
Akan ku nanti detik dan ketika itu
Detik aku menjadi WANITA setegar itu
Ketika aku menjadi WANITA sekuat itu
Aku nanti
Sentiasa menanti
Diri ku dan diri mu
Wahai WANITA!!!


-Ketika idea dipasakkan, 01 Februari 2010,6.44 pagi-