CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Friday, September 30, 2011

Lelaki seperti KAMU!


OK. Dia yang suggest ke saya untuk mendengar versi ini. Dia lebih suka berbanding Aliff Satar yang nyanyi. BTW, memang bagus pun. Terbaik la adik beradik ni. Best juga suara adik perempuan dia ni tau.

Tapi!!!

Part yang saya sangat suka apabila dia suruh dengar lagu nie adalah, "Not for U ya. Just dengar jak". Mula mula pelik juga, kan best lagu ni tapi kenapa bukan untuk ku? Setelah selidik punya selidik lirik lagu...hehehe. Dia memang sweet. Selalu menjadikan hari hari yang suram menjadi ceria kembali (Esseh!!) Adakah maksudnya, AWEK lain jangan nak rampas I dari U? Alalalala..perasan saya ni. Aloooo...

BTW, jom dengar lagu ni ya (^_______^)

Thursday, September 29, 2011

I Miss Us!

Saya akan sentiasa merindui suaranya. Semalam (28 Sept) gayut hampir ke jam 1 pagi. Alih alih bangun lewat jam 5.40am. Huru hara juga la. Nasib baik dah seterika baju siap siap.

Hari ni (29 Sept) pun gayut juga. Dia sibuk nak call padahal dah suruh tidur. Tadi mengadu penat sangat lepas balik dari kerja. Tapi masih sempat jogging. Sempat buat 3 round ja daripada kebiasaan 4 round. You memang manja la sayang. You suka ada I yang sudi menjadi tempat you meluah kan. Sayang You (Dalam hati la cakap begini)

(^_~) Sweet dream.

Friday, September 23, 2011

Tips kecantikan

Sejak akhir akhir ini, sangat suka mencari tips semula jadi dari alami. Malas nak keluarkan duit riba riban untuk membeli produk yang maha mahal siap dengan kandungan kimia. Ini antara petua kecantikan yang didapat daripada laman sesawang.

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut

  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur

  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut

  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  • Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  • Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  • Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Mengempiskan Perut

  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Kaki Bersisik

  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki

  1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki

  1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
  2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.

Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.


Tips kecilkan paha dan kempiskan perut

Ini pun ambil dari Blog Puteri Anggun, bagaimana cara beliau mengecilkan paha dan mengempiskan perut sehingga mendapat pujian daripada suami tercinta. Wow!! mesti teruja kan. Sumpah tak cari lain ^_~

1) Anda hanya perlu baring terlentang.

2 ) Angkat kedua-dua belah kaki keatas -90degree. Tarik Nafas ketika angkat dan lepas nafas slow2 ketika turunkan kaki anda. Lakukan setiap hari 3set. 1 Set 10 kali.

3 ) Angkat sebelah kaki keatas. 3 set juga seperti diatas.

4 ) Sit-up – Lakukan sit-up setiap hari sebanyak 3 set juga.

Aktiviti diatas juga boleh mengempiskan perut saya dengan berkesan.
Anda perlu melakukannya secara konsisten. InsyaAllah anda akan dapat melihat perubahannya dalam masa yang terdekat.

Tips kempiskan perut

Kenapa rajin sangat nak post pasal kesihatan nie? Yalah. Sejak berkenalan dengan orang yang taksub nak kembalikan shape badan dia nie, saya pun join sekali nak kekal langsing gitu lorh. Masalahnya, part perut tu yang tak tahan. Asyik memboyot ja keja. Penat pakai bengkung tau. Ni tips yang saya dapat dari Blog MySetBersalin.Com, bagus juga ni dapat share.

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Lansing dengan daun cekur.

-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml

-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Walaupun sebenarnya untuk wanita selepas bersalin, namun penting juga untuk anak gadis macam saya ^_^

Selamat mencuba.


Thursday, September 22, 2011

Terus terang ya, AKU TAK SANGGUP!

28 hari di offshore, 12 hari di darat. Oh no! Sanggupkah aku? SMS tak masuk dalam 12 jam kemudian pun aku sudah lain macam. Inikan makin menjauh? Ya ALLAH...tolonglah jangan. Memang tak sanggup. Sungguh! Apa ba juga aku mahu dalam relationship ni sebenarnya? Aku tak tahu apa dia rasa. kadang kadang macam bertepuk sebelah tangan ja ni. Senang ja Adam ni kan. Sempoi. Tak fikir banyak. Benda remeh temeh ni la bagian perempuan. Haish..Sudah sudahlah Cik Ina. Dia ok ja...Engkau pula yang lebih lebih.

Dia memang sudah nekad. Ok air mata. Sila jangan merembes keluar. Erghhhhhhhh....aku kalah.
T_____________________T

Wednesday, September 21, 2011

Gerigitan!

Kalau boleh, sekarang juga aku mau terbang terus ke KK bah! Gerigitan pulak aku mau pergi bercuti. Orang dirindu lagi jauh di mata. Ya Tuhan, Kau sahaja yang tahu apa yang aku rasa sekarang.Semuanya ni sebab semalam la. Tak dapat SMS ja sehari terus tak keruan. Mahu terbang sana sini. Adui. Geram..geram...

Tuesday, September 20, 2011

Jika begini.....aku memilih.....

Jika begini sakitnya merindu, aku pilih untuk terus berdiam diri.

Jika begini natijahnya mengingati mu, aku memilih untuk berendam air mata.

Jika begini kesannya membayangkan kau di sisi, aku memilih untuk terus bermimpi.

Jika begini akibatnya menyayangimu, aku memilih untuk terus dekat di hati mu.

Jika begini pedihnya dibiarkan oleh mu, aku memilih untuk berdoa kepada YANG MAHA ESA, agar kau sentiasa dalam jagaanNya.

Jika ini suratan untuk aku, aku memilih untuk membiarkan ia berlaku sendiri dengan harapan ada sedikit ruang walau seketika cuma.

Jika ini kisah akhir kita, aku memilih untuk terus melupakan mu.

(Walaupun hakikatnya itu adalah jalan terakhir buat ku)

Jaga pe'el tu.

Jangan show sangat yang kau tu desperate nak ke dia. Tolonglah! Rindu macam mana pun, pandai pandailah simpan. Jaga pe'el mu tu.

(Sandi juga la rindu begini sebenarnya. Bila mau SMS ni???)

T____T

Must To Do!

"Tunggu saya balik. Awak buat saya tidak sabar untuk balik"

"Masak sedap sedap, nanti kita pergi picnic"

"Awak masak, saya makan. Kalau hari hari begitu...bestnya!"

"Pengerat kasih sayang"


Memang benarlah kata rakan sekerja tadi. Untuk mengikat orang yang tersayang agar sentiasa bersama kita adalah melalui air tangan sendiri. Melalui bahasa SMSnya pun sudah dapat diagak yang dia mahukan sesuatu yang dapat dihidangkan sendiri oleh bakal orang rumahnya. Tapi mampukah aku?

Cheese cake

Mi Rojak

Sanggar Cheese

Semuanya mengenai makan..makan dan makan. Mana taknya, sejak berada di tempat orang dapur tak pernah berasap. Nak nampak batang gas pun tak ada. Memang tugas berat ni. Sebelum tiba bulan 12 nanti, kena banyakkan eksperimen di dapur la.

Owh no! Please come quickly, December.

Wednesday, September 14, 2011

Avril Lavigne - Wish You Were Here


Dear Angel,
Please listen to my whisper.
I hope there is anything bad happen to him.
Because i am so worried already.
And please let him know that,
I wish he were here with me. Together forever.

Miss...

Double meaning!

I'm not saying that it is our formal anniversary yet. But i'm pretty sure that this is the date where I should put in my mind to keep remind him about us.

13 September 2011, 8:58am.

Because I know, every each words we texting for every single minute in every day, it have DOUBLE MEANING actually. We didn't go straight to say I LOVE YOU and what so ever, but we know already by using telepathy, maybe.

Happy? Of course I am. Like a new born lilttle angel. I'm in heaven. Just now, he complain to me about the futsal game. He got injured for his ankle. And for sure i'm so worried. But he says, its almost happen regularly especially when he play futsal game. What!!! Please stay safely dear. I'm worried of you already. Don't want anything bad happen to you.

I'm so glad when he said that at least and finally he already got someone to talk to. Can express the feelings.

13 September 2011, 10:49pm.

And i'm feel so so so happy. Like flying without wings. Dear God, please take a good care of my beloved one. I don't want anything bad happen to him cause i'm falling in love with him, for sure!

Tuesday, September 13, 2011

Hanya TUHAN yang tahu

Rasanya hari ini penuh dengan bunga bunga di jiwa. Mana taknya, satu persatu berita gembira muncul bagai mimpi. Dan ingin berkongsi satu satunya berita yang paling menggoncang jiwa dan perasaan.

Tapi boleh ka Cik Ina terima kalau saya jadi special one?

Dup dap dup dap. Biar betul soalan ni? Am I dreaming? No..no...for sure not!

Kecil tapak tangan, besar hati menerimanya. Yang penting dapat terima saya seadanya.

Ya Rabbi, Tuhan telah kabulkan apa yang telah aku doakan selama ini. Dan aku harap inilah yang terbaik buat ku dan buat masa depan ku.

InsyaALLAH, kita berusaha bersama ya.

Baik. Sejujurnya aku sangat suka perkataan BERSAMA itu. Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya aku dikurniakan dengan perasaan seindah ini lagi. Telah berkurun lamanya aku tidak merasa. Ya Tuhan, jika Kau takdirkan dia adalah Adam buat ku, maka satukan hati kami agar tetap utuh dan padu berpaksikan MU, Ya Tuhan.

Hiking...
Sanggar Cheese....
Makan makan...
Nonton wayang....

Disember 2011, aku menunggu mu, YB (Yang Bujang). Jangan lupa tau janji temu kita untuk explore Tawau ni. Start counting the months. (^_~)

Monday, September 12, 2011

Ceritera si SANGGAR CHEESE!

Aku menjadi semakin tenang selepas mengalami gelojak yang maha dahsyat dalam hidup ku. Aku pasti, inilah masanya ALLAH mempertemukan aku dengan orang yang kurang tepat sebelum aku bertemu dengan insan yang benar benar faham akan jiwa dan sesuai dijadikan teman sedih dan gembira.Selamanya.

Ogos? Bulan yang penuh rahmat dan bulan yang penuh dengan dugaan dariNYA.Ternyata aku masih insan kerdil yang lemah dan rapuh jiwanya. Ternyata aku insan yang memerlukan bimbingan Adam untuk membawa ku ke jalan kebenaran. Ternyata ALLAH masih sayang akan aku.

September? ALLAH mengkehendaki aku untuk bertemu dengan insan ini. Insan yang telah mencuit sedikit rasa kasih dan sayang yang telah lama aku kuburkan bagi insan segagah Adam. 3 tahun. Masa yang sangat singkat jika dimasukkan dalam perhitungan untuk membentuk semula segumpal darah dalam jasad ku ini. Masa yang sangat lama untuk aku benar benar membukanya setelah dikunci rapat untuk bakal penerima aku sebagai rusuk kirinya.

Sanggar CHEESE? Apa yang special? Selalu juga makan sebenarnya. Dengan 6 keping sanggar dihiasi parutan cheese putih dan sedikit gula Melaka agaknya. Tiada yang istimewa. Namun, terasa sangat istimewa apabila ia dijadikan kayu pengukur untuk bertemu di hari akan datang.Bersama Adam. Rasanya patut berterima kasih kepada empunya sanggar CHEESE sebab telah mempertemukan dan menyatukan ceritera menjadi lebih menarik. Terima kasih, sanggar CHEESE!!!

Adam? Siapa Adam ni? Masih belum perlu diperkenalkan agaknya. Sebab masih di peringkat pengenalan. Isi penting, klimaks malah pengakhiran masih belum menunjukkan tanda tanda yang sepatutnya. Walhal, apa yang bermain di benak dan jiwa adalah mengharap agar Adam kali ini akan menjadi Adam untuk selamanya. Pengemudi bahtera yang sekian lama kehilangan Juragan malahan pentafsir mimpi yang sering kali kesepian.

Adam. Harap di setiap doa, kau selitkan enam huruf yang telah lama bersama ku sejak 24 tahun dahulu dan kini aku semakin yakin dan pasti jika ini Adam yang diutuskan buat aku, dalam setiap doaku dan doa ibu ku, kan kami selitkan bait bait nama mu yang terukir indah. Jika ini yang aku rasakan tika dan saat ini, aku jua mengharap Adam sedemikian. Bukan harapan yang menggunung tinggi, cuma sebait lafaz yang aku minta dari mu agar Adam dapat memberi ruang dan peluang untuk ceritera sanggar CHEESE itu terus menuju ke plot yang seterusnya.