CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Sunday, August 28, 2011

Mohon kekuatan dari mu YA ALLAH


"Aku akan menikahi mu
Aku akan menjaga mu
Ku kan selalu di sisi mu
Seumur hidup mu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepada mu
Kukan selalu di sisimu
Seumur hidupmu"

Ya ALLAH..Kau berkatilah cinta dan kasih ini. Kami berharap agar mendapat rahmat dan hidayah daripada Mu.Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Amin Ya Robb.


Saturday, August 27, 2011

Hati wanita

Sejak kebelakangan ini, aku suka sangat dok ushar ushar blog si Abang K la kunun namanya.Hehe...Apa yang best semua pasal isu antara perempuan dan lelaki. At least kan boleh tambah info about guy kan. Dan pagi ni aku sempat membaca entri pasal Mengapa Wang Hantaran kena tinggi (Agak terkesan juga dengan penangan Abang K nie) HAHA.

Dan part paling aku LIKE adalah

"Perempuan adalah makhluk yang paling kental, tetapi memiliki organ yang amat fragile dan kecil.Hati perempuan banyak keluarkan kasih sayang, tetapi tak boleh menampung banyak kesengsaraan sebab ianya fragile. Bagi menghalang hati itu pecah berkecai, air mata akan mengalir."Link

Aku siap post kat FB aku lagi pasal ni. Memang best la segala idea pasal buayafren dan gelifren Abang K nie.

Sunday, August 21, 2011

Pilihan lagu yang ada

Buat masa ini, lagu lagu yang terlalu menusuk kalbuku adalah :-

1) Nikita Willy - Ku tetap menanti
2) Pasha Ungu Ft Adelia - Penghujung cintaku
3) Nikita Willy - Lebih dari indah
4) Salma - Aku Permata

Lagu lagu ini semua mampu mengundang air mata ku secara tidak semena mena.

Rindu

Kenapa ALLAH kurniakan rasa kasih dan sayang? Apa tujuan semua itu? Tapi pernah tak rasa sangat kasih dan sangat sayang pada seseorang namun akhirnya terpaksa berpisah? Sakit kan? Sedih bukan? Ada cara tak untuk sembuhkan semua ini?

Setelah 24 tahun berada di dunia fana, mengapa baru sekarang terasa diri ni sangat sangat butuh seseorang. Terasa ingin sangat dikasihi dan disayangi. Terasa ingin sangat dimanja. Baru beberapa minit berpisah sudah terasa bisa di hati. Mengapa perlu berlaku begini ya?

Sudah tidak mampu menampung air mata yang merembes keluar. Keluarlah. Keluarkan segala kesedihanmu. Keluarkan segala kesakitan yang kau alami. Keluarlah.

Apapun, terima kasih atas pemberian yang kelak akan sentiasa mengingatkan aku kepadamu. Meskipun kita jauh namun akan sentiasa dekat. Aku harap aku masih utuh di sudut sudut hatimu. Walaupun secebis cuma. Aku sudah cukup bersyukur. Sebab aku akan sentiasa merindukanmu.

Friday, August 19, 2011

Penantian berakhir!

Setelah sekian lama aku menanti ayat itu dikeluarkan. Perghhhh...agak lama juga la. Namun kini dengan mudahnya kau mengatakan SAYANG kepadaku. Ini kalilah. TQ Mr.Sayang. Akhirnya penantian ku berakhir dengan kewujudan ayatmu itu. Aku sudah kira bersyukur dengan kehadiranmu yang jauh di mata namun dekat di hati. Dan aku cukup bertuah kerana berkenalan denganmu yang telah menceriakan hari hariku.

Tahukah dikau aku sangat sangat down pada hari Selasa lepas? Ingin ku nyatakan kepadamu tapi aku tak tahu bagaimana untuk mulakannya. Seperti SMS yang ku hantar menganggu konsentrasi pekerjaanmu di sana. Begitu lama aku mendapat reply daripada mu. Tapi setelah kau peruntukkan waktu untuk memujukku pada malam Selasa itu, dengan bait bait indah bahasa SMS itu serta kau membuat aku terasa dihargai malam itu. Aku terasa benar benar disayangi. Terasa confort dengan ayat dan bait bait kata indahmu,sayang.

Erm...harap kau pun tidak melupakan segala kenangan antara kita yang tercipta atas dasar suka sama suka. Aku juga berharap cinta muka buku kita ini menjadi saksi bahawa kita saling meemrlukan antara satu sama lain.
Jika kau rindu kepadaku, peluklah muka buku itu.
Jika kau kasih kepadaku, bercandalah di muka buku itu.
Jika kau sayang kepadaku, pandanglah bintang bintang muka buku itu.
Dan jika kau cinta kepadaku, datanglah kepadaku kerana untukmu sentiasa ada ruang di sisi.

Banyak persoalan yang kini muncul dibenakku namun aku cuba pejam mata dan terus akan mencuba apa saja demi cinta muka buku ini. ^____________^

Wednesday, August 17, 2011

Penat yang tidak terkira

Alangkah indahnya hari ku hari ini. Dengan senyum dan tawa setelah kelmarin aku bermuram durja. Betapa indah hidup ini (Teringat kata katanya kepadaku). Hariku dipenuhi dengan gelak tawa dan muka yang ceria.Ya..sememangnya dia pun suka sangat kalau aku gembira. Kami sentiasa bertanya khabar. Maklumlah, masing masing saling berjauhan. Untunglah Celcom kerana telah berpuluh ringgit kami melabur kepadanya. Tapi tidak mengapa. Yang penting sentiasa dekat di hati.

Sayang...aku rindu. Bila agaknya kita hendak bertemu dan bersua seperti hari hari kelmarin? Bila agaknya kau memujuk ku seperti malam malam sudah? Dan bila agaknya kau akan datang menjemputku di rumah untuk keluar bersama? Menyaksikan bulan penuh dengan deruan ombak memukul pantai. Owh..aku rindu serindu rindunya sayang.

Tapi sayang. Aku sungguh penat hari ini. Entah badai apa menimpa aku tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Hill Top. Arghhh...sangat penat lutut menekan clutch & break itu. Sehingga ada yang mengatakan kepadaku, "Mengapa juga tidak ambil auto jak?". Biasalah sayang. Mahu race kan. Tapi kan sayang, aku suka sangat tau. Dikau menemaniku sepanjang perjalanan. Dengan kehadiran mu memenuhi ruangan inboxku, aku tidak rasa kesesakan itu sebagai satu alasan sebaliknya aku makin bertindak ganas sayang. Hahaha..ya..jangan tidak percaya. Aku tidak memebri ruang pun kepada mana mana kereta dari mana mana simpang untuk masuk dalam barisan ku. Sebab aku penat sayang. Letih. Sakit lutut dan kaki.

Sepatutnya kan sayang, aku harus khatam ni. Tapi tika dan saat aku post new entry ini, aku sangat letih sehingga mata hampir tertutup. Aku mahu tidurku ditemani olehmu. Sebab entah bila lagi kita akan bersua seperti hari hari sudah kan sayang. Aku teringin bermimpi indah bersamamu meskipun dalam penat yang teramat. Dan aku ingin sentiasa dalam pelukan hangatmu sehingga tiada siapa yang mampu memisahkan kasih sayang antara kita.

Tapi kan sayang, jujur ku katakan. Aku sangat penat yang tidak terkira.

Sekian.

Sesuatu yang sangat mengujakan dan teristimewa!

Hari ini dalam sejarah. 16 Ogos 2011 maknanya kita sedang countdown bagi menyambut dua event dalam bulan yang sama. Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri. 16 Ogos 2011 juga merupakan hari aku geram dengan pelajar 2C sehinggakan aku berhenti ketika P & P dan pergi ke tandas dengan perasaan sebal. 16 Ogos 2011 juga hari experiment untuk refracted & total internal reflection bagi 4A. Apa penting 16 Ogos nie ya? Banyak kali kena sebut sebut? Huhuhu.

16 Ogos ni la bermula lembaran dan intipati baru dalam hidupku. Entah mengapa, aku berdebar ketika melaluinya. Aku tersenyum walaupun agak kelat dan aku betul betul tidak tahu apakah ia realiti atau sekadar fantasi? Dan pada saat ini ia kerap kali berputar sendiri di kotak fikiran ku. Terbayang sesuatu yang sangat mengujakan dan teristimewa itu!

Aku terlalu ingin masa pada 16 Ogos ini berjalan paling lambat selambat kura kura. Aku ingin 16 Ogos ini menjadi saksi peristiwa itu dan aku mahu 16 Ogos ini dilanjutkan lagi untuk 24-7. Hurm.....Sungguh tinggi permintaan ku bukan? Tapi aku tidak tahu samada realiti atau fantasi ini akan terus bermain di kotak minda bagi pihak lain. Yang pasti akan ku singkap ceritera itu ketika aku bersendiri dan teringat peristiwa yang mengujakan dan teristimewa bersama dia.

"Terasa bagai mimpi". Itu sememangnya yang sedang berlaku. Mimpi dalam mimpi macam lagu Bagio dulu dulu. Aku harap 'mimpi' ini akan kekal dalam ingatan ku dan dia. Terima kasih atas segalanya and i'm really appreciate it! I miss us (wink...wink...) (^_~)

Sunday, August 14, 2011

Aku MOHON!

Aku sayang dia walaupun hanya beberapa minit!
Entah kenapa aku rasa rapat sangat hari ni. "Bulan penuh ya?", tanyaku. "Iya..bulan penuh," jawabnya. Dalam hatiku berdoa semoga ada hati yang disatukan kala ini. Aku mendekatinya. Terhidu haruman badannya. Aku dengar suara lunaknya. Owh...sungguh lunak dan romantis. Dialah orangnya. Tidak disangkal lagi. Aku makin menghampiri dan dia langsung tidak berganjak sepertinya merelakan kehadiranku. Ku hampiri dan semakin hampir. Wajah ku hanya beberapa jengkal daripada bahunya. Dan kami terus............

Sejam sebelum itu,

"XXXX tido? XX, kalau terkena wap panas bha, mau dibuat macam mana supaya hilang pedihnya".

"Sapa kena?"

Aku hanya mampu terbaring. Dia menuju keluar untuk mengambil sesuatu lalu kembali semula ke sebelahku.

"Bangun YYY, kenapa tiba-tiba sakit ni?" tanyanya.

"Tadi time sibuk-sibuk tak perasan kena wap. Pedih XX," jawabku.

Dia menarik lembut jari ku dan menyapu sesuatu itu ke atasnya.

"Ouch!" kataku secara spontan.

"Sori YYY. Sakit di mana lagi?" tanyanya. Kali ini aku tak mampu menatap renungan matanya yang redup. Aku pasti akan kalah.

"Alamak...lupa ucap terima kasih. Thanks XXXX," aku bermonolog.

Selepas itu aku tertidur. Dan waktu menunjukkan hampir waktu berbuka. Tiba tiba,

Kini,

"YYY bangun. Tak lama berbuka". Ku membuka mata yang baru dipejam beberapa minit lalu dan melihat wajahnya di hadapanku. Aku tersenyum. Terasa indahnya dunia.

Situasi hari ini sangat indah dan akan ku simpan dalam lipatan memoriku sampai bila bila. Jauh di sudut hatiku, aku sememangnya mengagumi sikapnya yang gentleman. Kini dia rasa sangat bersalah. Please XXXX, jangan macam tu ya. YYY rasa dengan situasi tadilah yang mendekatkan YYY dengan XXXX. YYY suka sangat. Dikala XXXX menyapu sesuatu itu dengan perlahan XXXX membuatnya. I'm falling in L.O.V.E.

Sebelum pulang tadi aku sempat bermanja. "XXXX, tolong bha sesuatu tu lagi," lalu dia menarik lembut tanganku. Aku suka situasi sekarang ni. Sangat suka. Kini aku tidak kesunyian dengan kehadirannya. Namun selepas ini, aku pasti akan lebih lebih rasa sunyi dengan ketiadaannya 'di sisiku' lagi. Dan aku sangat tidak suka akan keadaan itu. Wahai masa, lambatlah engkau berjalan. Biarkan aku rasa kebahagiaan yang seketika cuma ini.

Dia pun turut takut merasakan apa yang aku rasa terhadapnya. Dia takut untuk merindukan aku kelak. Apatah lagi aku yang selalu pilu dan hiba sendiri apabila merindukan seseorang.

"Ya Robb, janganlah Kau rampas kebahagiaan yang sebentar ini. Kau berikan kami masa dan ruang yang ada untuk melayari kebahagiaan ini. Sesungguhnya Kau lebih memahami situasi yang kami alami sekarang. Kau lebih tahu, Ya Robb".

Apa yang pasti, aku akan terus cemburu dengan detik detik yang bakal aku alami kelak. Aku bakal cemburu dengan apa yang hadir di sekeliling kelak. Dan aku semestinya akan cemburu dengan XXXX. Sangat sangat.

Tolong jangan ingatkan aku detik itu. Tolong jangan ingatkan aku apa yang bakal berlaku dan tolong jangan cari aku kalau XXXX rindu. Tolonglah. Aku mohon. Kerana aku tidaklah sekuat dan setabah yang disangka. Aku MOHON....

T_________________T

Secebis ingatan buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...

Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Ikhlas dari Hawa abad ini..

~Artikel iluvislam.com~

Tuesday, August 9, 2011

Surat CINTA buat calon suamiku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dear calon suami ku,

Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah hari mu ini diawali dengan syukur? Kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini.sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?

Wahai calon suami ku? Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Meskipun kadang keluh dan putus asa menyinggah, namun kini ku rasakan diri ini lebih baik. Kadang aku tertanya-tanya kenapa ALLAH selalu menguji ku tepat di hatiku. Bahagian terapuh diri ku. Namun kini aku tahu jawapannya.

Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingat-Nya. Kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian InsyaALLAH membuatku menjadi lebih tangguh sehingga saat nanti kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku di hatimu.

Calon suamiku,

Entah di mana diri mu sekarang. Tapi aku yakin ALLAH pun mencintai mu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatih mu menjadi mujahid yang tangguh hingga aku pun bangga memiliki mu kelak. Apa yang ku harapkan dari mu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan diri mu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan daripada ku, hanya kesia-siaan yang akan kau miliki.

Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan ALLAH dan diri mu, suamiku.

Wahai calon suamiku,

Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan ibuku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat rahmatnya di akhirat. Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu, mendampingimu yang soleh. Aku ini pencemburu yang hebat. Tapi kalau ALLAH dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dengan dirimu. Aku yakin kaulah yang ku dambakan, meski nanti kau bukanlah orang yang ku harapkan.

Calon suamiku yang dirahmati ALLAH,

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namakan dengan gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih. Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan kita. Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat terutamanya dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada ALLAH S.W.T.

Bunga akan indah pada waktunya. Iaitu mekar menghiasi taman. Maka kini ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku. Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku,

Inilah sekilas harapan yang ku ukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kini ku hadapi. Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diri ku sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Bersabarlah calon suamiku. Doaku selalu. Agar ALLAH memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadariku. Semoga ALLAH selalu menjagamu. Agar tak tersentuh yang bukan mahrammu. Meski hanya sehujung kuku. Agar ka bias mempersembahkan dirimu. Seutuhnya untukku. Seperti halnya aku. Yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya hanya untukmu.

Sudah dulu ya calon suamiku..

Salam cintaku untukmu.

Calon isterimu.



Monday, August 8, 2011

Baik-Baik SAYANG!


Sedih...opss..gembira pun ada. Kena dedikasi lagu. Tajuk ja dah perghhhh!
Sentap jiwa raga. Hati terus berbunga2 riang ria raya. Hehehe....(^___~)

Lagu didedikasikan pada 8 Ogos 2011 jam 10.52 pm.

Yeay!

Sudah juga namanya SAYANG

Mesti sedih kan kalau orang yang kita sayang tidak berada di depan mata? Kadang tu biar seminit untuk memandang wajahnya sudah cukup dan sudah puas. Tapi esok mesti mau tengok lagi. Pernah rasa tak? Hurm....lain pula perasaan kali nie. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku semakin kerap bermain dengan perasaan jiwa dan diri sendiri. Umpama aku sedang bermain dengan api, makin panas maka aku makin mendekat. Bila sudah dekat dan rapat, sukar untuk berganjak meskipun 'panas'.

Kenapa aku nie makin hari makin lain ya? Ya Rabbi, bantulah hamba MU Ya Robb. Bukakan pintu hati ku untuk melihat dunia mu yg luas. Bukakan hati ku untuk dipertemukan dengan insan seumpama 'Permata Yang Dicari'. Ya Rabbi. Aku mohon kepada Mu. Dekatkan hati ku kepada Mu.

Sesungguhnya aku telah membuat kesalahan yang tidak mungkin dapat dimaafkan. Aku sedar akan kekhilafanku. Ampunkan aku. Entah kenapa timbul rasa SAYANG. Terbit rasa KASIH. Dan aku harap janganlah wujud rasa CINTA. Aku takut. Cukuplah sekadar aku yang MENYAYANGI dan MENGASIHI.

Sunday, August 7, 2011

Jalan-jalan beli barang ~KK~

Mula-mula jom kita cuci mata dengan Shangri La Hotel dulu. Penat ni snap kalau tak upload. ^___^

Tab mandi

Dalam bilik air pun ada phone

2 set of bed

Kalau terasa nak minum panas dan sejuk pun ada pilihan

TV flat screen hanya dapat dinonton d hotel, bukan di rumah

Menu buka puasa hari pertama.
Nasi dagang + ketam goreng + ikan maak lemak cili padi + pais udang.
Air Kelapa 2 gelas kecil

Kuih kegemaran tapi lupa apa namanya.
Kurma dan gado-gado

Menu berbuka hari ke-2
Nasi putih + udang + ikan goreng + sayur rebung + sup jagung ketam + macam-macam jenis buah-buahan + kuih muih + sup tulang

Kini, bermula edisi jalan-jalan. Tempat pertama yang mesti ditujui ialah
McD Api-Api Centre!

Mesti beli GCB!

~To Be Continued......~


Kursus Lembaga Peperiksaan Sekolah II

Sebenarnya kan, nama kursus nie adalah MESYUARAT PENINGKATAN KEPAKARAN AHLI PANEL ZON SABAH 2011. Wow!! Kecut juga la dengan perkataan KEPAKARAN tu ya. Padahal masih belajar lagi ni. Butir-butir program adalah seperti ketetapan berikut :

Tempat : Shangri La Hotel, Kota Kinabalu
Tarikh : 2-4 Ogos 2011

Ada dalam 6 orang panel juga dalam Fizik Zon Sabah nie.
1) Miss Chong (SM La Salle,KK)
2) Puan Shirlina (SMK Sri Nangka,Tuaran)
3) Encik Abraham (SMK Entilibon, Telupid)
4) Puan Lindy (SMK Beluran)
5) Cik Valerie (SMK Kemabong,Tenom)
6) Cik Sarina (SM Holy Trinity Tawau)

Panel ke-5 tu member dari UMS. Nasib baik ada kawan.Tak juga kering sendiri la. Hehe. Bagus juga program begini sebab dapat memberi impak besar terutamanya kepada guru baru posting macam aku.

Banyak juga perkara lucu yang berlaku. Tak sangka ada guru ingat aku ni bukan cikgu. Dorang ingat "CIkgu manalah punya anak dara ni dibawa ke hotel untuk buka puasa?". Hehehe. Anak dara? Nasib baik.Padahal dalam surat aku dah bertitle PUAN! Mana satu bha nie? ^_^

Tak mengapa. Yang penting dapat meregangkan sedikit kekusutan otak di sekolah dengan membawa diri berjalan ke KK. Dengan tiket flight AirAsia yang HOT SEAT. Free meal. Wow! Best orang gomen ni.

(Berdiri : Puan Shirlina, Miss Chong, AKU, Cik Valerie.
Duduk : Encik Abraham dan Fasilitator kami, Tuan Haji Mohd Taam Bin Haji Sobri)

Tuesday, August 2, 2011

Kursus Lembaga Peperiksaan Sekolah

Assalamualaikum w.w.t

Baru ja pagi tadi drive ke Airport Tawau untuk terbang ke Kota Kinabalu bagi menghadiri Kursus Lembaga Peperiksaan Sekolah. Terkejut juga la. Dalam ramai-ramai cikgu di sekolah tu, boleh pula aku yang muka baru nie terpilih ya. Macam tak percaya pun ada. Apapun, syukur juga sebab diberi peluang dan ruang untuk belajar benda baru.

Pagi tadi (2 Ogos 2011) sampai di Airport terus check in guna kiosk. Sakai. Sebab tak pernah guna. Tapi buat-buat macam reti.Hahahaha. Credit to me! Dalam fikiran nak ja cepat sampai untuk siapkan assignment. Maka sudah dapat upah ya. Tabah ya kak.Sikit lagi siap.

Opppsss...cerita balik tadi. Dapat Hot Seat yow! Nombor 1B lagi tu, duduk depan. Perghhh!..mantap tanggungan kerajaan ni. Hehehe. Dapat lagi tapau makanan daripada pramugara.

Ni dia makanan free

My roomate adalah Ustazah daripada SMKA Tun Sakaran Semporna. Puan dah ya. Tapi cantik.Manis.Maklumlah, Kelantanese. Rupanya kawan kepada Ustazah Zainab yang posting di SMK Pasir Putih, Tawau.

Ok.Nanti Sambung lagi cerita. Mau siapkan kerja dulu nie. Owh ya.BTW, sekarang dah check in di Hotel Shangri La. Terima kasih EDIL sebab hantar kakak ke sini. Nanti kita ke McD ya. Rindu.

Siapa mau bertandang malam ni silalah meringankan badan ke Bilik 313. Strictly for girls or woman only.

To Be Continued....

Don't get me WRONG!

Assalamualaikum w.w.t

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa aku suka post yang menimbulkan kontroversi kan? Huhuhu...Sebenarnya tiada apa-apa maksud pun di sebaliknya. Aku cuma mengisi masa lapang. Buat soalan yang diajukan itu, secara rasminya aku tidak menyukai sesiapa buat masa ini. Jauh sekali untuk berjatuh hati. Mungin ada yang terfikir betul ka tidak? Hurm..aku rasa aku tidak bersedia lagi untuk semua itu. Hati ini masih belum ingin dimiliki. Memang lumrah manusia itu ingin disayangi dan menyayangi, dicintai dan mencintai apatah lagi untuk dikasihi dan mengasihi. Jujur ya (Inilah pengakuan sejujur-jujurnya pernah aku buat. SILA PERCAYA)

Pasal "UMI, PAPA"..Itu tidak bermaksud aku dan dia (PAPA) itu IN RELATIONSHIP AND IT'S COMPLICATED. Panggilan itu cuma rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang pergi jauh. Aku sedar status dia dan dia sedar status aku. Cuma ada 'tiket' padanya yang membuatkan aku stick padanya secara langsung. Itulah KURNIAAN ALLAH S.W.T yang cute tu. ^_____^

Apapun...pesanan ku...usah dibangkitkan isu ini lagi ya. Sebab jawapan semua sudah diperjelaskan. SO, DON'T GET ME WRONG yeah! T_____T

~Post ketika menunggu untuk berlepas ke KK~