CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Wednesday, August 17, 2011

Penat yang tidak terkira

Alangkah indahnya hari ku hari ini. Dengan senyum dan tawa setelah kelmarin aku bermuram durja. Betapa indah hidup ini (Teringat kata katanya kepadaku). Hariku dipenuhi dengan gelak tawa dan muka yang ceria.Ya..sememangnya dia pun suka sangat kalau aku gembira. Kami sentiasa bertanya khabar. Maklumlah, masing masing saling berjauhan. Untunglah Celcom kerana telah berpuluh ringgit kami melabur kepadanya. Tapi tidak mengapa. Yang penting sentiasa dekat di hati.

Sayang...aku rindu. Bila agaknya kita hendak bertemu dan bersua seperti hari hari kelmarin? Bila agaknya kau memujuk ku seperti malam malam sudah? Dan bila agaknya kau akan datang menjemputku di rumah untuk keluar bersama? Menyaksikan bulan penuh dengan deruan ombak memukul pantai. Owh..aku rindu serindu rindunya sayang.

Tapi sayang. Aku sungguh penat hari ini. Entah badai apa menimpa aku tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Hill Top. Arghhh...sangat penat lutut menekan clutch & break itu. Sehingga ada yang mengatakan kepadaku, "Mengapa juga tidak ambil auto jak?". Biasalah sayang. Mahu race kan. Tapi kan sayang, aku suka sangat tau. Dikau menemaniku sepanjang perjalanan. Dengan kehadiran mu memenuhi ruangan inboxku, aku tidak rasa kesesakan itu sebagai satu alasan sebaliknya aku makin bertindak ganas sayang. Hahaha..ya..jangan tidak percaya. Aku tidak memebri ruang pun kepada mana mana kereta dari mana mana simpang untuk masuk dalam barisan ku. Sebab aku penat sayang. Letih. Sakit lutut dan kaki.

Sepatutnya kan sayang, aku harus khatam ni. Tapi tika dan saat aku post new entry ini, aku sangat letih sehingga mata hampir tertutup. Aku mahu tidurku ditemani olehmu. Sebab entah bila lagi kita akan bersua seperti hari hari sudah kan sayang. Aku teringin bermimpi indah bersamamu meskipun dalam penat yang teramat. Dan aku ingin sentiasa dalam pelukan hangatmu sehingga tiada siapa yang mampu memisahkan kasih sayang antara kita.

Tapi kan sayang, jujur ku katakan. Aku sangat penat yang tidak terkira.

Sekian.

No comments: