CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Friday, August 19, 2011

Penantian berakhir!

Setelah sekian lama aku menanti ayat itu dikeluarkan. Perghhhh...agak lama juga la. Namun kini dengan mudahnya kau mengatakan SAYANG kepadaku. Ini kalilah. TQ Mr.Sayang. Akhirnya penantian ku berakhir dengan kewujudan ayatmu itu. Aku sudah kira bersyukur dengan kehadiranmu yang jauh di mata namun dekat di hati. Dan aku cukup bertuah kerana berkenalan denganmu yang telah menceriakan hari hariku.

Tahukah dikau aku sangat sangat down pada hari Selasa lepas? Ingin ku nyatakan kepadamu tapi aku tak tahu bagaimana untuk mulakannya. Seperti SMS yang ku hantar menganggu konsentrasi pekerjaanmu di sana. Begitu lama aku mendapat reply daripada mu. Tapi setelah kau peruntukkan waktu untuk memujukku pada malam Selasa itu, dengan bait bait indah bahasa SMS itu serta kau membuat aku terasa dihargai malam itu. Aku terasa benar benar disayangi. Terasa confort dengan ayat dan bait bait kata indahmu,sayang.

Erm...harap kau pun tidak melupakan segala kenangan antara kita yang tercipta atas dasar suka sama suka. Aku juga berharap cinta muka buku kita ini menjadi saksi bahawa kita saling meemrlukan antara satu sama lain.
Jika kau rindu kepadaku, peluklah muka buku itu.
Jika kau kasih kepadaku, bercandalah di muka buku itu.
Jika kau sayang kepadaku, pandanglah bintang bintang muka buku itu.
Dan jika kau cinta kepadaku, datanglah kepadaku kerana untukmu sentiasa ada ruang di sisi.

Banyak persoalan yang kini muncul dibenakku namun aku cuba pejam mata dan terus akan mencuba apa saja demi cinta muka buku ini. ^____________^

No comments: