CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Sunday, August 7, 2011

Kursus Lembaga Peperiksaan Sekolah II

Sebenarnya kan, nama kursus nie adalah MESYUARAT PENINGKATAN KEPAKARAN AHLI PANEL ZON SABAH 2011. Wow!! Kecut juga la dengan perkataan KEPAKARAN tu ya. Padahal masih belajar lagi ni. Butir-butir program adalah seperti ketetapan berikut :

Tempat : Shangri La Hotel, Kota Kinabalu
Tarikh : 2-4 Ogos 2011

Ada dalam 6 orang panel juga dalam Fizik Zon Sabah nie.
1) Miss Chong (SM La Salle,KK)
2) Puan Shirlina (SMK Sri Nangka,Tuaran)
3) Encik Abraham (SMK Entilibon, Telupid)
4) Puan Lindy (SMK Beluran)
5) Cik Valerie (SMK Kemabong,Tenom)
6) Cik Sarina (SM Holy Trinity Tawau)

Panel ke-5 tu member dari UMS. Nasib baik ada kawan.Tak juga kering sendiri la. Hehe. Bagus juga program begini sebab dapat memberi impak besar terutamanya kepada guru baru posting macam aku.

Banyak juga perkara lucu yang berlaku. Tak sangka ada guru ingat aku ni bukan cikgu. Dorang ingat "CIkgu manalah punya anak dara ni dibawa ke hotel untuk buka puasa?". Hehehe. Anak dara? Nasib baik.Padahal dalam surat aku dah bertitle PUAN! Mana satu bha nie? ^_^

Tak mengapa. Yang penting dapat meregangkan sedikit kekusutan otak di sekolah dengan membawa diri berjalan ke KK. Dengan tiket flight AirAsia yang HOT SEAT. Free meal. Wow! Best orang gomen ni.

(Berdiri : Puan Shirlina, Miss Chong, AKU, Cik Valerie.
Duduk : Encik Abraham dan Fasilitator kami, Tuan Haji Mohd Taam Bin Haji Sobri)

No comments: