CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Sunday, August 14, 2011

Aku MOHON!

Aku sayang dia walaupun hanya beberapa minit!
Entah kenapa aku rasa rapat sangat hari ni. "Bulan penuh ya?", tanyaku. "Iya..bulan penuh," jawabnya. Dalam hatiku berdoa semoga ada hati yang disatukan kala ini. Aku mendekatinya. Terhidu haruman badannya. Aku dengar suara lunaknya. Owh...sungguh lunak dan romantis. Dialah orangnya. Tidak disangkal lagi. Aku makin menghampiri dan dia langsung tidak berganjak sepertinya merelakan kehadiranku. Ku hampiri dan semakin hampir. Wajah ku hanya beberapa jengkal daripada bahunya. Dan kami terus............

Sejam sebelum itu,

"XXXX tido? XX, kalau terkena wap panas bha, mau dibuat macam mana supaya hilang pedihnya".

"Sapa kena?"

Aku hanya mampu terbaring. Dia menuju keluar untuk mengambil sesuatu lalu kembali semula ke sebelahku.

"Bangun YYY, kenapa tiba-tiba sakit ni?" tanyanya.

"Tadi time sibuk-sibuk tak perasan kena wap. Pedih XX," jawabku.

Dia menarik lembut jari ku dan menyapu sesuatu itu ke atasnya.

"Ouch!" kataku secara spontan.

"Sori YYY. Sakit di mana lagi?" tanyanya. Kali ini aku tak mampu menatap renungan matanya yang redup. Aku pasti akan kalah.

"Alamak...lupa ucap terima kasih. Thanks XXXX," aku bermonolog.

Selepas itu aku tertidur. Dan waktu menunjukkan hampir waktu berbuka. Tiba tiba,

Kini,

"YYY bangun. Tak lama berbuka". Ku membuka mata yang baru dipejam beberapa minit lalu dan melihat wajahnya di hadapanku. Aku tersenyum. Terasa indahnya dunia.

Situasi hari ini sangat indah dan akan ku simpan dalam lipatan memoriku sampai bila bila. Jauh di sudut hatiku, aku sememangnya mengagumi sikapnya yang gentleman. Kini dia rasa sangat bersalah. Please XXXX, jangan macam tu ya. YYY rasa dengan situasi tadilah yang mendekatkan YYY dengan XXXX. YYY suka sangat. Dikala XXXX menyapu sesuatu itu dengan perlahan XXXX membuatnya. I'm falling in L.O.V.E.

Sebelum pulang tadi aku sempat bermanja. "XXXX, tolong bha sesuatu tu lagi," lalu dia menarik lembut tanganku. Aku suka situasi sekarang ni. Sangat suka. Kini aku tidak kesunyian dengan kehadirannya. Namun selepas ini, aku pasti akan lebih lebih rasa sunyi dengan ketiadaannya 'di sisiku' lagi. Dan aku sangat tidak suka akan keadaan itu. Wahai masa, lambatlah engkau berjalan. Biarkan aku rasa kebahagiaan yang seketika cuma ini.

Dia pun turut takut merasakan apa yang aku rasa terhadapnya. Dia takut untuk merindukan aku kelak. Apatah lagi aku yang selalu pilu dan hiba sendiri apabila merindukan seseorang.

"Ya Robb, janganlah Kau rampas kebahagiaan yang sebentar ini. Kau berikan kami masa dan ruang yang ada untuk melayari kebahagiaan ini. Sesungguhnya Kau lebih memahami situasi yang kami alami sekarang. Kau lebih tahu, Ya Robb".

Apa yang pasti, aku akan terus cemburu dengan detik detik yang bakal aku alami kelak. Aku bakal cemburu dengan apa yang hadir di sekeliling kelak. Dan aku semestinya akan cemburu dengan XXXX. Sangat sangat.

Tolong jangan ingatkan aku detik itu. Tolong jangan ingatkan aku apa yang bakal berlaku dan tolong jangan cari aku kalau XXXX rindu. Tolonglah. Aku mohon. Kerana aku tidaklah sekuat dan setabah yang disangka. Aku MOHON....

T_________________T

No comments: