Saya mendapat email daripada CIMB
CLICKS kononnya kena update segala maklumat akaun. Bukan sekali dapat email,
berkali-kali jugalah.Dalam inbox atau spam. Jadi dengan perasaan ingin tahu yang sangat
tinggi, saya pun update tanpa sebarang syak wasangka. TAC number sudah 3 kali
muncul di inbox handphone saya. Saya pun pelik terus log out dari sistem CIMB
CLICKS tu.Akhirnya pada 5 April 2012 lebih kurang pukul 2.40 petang, saya check
baki duit dalam CIMB CLICKS. Alangkah terkejutnya apabila RM5k telah lesap
begitu sahaja. Darah tersirap, seperti tak percaya. Semua perasaan bercampur
baur. Lantas saya menelefon talian hotline CIMB dan operator tu juga terkejut
dengan nilai kehilangan saya.
Mereka terus block akaun CIMB
CLICKS saya tapi saya sempat melihat transaksi ke mana sebenarnya duit tu pergi
dan menyalin penama dalam 3rd party tu. Mereka meminta saya cepat melaorkan kes ini
kepada pihak polis agar mereka boleh lakukan tindakan selanjutnya. Memang bukan
rezeki saya kot. Pada 6 April 2012 tu, SABAH cuti umum. Jadi sukar untuk
mendapatkan penyata akaun saya di CIMB Tawau. Saya hanya mampu bersedih dan
meluahkan perkara ini kepada seseorang yg saya percayai boleh memberi kata-kata
semangat kepada saya.
Hari Isnin berikutnya, saya
melawat lagi IPD Tawau dan mendapatkan report polis. Dan keesokan harinya lagi
saya ditemubual oleh seorang berpangkat sarjan untuk mengetahui butir-butir
kejadian ini berlaku. Sebenarnya perkara begini memang sudah lama, tapi mungkin
benar orang kata..Perkara sudah mau jadi kan. Pasrah saja. RM5k tu adalah duit
pelaburan saya. Mana tak haru biru. 3
hari berturut-turut saya ulang alik IPD Tawau-rumah.
Saya call ke HQ CIMB Ampang, mereka
memerlukan laporan polis untuk membekukan akaun “penceroboh” akaun saya
tu. Dipendekkan cerita, 4 Jun 2012 saya
selamat menerima wang RM5k itu kembali. Tersangatlah syukur kepada Allah atas
segala kejadian yang berlaku ni.
Dan saya sangat-sangat berterima
kasih kepada anggota polis IPD Tawau yang banyak membantu iaitu Sarjan AB
Malik, Inspektor Siva dan Inspektor Zamzarina. Kepada seseorang yang sentiasa
member kata-kata nasihat dan perangsang kepada saya dan teman seperjuangan yang
sanggup menjadi saksi untuk mendapatkan semula RM5k saya tu. Alhamdulillah,
syukur sangat-sangat kepada ALLAH S.W.T.
Jadi kawan-kawan, jangan
terpengaruh andai menerima email seperti ini. Bukan sahaj CIMB CLICKS tetapi
juga perbankan internet seperti Mayban2U. Sekali klik akan membawa padah kepada
kita. Berhati-hatilah selalu!
1 comment:
like....
syukur...semua selamat...:)
Post a Comment