CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Saturday, April 24, 2010

Bila dah nakal sangat, akibatnya....

Suatu petang 23 April 2010 tu, aku dan kengkawan (Lina,Sia dan Sue) dengan penuh ketegaran pergilah ke belakang blok A tu. Membawa perasaan kepingin nak makan mangga. Sebab apa tau, mangga kat sana tak masam.Makan macam keropok ja. So, taklah perlu kecur liur setiap
kali gigitan pertama hingga terakhir.Promote nie.

-Ni la hasilnya yang tak seberapa-

Bila dah geram sangat tengok mangga yang besar dan debab kat atas tu, rasa nak juga capai walaupun galah tak sepanjang mana. Try panjat pula.Tapi tak dapat.Bila nak turun pokok tu, kaki pula buat hal.Ingatkan landing kat tanah tapi terasa keras.Rupanya ada satu besi tegak berdiri ja kat situ.Perghhhh..sakit tu sakit juga la.Tapi tak terasa sangat.

Bila dah balik bilik dan nak pergi ambil wuduk Solat Maghrib, kaki tetiba rasa susah nak jalan. Belek-belek sikit telapak kaki kiri, "Eh..kaki macam nak bengkak ni. Kejap lagi lebam la".

Pastu cuak la. Sampai jalan pun terhenjut-henjut mengalahkan Si Capik. Post status baru kat Digsby."Sila ucapkan takziah pada saya yang mengalami kaki lebam".

Dan dengan baik hatinya kawan ku si Lina a.k.a Cik Bedah nie post kat Facebook dia.Patutlah semua kawan tau dan care pasal aku. Siti bagi 3 jenis ubat (Cap Kaki Tiga, Minyak Gamat dan Tiger Balm) dan Anis pun sama.Bagi Krim But-But keluaran HPA. Terima kasih kawan-kawan. Malangnya, kulit di telapak kaki sangatlah keras sehingga tak mampu rasa kepedasan krim tu. Alahai nasib.

-Terima kasih kawan-kawan-

Bila SMS kat kawan mengadu, siap kena marah lagi. "Nak panjat pokok mangga tu apasal? Ngengada". Kan dah kena.Mesej yang sorang pun sama. "Tu lah. Tak pandai diam"....T_T

Apapun, ni kita pengalaman kaki lebam la nie .Sekarang ni (24 April 2010,3.48pm) barulah terasa sakitnya dan kesan lebam yang warna biru tu dah kelihatan. Lepas ni tak dapatlah jalan macam normal person lagi dah. Kena terhenjut-henjut juga. T_T
-Hasil daripada kenakalan itu-

Ok la. Entri pasal nakak nie dah habis. Bai.

2 comments:

Qib said...

hishh..x p jumpa doc ke?? nice blog.. tulisan senan gila kot nak baca! syabas bete

SARINA SANGKALA said...

hehe...tengkiu2..takpa kot nie...selalu sapu ubat juga. BTW, terima kasih kerana singgah yer..(",)