CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Sunday, March 28, 2010

"LONG CARDIGAN MILIKKU CONTEST"

CAK KUN CAK!!!

Entri kali ni aku nak kongsi pasal pertandingan yang dianjurkan oleh Yana Mohammed (kelik untuk maklumat lanjut) iaitu seorang penjual cardigan di Facebook a.k.a MukaBuku yang agak baru aku selongkar. Ada jugalah aku merajinkan jari jemari ini untuk kelik-kelik MukaBuku Yana nun. Untuk apa lagi kalau bukan shopping!!!! ^_^

Dalam banyak-banyak cardi yang ada terpampang kat MukaBuku tu, aku teruslah jatuh cinta pandang pertama dengan long cardigan warna hitam tu. menurut Yana, muat sehingga saiz 4XL.Maknanya tiada masalah untuk ku memilikinya meskipun badan ku sekarang ni sedang menunjukkan tanda-tanda mengembang umpama belon udara panas T_T

Jadi aku apalagi, dengan peluang dan ruang yang ada, aku minta Yana reserved untuk aku cardi hitam dan masa itu jugalah aku membuat pembayaran melalui CIMB Click. Dan Yana dengan berbesar hatinya pos cardi aku hari Ahad. Dalam hati memang tak sabar nak tunggu my first cardi. Nak bergaya sakan la katakan. Nak sertai contest Yana tu.

Sampai ja cardi, fuhhhh..lawa siot..Panjang..Aku pakai ke kuliah hari Jumaat lepas. Wahwahwah..aku mendapat pujian berduyun tiba *nyanyikan persis iklan dalam Hot Fm ye*...
Semua yang lihat kata lawa. Dan jangan terkejut, Kak Ija a.k.a Heliza AF 5 (kelik untuk FB dia) yang telah menjadi sebahagian daripada geng karas kami semester 8 ni pun tanya kat mana aku beli. Psssttt..Yana....artis puji cardi awak..hehehe..Congrats ekk dear...

Masa pakai cardi nie aku sesuaikan dengan baby T kat dalam sebagai inner dia. Warna pink lagi ya. So, tema aku hari tu adalah "Black & Pink". Boleh dah pergi dinner...^_^
Tapi hari tu lepas kelas jam 4 petang, Kak Ija bawa kami meronggeng kat CentrePoint,Kota Kinabalu dan tak lupa menjejakkan kaki serta bergambar sakan di Tanjung Aru. Wah..semangatnya nak tengok sunset tapi bila sampai dah terlepas pula. Sebab apa??? Jalan jammed gilak!!! T_T

Jadi, dikesempatan ini nak juga la aku abadikan gambar-gambar model tak jadi ni kepada korang ye. Inipun semata-mata kerana contest yang Yana anjurkan. Aku memang nak juga hadiah cardi lagi ni kalau ada rezeki. Hehehe...cantik seh ada cardi begini. Kat Sabah ni susah nak cari. So, Yana..jangan terlepas pandang pasal gambar I ye dear..^_^

Kalau awak semua terlihat gambar model-model ini, harap dapat menilai yer penampilan ku dengan cardi daripada Yana ni...wink...wink...
Ehem...nak bergaya ala apa ya? -Tanjung Aru, namun terlepas sunset-
Tu dia...tanpa segan silu bergambar sakan di shopping mall CentrePoint,KK
Tangan kiri asyik dengan gaya yang sama..LOL
Ku merenung masa depan yang ada..hihihi
Okay dear..this is my long black cardi...^_^
Tadaaaa.....aku bergaya kat mana-mana saja termasuklah kedai baju Yoyoki kat CP..fuhhhh..

NAMA : Sarina Binti Sangkala
SLOGAN : Saya suka memakai cardigan yang dibeli daripada Yana kerana kainnya yang lembut dan sejuk dipakai memandangkan diperbuat daripada 100% kapas, senang untuk digayakan walau di mana sahaja serta memperlihatkan sesuatu yang baru dalam penampilan diri saya.


3 comments:

Yana Mohammed said...

tahniah dear...kamu dah memenuhi syarat...psl link blog tu xper la...nanti dh dpt bukak tgalkan link kt blogshop yana yer...kim salam kt Heliza...yana minat die...^_^

SARINA SANGKALA said...

wokey yana...
tak sangka lak dia dok pegang2 cardi nie time kitorang kuar sesama tue..siap tanya kat na beli..hehe..
nanti kita tlg smpaikan salam Yana kat dia ekk..=)~
BTW, dah post kan link kat http://yanawardrobe.blogspot.com/

Aini said...

peh lawa plak warna hitam. Dah order warne cokelat kat yana... No yg rase nak tukar warne hitam plak ni..hehe