CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Saturday, March 13, 2010

CINTA Ain Naqilah

Lama tak berblog ni. Rindu lak nak menaip ^_^

Ermmm..apa kaitan dengan entri kali ni ya? Aiseh...nak bagitau ja yang aku lama dah tak baca novel ni. Semester ni saja tak pernah so kembalikan semula hobi tu. Kat entri sebelum ni ada gak ku post kan gambar novel-novel yang menjadi koleksi ku. Itupun koleksi Alaf 21 yang banyak. Ni hah first time baca novel Telaga Biru. Tajuknya "CINTA AIN NAQILAH".

Nak kongsi sinopsis la ekk..
"Kesetiannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus-terang dengannya.

Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah hanya Tuhan yang tahu. Baru dia sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris.

Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya teralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah.

Apabila kesetiannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya? Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan menemaninya ke suatu destinasi yang indah."

Nak tau lebih lanjut cerita CINTA AIN NAQILAH ni? Jangan lupa dapatkan novel ini di pasaran dengan harga RM20.00. Jangan lupa tau...^_^

No comments: