Tuesday, September 25, 2012
Aku Suka Dia
Tuesday, August 14, 2012
Keliru
And sorry for what I have done to you before. It is very embarrassed me myself actually as a women. I did not respect myself and you. I did not respect you. I feel so sorry to myself. I feel ashamed. I thought there will come a sun soon, but eventually it will have rain cats and dogs.
Pity of me. No one should love this women. No one.
Monday, August 13, 2012
Bermimpi di malam hari
Sentiasa menyokong
http://shafaza-zara.blogspot.com/2012/08/23-ramadhan-penipuan-terbesar-perempuan.html
Baru pagi tadi saya kata "I'm fine" to him. Memang tepatlah. Itu penipuan terbesar yang saya lakukan.
Hati, tolong berlaku adil pada diri saya.
Sunday, August 5, 2012
Gomen vs private sector!
Asyik asyik gomen yang kena 'kacau'. Gomen dapat bonus, BISING. Gomen dapat cuti, BISING. Gomen dapat TANGKI, BISING juga walaupun tak tahu hal sebenar. Tetap nak salahkan GOMEN. GOMEN..GOMEN..GOMEN..Sangkanya semua gomen sama.
Fikir luar kotak sangat korang ni pren. Come on la. Rezeki ALLAH bagi sama rata. Dah rezeki aku kerja dengan kerajaan. Korang dengan swasta. Syukurlah. Bukan kau kebulur juga kan. Aku pun tak kebulur. Taklah macam rakyat Somalia kita ni. Jadi apa mau bising bising.
Sorry ya. Aku takkan hidden nama korang tu. Instead nama ku juga tidak. Sama samalah kita muhasabah. Aku bukan nak banyak bunyi cuma korang banyak bunyi. Hahaha..Sorry bro. Kadang kadang pemikiran kita tak sama. Hati dan perasaan lain lain. Sekali korang cakap aku boleh diam. Ini dah masuk berkali kali. Boleh beza ba tu kan. BM kamu time SPM pun LULUS juga kan.
Jadi untuk orang PRIVATE yang cepat tak puas hati dengan GOMEN ni, sila selidik dulu kisah sebenar sebelum nak menembak GOMEN. Aku timbulkan isu GOMEN VS PRIVATE sini bukan sebab aku ni orang politik ka apa. Aku cuma mempertahankan diri dan profesion ku. Aku tak pihak mana mana parti politik pun di sini. Aku HIGHLIGHT lagi sekali. AKU TAK MEMIHAK MANA MANA PARTI POLITIK PUN!!!
Pasal isu TANGKI 1 MALAYSIA tu. Orang dah nak bagi, kita ambil ja la. Dah aku pun mengundi area Merotai. So kebetulan dapat rezeki nama ku termasuk dalam senarai 30 orang tu. Bukan sebab KABEL BESAR or KECIL. Ini disebabkan sesiapa bertuah yang mendaftar di kawasan Merotai ja pun.
Tu la. Sebelum mau bising, selidik dulu. Dorang pancing undi ka, pancing ikan ka itu hal dorang la. Yang penting aku dah daftar then aku akan mengundi.
Hahahaha...
p/s : "Pesan pada hati pesan pada diri. Jangan cepat melatah. Mereka tu cemburu ja. Dah rezeki masing-masing kan. Biarlah kau sana. Hahaha~"
Friday, July 27, 2012
Jika harus memilih
Duhai hati...
Bersabarlah..
Kelak pasti akan tiba waktu dan ketikanya engkau akan mengecapi kebahagiaan yang selama ini engkau cari.
Sunday, July 15, 2012
Sendiri cari pasal
Apapun terima kasih atas jasa baiknya hari ini memberi hujung minggu menonton Spiderman. Memang bestlah cerita tu. Dan ada juga sebab-sebab lain mengapa dikategorikan sebagai best. Hahaha..
Lain kali mau nonton cerita hantu pula. Supaya balik tak sakit hati tapi balik ketakutan. Kahkahkah~
Wednesday, June 27, 2012
Sukan Tara 2012
Tapi part yang tak boleh tahan gelak adalah apabila guru membantu untuk memberikan mata kepada rumah sukan masing-masing. Bila masuk ja acara lompat tinggi, harapan semua boleh lepas la. Tapi memandangkan seorang guru lelaki tu tak lepas, maka dia mewakili maruah kami guru perempuan juga. Hahahahaha....
Terima kasih cikgu. Dengan ini kami yakin bahawasanya palang untuk lompat tinggi tadi adalah bagi guru lelaki. Bukan guru perempuan. Hahahaha.
Sunday, June 24, 2012
Aduh duh duh...
Boring
Saturday, June 23, 2012
Bukan pilihan halwa
Saturday, June 16, 2012
Israk Mikraj 1433 H
Friday, June 15, 2012
Selamat pagi!
Selamat pagi semua. Rasanya ringan badan tidur awal semalam. Ops..Saya maksudkan awal begini. Buat kerja-kerja report card pelajar, buat marksheet untuk dihantar ke Pengetua minggu depan dan sedikit chatting dengan kawan-kawan FB. Malangnya berlaku salah faham dengan seorang makhluk Tuhan ni. Lain aku maksudkan lain dia faham. Tiba-tiba menguji kredibiliti aku sebagai GURU. Memang naik pening kepala aku terus. Post sesuatu di FB nak bagi dia terasa then saya tidur. Bangun pagi ni lepas solat Subuh memang nak sambung buat report card untuk 32 kepala di kelas tu. Harap-harap sebelum ke sekolah semuanya siap.
Monday, June 11, 2012
WTF (Wednesday, Thursday, Friday)!
Memang sejak awal aku masuk 4E tu, tiada satu orang pun yang respect aku sebagai teacher mereka. Kerana apa, itu aku tak tahu. Tapi memang aku dah tanam dalam diri, aku juga tak suka masuk sana dan takkan pernah bagi muka dengan dorang. Apa nak jadi dengan keputusan peperiksaan korang, lantak kaulah. Kau orang yang buat aku meluat dengan perangai kau.
Apa kau buat time aku membebel di depan? Kau keluar menari di koridor kan.
Apa kau buat time aku menulis banyak nota? Kau kata banyaklah, penatlah. Kau tipu. Penipu besar!
Baru sekerat jalan nota aku bagi, kau mengada-ngada macam perangai setan!
Kau memang tak tahu bersyukur kan?
Kau pun sama. Jawatan tinggi tapi tak pernah fikir hati dan perasaan orang. Hanya kerana kau tak mahu masa ku kurang daripada orang lain, kau susahkan aku.
Masa kamu mesyuarat pemilihan pakej subjek, ada kau fikir kenapa mereka yang gila-gila pangkat tu memandai letak kelas kedua Akaun sahaja sedangkan sepatutnya dorang pun Sains Tulen? Mana ba pemikirann mu sebagai ketua ni? Tak pandai pertahankan masa depan pelajarmu sendiri? Kau tu yang WTF betul! Kerja ikut telunjuk orang melulu. Takda pendirian. Menyampah aku mengaku kau sebagai ketua!
Ya. Aku memang marah. Mengamuk habis. Aku la sekarang ni. Aku. Kau orang peduli apa? Kau orang ada hati dan perasaan kan? Kau orang fikirlah sendiri. Rasa-rasa kalau kau orang berada dalam situasi aku. Kau orang suka berdepan dengan orang-orang yang kau benci? Aku tidak. Makin meluap-luap kemarahan ku.
Sememangnya inilah hari yang paling malang buat ku. Hari yang aku sendiri buat keputusan atas kesilapan orang. Aku yang terpaksa menanggung beban manusia lain atas kesilapan mereka lakukan. Memang gila punya institusi. WTF!
Sunday, June 10, 2012
Ada 'couple' tapi masih gatal? Erk!
Ingatkan apabila aku terleka
Hanya kerana seorang manusia yang sama daif seperti ku, aku menjadi hamba MU yang tidak bersyukur dengan apa yang aku hadapi kala ini. Hanya kerana manusia ini aku lupa KAU memiliki segala kecintaan kepada hambaMU. Aku lupa segalanya. Ampunkan aku Ya Tuhanku.
Seharusnya aku kembali kepada perkara asas yang pernah aku lakukan sebelumnya. Aku seharusnya menjadi insan tegar, guru rajin serta hamba yang tahu bersyukur. Aku bertekad untuk tidak bersedih lagi meskipun sukar untuk menghakis kenangan lalu itu
Aku akan berusaha untuk bangkit kembali. KAU bantulah dan bimbinglah aku Ya ALLAH.
Aku mohon
Semoga dia berbahagia bersama insan kesayangannya. Sudah tentu bukan aku. Pasti.
Hati yang basah
Andai benar sayang masih ada, sayangilah dia seadanya.
Andai benar rindu bertandang, rinduilah dia seadanya.
Andai cinta menggamit jiwa, cintailah dia seadanya.
Kerana sesungguhnya, sayang, rindu dan cinta yang hakiki hanyalah pada ALLAH S.W.T.
Saturday, June 9, 2012
Jujur aku cemburu
Semakin melewati ruangan muka buku dia, semakin banyak canda mesra bersama pasangannya..semakin terasa juga hati dan sanubari ku. Aku tidak bermimpi untuk memiliki dia. Tetapi, jangan dipermain hati yang mudah rapuh. Ku mohon.
Semoga kau berbahagia bersama pasangan hidup mu. Ikhlas aku doa buat mu.
p/s : Aku tetap menunggu Encik Yang Jauh Di Mata.
Friday, June 8, 2012
Saya terkena PISHING!
Pencinta BUKU!
Mari tengok beberapa koleksi yang saya beli dari FB Mybiz SantaiShop tu. Sebelum tu nak bagitau, awal yang mem-blog ni pun sudah pernah buat entry pasal novel dan koleksi buku-buku saya. Ini cuma unjurannya la kan.
Cerita Laksamana Sunan ni bermula daripada BAGAIKAN PUTERI sampailah penghujungnya SUNAN MUSAFIR.Khabarnya ini last. Tapi saya tak mau ini last!
Saya peminat setia Ramlee Awang Murshid.
Menggeletek abdomen betul!
(^_^)
Nangis-nangis baca nie. Sanggup berjaga malam untuk habiskan.
Sampai 6 sekali borong!
Tapi saya bagi 2/5 saja.
2/5 juga.
Contoh kawan : Suhaini, Nursia, Fizah, Nurlina
Dan sepupu saya.
Titik.
Kahwin member
Tapi kesempatan ini nak tayang beberapa gambar kahwin kawan-kawan yang sempat saya attend dengan member lain.
Saturday, May 5, 2012
Saya COPY & PASTE pasal isu rumahtangga. BEST!
BACA
SAMPAI HABIS. Info sangat berguna dan anda akan berfikir 150 juta kali
untuk ini. Khas untuk pasangan suami isteri dan untuk yang BAKAL
BERKAHWIN jugak. Nescaya petua ini dapat membahagiakan rumahtangga
kalian! InshaAllah...
Soalan:
Kenapa lelaki sanggup
ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang
kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab.
Terima
kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog yang
banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini
tiba tiba ada kemusykilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati
untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.
Soalan saya,
kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin
dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini
bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang
cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai
dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz
Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang
kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih
kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin
dengan perempuan yang kurang cantik.
Nampaknya, teori
mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat
Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya
soalan begini.
******
Jawapan:
Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!
Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...
Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai
dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang
cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab
artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”
Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek
lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa.
Amin.
Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga
jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin,
dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin
bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin
dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu
dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi
jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang
beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)
Kat mana tadi?
Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi
lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang
kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik,
dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang
dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai
walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka
bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.
Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!
Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering
di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.
Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan
lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong
sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.
Tapi
bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok
TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya
sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya
mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA!
Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar
dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
Aku dah rujuk kepada 5
pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah
kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan
seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan
sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding
suami yang selalu di teman isteri.
Puan Puan sekalian,
kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan
itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan,
adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh
dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada
di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri
akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara
berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama
syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak
lapan...jangan!
Korang bini orang semua ni masih ingat lagi
tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku
di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu
makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan
sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak,
makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah
nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing
syaitan!
Apa lagi nak di kata?
Aku ada kenal seorang
pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan
cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini
beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa
bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas
suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri,
sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku
makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur
hidup.
Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.
Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani
suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika
bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita
tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap
nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami
mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora.
Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah
tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang
perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami
kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.
Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari
suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke
subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak
bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Argh, tak
perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa
pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan
terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala,
atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah
pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,
Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:
“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”
Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik,
suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku
sampaikan.
Thursday, April 12, 2012
Kemenangan Pertandingan Kawad Kaki NGO SM Holy Trinity, Tawau
Wednesday, April 11, 2012
Pasrah itu menyerah
Thursday, January 26, 2012
Nak marah ni, memang nak marah
Tak tahulah nak mula dari mana. Sebab sudah sekian lama bersarang rasa sebal, marah dan yang sama waktu dengannya. Aku masuk ke sekolah tu dengan harapan akan mendapat banyak input berguna. Tapi lama-kelamaan seperti ada sahaja yang menarik aku supaya tidak berjaya. Dan paling sadis makin hari makin ramai yang masuk carta mereka yang aku tak ngam!
Yang mamat satu ni mula-mula tu aku ingat boleh in ka kunun. Pada mulanya semua OK saja. Tapi lama kelamaan perangai sebenar dia muncul. Dengan mulut macam longkang. Masya ALLAH. Paling aku terasa sampai sekarang apabila dia kata aku dan member baik aku ni MACAM BERUK. Ok, aku boleh anggap perkataan MACAM tu tidak wujud tapi BERUK??? Kalau aku beruk, kenapa kau bekerja dengan beruk? Ajar anak-anak yang beruk ajar. Maknanya kau pun beruk.
Sehingga sekarang ni aku rasa susah mau maafkan dia. Walaupun ada seorang adik ni sudah nasihatkan aku supaya maafkan saja dia. Aduh.Tuhanku.Bukalah hatiku untuk memafkan dia walaupun aku rasa ada parut luka yang sudah ditinggalkan oleh mulut longkangnya itu.