Hmmmm...apabila memperkatakan tentang pembelajaran di sini..harus ku akui bahawa sesungguhnya kepala hotak sudah cukup serabut dengan pelbagai jenis, macam dan ragam assignment *wah..bunyi seperti sophisticated lah pulak ^_^
Apa benda terbaru yang aku lalui? Flashback
1) 22 Januari 2010 - Penamaan calon MPP. Secara langsung aku terlibat sebagai pencadang kepada calon SPPS KHALIL BIN SABU.
2) 23 & 24 Januari 2010 - Kehidupan sangat memberangsangkan apabila aku tidak keluar lagi untuk meronggengkan diri..wahaha..
3) 25 - 29 Januari 2010 - Mengalami kecelaruan dalam pemilihan baju-baju ke kuliah. Aduh, sangat gawat deh!! T_T
4) 28 Januari 2010 - Pembuangan undi di Dewan Canselor menggunakan kaedah e-voting. Nak bagi tagline baru..Cepat,mudah,pantas dan mutakhir. PEACE =)
5) 29 Januari 2010 - Disahkan calon ku menang 1 kerusi di SPPS..Wah..keterujaan ku mencapai tahap maksima. Terasa ingin ku bersujud kepada Ilahi kerana doa diperkenankan.Amin. Khalil membelanja pencadang,penyokong dan jenteranya di kafe perpustakaan.Kami apa lagi.Memesanlah yg paling mahal iaitu Uncle Bob..kehkehkeh...
Lagi satu perkara pelik, aku berjalan dengan penuh semangat jiwa dan raga di sekitar perpustakaan hingga ke bus stop nun, kenapalah mata-mata yang melilau melihat pergerakan ku seolah-olah aku ditelanjangkan *bukan telanjang tu..doi na...
Nasib terserempak kawan lama. Ada gak modal borak-borak sekejap. Then meneruskan perjuangan merebut bas balik kampung AB.
Routine harian tahap biasa-biasa sahaja. Yang penting assignment berlambak-lambak masih. Nak juga senaraikan ni, sebagai peringatan la kiranya *esseh
1) Kemahiran Berbahasa Dalam Pendidikan - Rumuskan kepada 5 muka surat artikel bertajuk "Peranan Guru Dalam Memotivasikan Pelajar Dalam Bilik darjah" dan satu kerja kumpulan.
2) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - Merumuskan artikel bertajuk "Effect of Aerobic Leg exercise Training on Subcutaneous Adipose Tissue of Thigh in Young Japanese Women"
Sungguh tak sangka, semester ini aku belajar kembali cara merumuskan karangan ni.
3) Penilaian Dalam Pendidikan - Harus membina item soalan sendiri meliputi aras pengetahuan sehingga aras penilaian lalu dipersembahkan di khalayak ramai seterusnya mendapat permission daripada Miss Chrispina..*fuh...baca dengan sekali lafaz sahaja persis akad nikah :-)
4) Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan - Setiap minggu berdepan dengan soalan tutorial dan juga sesuai untuk tontonan umum.
5) Aplikasi Psikologi Dalam Pendidikan - Sangat-sangat teruja lagi terpsiko apabila kelas dengan Dr.Christina.Namun semakin menjadikan ku seorang guru yang faham akan term dalam pendidikan. Setiap minggu harus mencari dan menelaah kerja yang diberikan.
6) Teknologi dan Pusat Sumber Sekolah - Paling bengang apabila ketua tidak memainkan peranan dengan betul. Aku harus cross line ketua nie. Huh..
7) Komputer dan Multimedia Pendidikan - Assignment individu buat esei 8-10 muka surat tajuk e-learning dan assignment group pula buat video guna Ulead 11.
Banyak kan? Mana tak serabut hotak ne. Namun harus meneruskan perjuangan sehingga ke titisan keringat terakhir *harus menggunakan keringat bukan darah kerana diri ku bukan berada di Bosnia Herzogovina.
Sebab itulah jarang-jarang post dan membelek isipadu *eh..bukan* isi blog ni. Dak tak sangka followers ada gak peningkatan seorang. Thanks kepada IAI *macam nama pengeluar minyak ja*. Macam diri ku mengenalnya namun siapakah gerangan tuan hamba? *Ok..mari berbahasa istana pulok..sigh..
Jadi, ada sesiapa yang offer nak bantu buat semua assignment ini? Seperti assignment nombor 2 tu, ada yang sudi buatkan. Harus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi juga. Ada insan yang sudi hulurkan bantuan ringankan beban *Bersamamu T_T
Namun setakat ini belum ada assignment ini yang lengkap dan siap sepenuhnya disebabkan penyakit malas dan suka bertangguh.Aduyai..abes lah nie cikgu sorang. Manyak butul fikil ma. Anak lagi, abah lagi, umi lagi..Semua mau pikil. Bisa2 gua jadi bingung dan bengang ni *buat persis gaya apek sedang bingung.
Tapi, apapun harus gambate dan jia you nie kan. Kikis sifat malasmu SARINA. I noe you can do it not DUIT..Perghhh..nie lagi satu kes negara ni. Kapankah pinjaman ku akan dikeluarkan daripada perut CIMB nun? Rasa terlalu lama diri ku menunggunya ni. Tolonglah membantu insan lemah, tolonglah!!!!!!
Ok stop..harus menurunkan pena di sini *padahal menaip* . Kerana banyak lagi kerja dan beban tugas yang perlu dilangsaikan. Sehingga bertemu di lain lembaran.
Mencari ciri-ciri muka serabut T_T
-Aku, 30 Januari 2010, 7.09 pagi-
No comments:
Post a Comment