Apa khabar semua? Kini sudah berlalunya semester Latihan Praktikal ku di SMK Narinang,Kota Belud.Berakhirnya semester PSMP ku yang bertajuk Penggunaan CD Interaktif dalam topik Haba Tingkatan Empat *Interaktif laa sangat,guna PowerPoint sahaja..hehe..Semua tue sudah ku lalui semasa berada di semester 7 di kampus ceria Universiti Malaysia Sabah ini.
Sekarang? Telah masuk alam semester 8 pula. Maksudnya?Hmmm..InsyaALLAH semester akhir tapi dalam hati dup dap dup dap..Neves tahap cipan bin tenuk. Kenapa? Isu course registration masih belum settle. Last semester pun aku masih ambil berpuluh-puluh jam kredit. Salah aku juga dulu semasa mula-mula masuk U. Nak enjoy but.....Tak boleh jugak nak salahkan aku 100% kan. Sebab PA kami dulu yang tak bagi aku ambil banyak-banyak.Hasilnya, aku pergi berprogram kat peringkat JAKMAS dan Kelab ku,PRS.
Semangat kah aku menempuhi semester baru nie? Semangat kah aku untuk menghadiri kuliah? Semangat kah aku untuk mengharungi liku-liku hidup sebagai mahasiswa kali ini? Setelah semangat ku direntap apabila Latihan Mengajar dahulu sebagai seorang guru yang berdedikasi dengan jayanya?Esseh..mood perasan pulak dah T_T
Walau apapun halangan,aku harus teguh..aku harus kuat..ini adalah semester yang akan menentukan masa depan ku. Malahan sejak pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke menara gading lagi, nawaitu ku tidak pernah berubah.Untuk berjaya dan terus berjaya. Aku anak sulung,tanggungjawab ku banyak. Kepada ibu bapa,adik-adik,keluarga dan paling penting kepada Allah S.W.T.
Aku harus kuat
.
.
.
Aku mesti kuat
.
.
.
Aku wajib kuat
.
.
.
Aku rukun kuat
Semua harus ditempuhi dengan kesabaran, usaha dan doa yang diharungi secara istiqamah. Aku rindu aku yang dahulu. Yang mendahului benda yang terdahulu. Aku kemudiankan benda yang kemudian. Aku harus belakangkan hiburan dan benda-benda yang melaghokan.
Come on SARINA!!!
CHEER UP YOURSELF
Dirimu tonggak harapan mak dan bapa
Dirimu tonggak harapan bangsa
Dirimu tonggak harapan anak-anak generasi akan datang
You must do all your best!!!
No comments:
Post a Comment