CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Monday, November 23, 2009

Resepi Tat Telur ala-ala Kg.Pasir Putih


Salam semua..

I dapat banyak komen lepas post gambar tat telur nie kat Facebook. So,nak share jugaklah resepi kat sini. Mungkin boleh menambahkan ilmu lagi kan. Tapi yang tak puas hatinya apabila ada yang mengatakan I saja nak download gambar then upload dalam FB.Ada lagi yang tambah..I gi beli kat kedai.Takda bendanya nak keluar g Bandar Tawau tue petang-petang buta.Huhu…mana-mana la kan. Asalkan I bahagia.kwang3x….Nie la nak kongsi resepi kat korang.

Pastri
- 500 gram Marjerin (kalau beli sepaket tue, just bahagi duakan sahaja,kan 1 paket tue ada 1 kg)
- 2 biji kuning telur
- Tepung (agak-agaklah ya..kalau dah OK adunan. Asalkan jangan keras sangat)

Filling
- 6 biji telur
- ¾ Susu pekat manis F & N (yang 505 gram tu)
- Segelas air
- 1 sudu makan tepung kastard
* Kastard tue, campur ja dalam gelas berisi air tadi

Cara-caranya

Untuk Pastri
*Perhatian : Tak perlu guna sebarang mesin...pakai tangan ja takpa..*Guna jari pun boleh..huhu..sempat lagi iklan syamfu..ngeh he he
1) Campur ja semua bahan-bahan pastri
2) Bila dah cukup sebati dan tak berapa keras, kira OK la tue

Untuk Filling
1) Pukul 6 biji telur pakai sudu sahaja pun boleh dalam mangkuk
2) Pastu masukkan susu sejat F & N
3) Sementra tu, bancuh dulu kastard dengan air tadi kemudian masukkan dalam mangkuk tadi

- Dalam pada itu, pastikan oven/ketuhar telah siap dipanaskan.
- Kemudian tekapkan (apa ya dalam bahasa Malaya,faham-faham la ya…Yang penting pakai tangan ja semua) pastri dalam acuan khas untuk kuih tat.
- Lepas tu, masukkan filling di tengah-tengah
- Bakar tapi hendaklah sentiasa diawasi kerana takut filling akan mengembang (kalau mengembang, tak lawa jadinya..hehehe..)
- Bagaimana pastikan tat dah masak?? Apabila anda gerak-gerakkan dulang pembakar, filling tidak bergerak-gerak atau pun tidak cair lagi.

Senang kan? Tak perlu mesin..guna jari pun boleh.Hehe…Kalau dah try tue, jangan lupa lah dropkan komen anda di sini ya..nak lihat bagaimana hasil air tangan anda pulak…Selamat Mencuba…


P/S : Kalau ada sebarang pertanyaan, sila layari laman FB saya ya…;)


No comments: