CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Saturday, April 16, 2011

CINTA itu fitrah

-Adaptasi daripada iluvislam.com-

Cinta... satu pengalaman yang dikatakan cukup indah dan kehilangan cinta dikatakan cukup pedih. Bagi saya yang tidak pernah bercinta (tetapi amat percaya pada cinta), saya tidak boleh komen lebih-lebih mengenai perasaan bercinta atau putus cinta. Tetapi, saya ada satu kisah benar yang berlaku kepada seorang kawan baik saya ketika di Amerika. Kisah ini membuktikan cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik.

Kisah S

Pada tahun 1996, semasa saya melangkah kaki di Illinois State University, tiada orang Melayu Malaysia dan saya satu-satunya wanita bertudung. Selepas seminggu berada di bumi Amerika, S adalah orang pertama yang menegur dan memberi salam. Ketika itu, saya mengakui betapa perkataan semudah "assalamualaikum" menjadi common language antara 2 insan berlainan bangsa dan warganegara.

S adalah gadis Pakistan yang lahir dan dibesarkan di Amerika. Bersama-samanya ketika itu ialah M, teman lelaki yang berbangsa black American yang baru setahun memeluk Islam. Dipendekkan cerita, setelah beberapa kali berjumpa, kami sepakat apabila semester seterusnya, kami akan tinggal sebilik di asrama.

Apabila kami menjadi roomate bersama 2 gadis berbangsa white American yang lain, saya mengenali S dengan lebih rapat. Setiap malam Sabtu, dia akan keluar dengan kawan-kawannya (dia tidak pernah mengajak saya). Dia cukup rajin belajar dan antara pelajar cemerlang dalam bidang biologi.

Saya pernah ke rumah keluarganya. Adik perempuannya bermekap tebal ala ghotic dan abangnya akan menyebut 'f#%@" disetiap akhir ayat. Rumahnya sederhana dan rasa tenang sepertimana rumah berkeluarga yang lain. Saya perhati, hampir di setiap dinding rumahnya tertera "786". Apabila ditanya, katanya, "that is the number of times Bismillah is mentioned in Quran." Saya diam sahaja kerana kurang arif. Hanya sekali sahaja saya tegur dengan nada serius "S, if I saw you sleeping in one bed with M again, I sleep outside."

Saya akui, kelemahan iman menyukarkan saya menegur perkara-perkara lain tetapi percaya perubahan total perlu datang dari dalam diri. Saya menerima S seadanya.

Suatu hari S kata, dia cuba nak pakai tudung. Dia mula pakai tudung putih ke kampus dengan baju lengan pendek. Sebulan kemudian, dia pakai jubah hitam di atas baju lengan pendeknya. Dia juga mula membaca tafsir Al-Quran.

Suatu hari S, beritahu saya, "Mimi do you know, when Allah send the message for the women to wear hijab, they immediately pull the curtains and cover themselves with it. Only their eyes were shown."

Beberapa minggu kemudian, S menutup mukanya dengan kain. Hanya mata yang kelihatan. Saya berkesempatan ke rumah keluarga S lagi. Rumahnya masih sama. Tetapi, isi rumahnya sudah lain. Adik perempuannya sudah berjubah dan menutup muka, tiada lagi "786" sebaliknya diganti dengan ayat Quran, abangnya juga sudah tidak menyebut "f%#@". Adik perempuannya juga ambil keputusan berhenti sekolah menengah & hanya home school. Mereka sekeluarga juga mengambil kelas bahasa arab.

Untuk pengetahuan semua, dari saat S beritahu hendak pakai tudung sehingga saat dia menutup wajahnya (termasuk tangan), ia mengambil masa kurang dari 1 tahun.

Okay sekarang cerita cinta...

Sepanjang perubahan itu, S masih dengan M (yang juga berubah menjadi Muslim yang lebih baik). Mereka berdua sudah tidak berjumpa berdua-duan. Kalau berjumpa, mereka akan berbincang mengenai hadis atau ayat Al-Quran. Suatu hari sepupu S (juga, suatu ketika pernah melalui kehidupan bebas) masuk melamar. Sepupunya adalah antara pendakwah muda di beberapa konvesyen Muslim di Amerika.

Di bahu ini, S meluahkan dalam perasaannya...

"How can I love another man, as I love M...?"

Saya tak boleh nak jawab. S keraskan hatinya yang pilu dan menerima lamaran sepupunya. M juga terpaksa menerima dengan hati yang berat.

Tiga bulan kemudian, S bercerita pengalaman keluarganya bercuti. Malah, dia juga memberitahu bagaimana sepupunya (si tunang) terpaksa mengangkat punyalah banyak beg dan dia yang berjalan di belakang berkekeh ketawa dengan adiknya. Saya juga turut gelak kecil. S bercerita dengan nada gembira & seri di muka.

Semenjak saya pulang ke Malaysia, saya sudah hilang contact dengan S. Namun, saya bersyukur sepanjang 2 tahun setengah bersama S, Tuhan tunjukkan erti sebenar perubahan.

Bagi pembaca iluvislam.com, walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir. Saya doakan semoga kita bertemu cinta yang telah dijanjikan.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, April 7, 2011

Antara MAK dan PASANGAN

Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Wednesday, March 23, 2011

Jika seorang ISTERI menangis


WAHAI SAUDARAKU,

* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu beerti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

* Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

* Seorang isteri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami-suami,jika seorang isteri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.

* Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Pada hari penciptaan KAUM HAWA, MALAIKAT bertanya kepada ALLAH

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu ALLAH menjawab

"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..

Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki KEKUATAN yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yang dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANnya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TITISAN air matanya boleh membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara..."

Apa itu wahai ALLAH ??

Bahawa " Betapa, BERHARGAnya dia..."

Semoga bermanfaat


Saturday, March 5, 2011

Jika belum siap..cintailah dalam DIAM

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...

itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..

kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...

kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...

Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..

bersabarlah dalam diammu...

Panduan Untuk Memilih Pasangan Hidup

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tidak lain tidak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, hayatilah pesanan-pesanan berikut:








TEMPOH MASA PERKENALAN

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama 2 tahun atau lebih, lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .


MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasanagn semata-mata untuk menggembirakan orang lain - ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.


HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.


MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil, tanya diri sendiri samaada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.


BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama, sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah dan senang bersama, amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh, harungilah waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang becak . Dari situ dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.


BAYANGKAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang beberapa faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar (sub-concious mind) anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini.

PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN-AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tidak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.


MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan, tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.


KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi amat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua- dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing-masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.


KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Setiap pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami-isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab-sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

Monday, February 21, 2011

Awak rapat-rapat dengan saya, sayang awak!!

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan

kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju

besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita

buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik

mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu

mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda

tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy

& jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan

je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Ta

pi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur

dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~


Sumber daripada FB Note's Nursyuhada Fatihah Zaimar




Sunday, February 20, 2011

Jangan Kecewakan Orang Yang MenC.I.N.T.Ai anda

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya.


Adaptasi daripada Note's FB (Lupa lak nama dia) ^_^

Thursday, February 17, 2011

10 korban selepas luahkan C.I.N.T.A




C.I.N.T.A memang indah dan sangat mengasyikkan. Baik lelaki mahupun wanita tidak mahu melepaskan momen-momen indah perC.I.N.T.Aan ini dalam hidup mereka. Namun ada perkara yang harus anda korbankan apabila bercinta. Mari semak 10 perkara tersebut.

1 IDENTITI DIRI

BerC.I.N.T.A bermakna anda memilih untuk berkongsi segala-galanya termasuk hobi, makanan dan lain-lain perkara. Ia sesuatu yang cukup indah dan menarik kerana anda tahu ada orang yang menyayangi anda dan anda menC.I.N.T.Ainya. Mungkin juga anda berkongsi percantuman nama seperti pasangan Brat Pitt dan Angelina Jolie (Brangelina) dan apa yang berlaku bermakna ada hilang identiti diri.

2 MASA

Setiap lelaki perlukan wanita untuk mengisi ruang hati dan meniti hari-hari bahagia mereka. Ia sebuah ikatan yang memerlukan komitmen yang jitu jika anda memilih untuk berumahtangga atau berC.I.N.T.A. Secara automatiknya apabila anda memilih ini, anda akan kehilangan ruang masa untuk diri sendiri. Inilah harga yang harus anda bayar untuk berC.I.N.T.A.

3 PERANCANGAN

Anda mungkin sudah merancang untuk hidup anda. Namun apabila anda memilih untuk berC.I.N.T.A, rancangan tersebut mungkin tidak disukai oleh pasangan dan si dia mungkin membantah. Dalam hal ini, anda perlu berkompromi agar perancangan anda menjadi.

4 PANDANGAN

Ramai pihak berpendapat, lelaki sangat tepat dalam membuat keputusan atau pandangan. Namun, ia tidak boleh dibuktikan jika anda tidak begitu setia kepada pasangan. Bersikap jujurlah kepada pasangan meskipun ada kalanya anda tidak suka kepada hobinya yang suka bersenggang di pusat membeli-belah yakni suatu perkara yang membosankan lelaki.

5 KEWANGAN

Bila anda memilih untuk berC.I.N.T.A, bermakna anda harus berkongsi segala-galanya termasuk soal kewangan. Jangan hanya dia saja yang membayar setiap kali anda keluar sebaliknya anda juga harus berbuat demikian tamabahan pula anda seorang lelaki. Jangan pula merungut atau mengatakan ia membazir kerana secara umumnya lelaki mesti bertanggungjawab menyediakan segala-galanya kerana mereka dilahirkan untuk memimpin. Suka atau tidak, andalah yang bertanggungjawab dalam soal kewangan bila mendirikan rumah tangga kelak.

6 KEBEBASAN MASA UNTUK KELUAR

Bila anda memikirkan untuk serius bersama seseorang wanita, bermakna anda tidak boleh bebas seperti dahulu. Kebebasan anda akan tersekat untuk membuktikan kesetiaan dan memperoleh kepercayaan si dia.

7 MEMANJAKAN DIRI SENDIRI

Anda bebas berbuat apa saja selagi anda tidak berpunya. Ini termasuklah untuk merokok, berbelanja atau sebagainya.namun apabila anda mempunyai pasangan, apa yang anda nikmati itu mungkin akan tersekat dan disekat. Anda mungkin dimarahi jika anda berbuat yang tidak disukai dan menyakiti hatinya.

8 IMEJ

Orang lelaki selalu mengambil mudah soal penampilan dan penjagaan diri namun hal ini terkecuali bagi lelaki yang sering ingin tampil maskulin. Lelaki ini akan menjaga penampilan dari hujung rambut ke hjung kaki. Namun kalau anda sudah memilih seorang gadis, dia tentu saja memerhatikan penampilan anda dan mahu anda mengikut caranya. Akibatnya, apa yang anda sukai dari segi berpakaian, mungkin tidak disukai olehnya.

9 MASA HUJUNG MINGGU

Bagi orang bujang, hujung minggu adalah masa untuk membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya setelah penat bekerja. Namun kalau anda punya kekasih hati , hujung minggu adalah hari bertemu kekasih dan anda akan kehilangan masa untuk bersantai dan berehat di rumah.

10 KAWAN-KAWAN PEREMPUAN

Satu perkara yang sering diharapkan oleh lelaki ialah kekasih mereka dapat menerima kawan-kawan wanita mereka. Namun hal ini sering tidak menjadi kenyataan kerana ramai teman wanita berasa cemburu jika anda bertepuk tampar dengan kawan wanita meskipun hal itu biasa bagi anda.


Sumber : Mingguan Wanita (4-10 Feb 2011)

Thursday, February 3, 2011

Aku sudah jadi CIKGU!!!


Cikgu? Guru? Teacher? Murabbi? Semua tu panggilan asas untuk tenaga pendidik sekarang? Nah..apa beza pendidik dengan pengajar? Secara logiknya, pendidik adalah lebih tepat digunakan kepada GURU @ CIKGU ni. Sebab istilah mendidik adalah merangkumi semua bidang bukan sahaja bertujuan memberikan ilmu pengetahuan malahan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar itu sendiri. Kalau pengajar sahaja, lepas ajar pelajar balik dan begitulah selepasnya. Boring kan. pelajar datang ke sekolah macam tin kosong. Mana lagi yang belum diisi dengan sahsiah yang baik budi, bertolak ansur, rajin, baik hati, bertanggungjawab, rela dipimpin (banyak lagi nilai-nilai murni ni Cikgu Kristina ajar dalam subjek Pendidikan Moral okay). Lol

Sejak 23hb November 2010 yang lepas, kami seangkatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih Siri5/2010 telah menghadiri taklimat khas posting di Hotel Promenade. 3 hari 2 malam cukup untuk kami mempersiapkan diri ke sekolah yang bakal diposting
kan. Dan saat yang ditunggu-tunggu adalah hari ketiga (25hb November 2010) yang akan menentukan nasib bujang kami dihabiskan di mana. Dan nama ku nampaknya antara manusia bertuah yang masih diberi kesempatan untuk berkhidmatan di sekolah bandar TAWAU ok!! Ni dia sekolah ku sebelum mengakhiri zaman bujang agaknya...hahaha...


Setelah seminggu menghabiskan masa untuk sesi orientasi bersama pengetua, akhirnya aku, Kristina dan Jenefer rakan setugasku di sini bercuti (nak bagi pendek sikit cerita).

Sambungannya lepas ni la ekk....nak sambung buat HEADCOUNT kelas pulak..

Daaaa~~

Aku jatuh CINTA!!! OMG~~


Aku jatuh C.I.N.T.A??? How come!! Hehehe....tak salah punya perasaan itu kan..tapi kenapa dia? Mengapa HE bukan SHE (gila melalut apa Cik Sar woi) Teehee....^_^

Benarkah jatuh C.I.N.T.A ni? Atau saja nak timbulkan spekulasi? Hehe...Nampaknya malar sahaja update status pasal C.I.N.T.A cintun di FB ya..amboi..tak tahu malunyer...*sembunyikan mukaaaaa*
Sekarang ni agaknya dalam proses mengenali kot. Declare belum lagi yang penting hati mau ikhlas beb...Ingat!! Jangan biar engkau yang tergila-gilakan dia. Biar dia yang gila sebab kau Cik Sar...*perasan seh* T_T



Ok la...cerita lanjut akan diupdate selepas ini.

p/s : Tetiba rajin nak berblog selepas membaca si comel Fatin Liyana punya blog dengan si gebu Cik Epal yang sangatlah happening pening tu. Teehee (^_~)