Sunday, June 26, 2011
Monday, June 20, 2011
Proton Pahlawan Series : Tuah,Jebat,Kasturi,Lekir,Lekiu & Tanggang!
Bagaimana membuat telur berbentuk LOVE.
Mengapa sesetengah wanita sukar mengandung?
Apapun, entri kali nie akan memberikan sebab musabab mengapa wanita sukar mengandung yang mana sangat berkait rapat dengan pemakanan dan peminuman (ada ke tak perkataan ni).
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai.
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan Pizza Hut.
- Makan burger dan naget
- Makan jambu batu.
Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini.Tidak ketinggalan dari petikan akhbar , si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Coca cola dan Pepsi Cola yang diinvented oleh American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia.
Namun ironinya ialah di negara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi. Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.
Saturday, June 18, 2011
I'm ADORE You, RAM!
"Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung"
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
Tips : Makanan Penghilang Bau Badan
Sunday, June 12, 2011
Dedikasi Abg Isz
Tips Untuk Pasangan a.k.a Suami Isteri Hasben en Waif
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
* Mental, pendidikan dan ilmu
* Emosi
* Fizikal dan ekonomi
* Sosial
* Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
* Pendapat atau pandangan
* Hobi
* Kegemaran
* Makanan
* Cita rasa
* Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t
Doa Abg Buat Adiknya Sempena 24 Tahun
Sibuk + Busy
Monday, June 6, 2011
Manusia Tenggelam
Wednesday, June 1, 2011
Dunia Lelaki - Aturan pada pertemuan pertama
Bagi mengenali wanita idaman, tentunya anda akan mengatur pertemuan dengan si dia. Dalam hal ini pertemuan pertama amatlah penting. Namun tatkala inilah anda akan berasa gelabah, kekok dan serba tidak kena.
Tapi semua ini harus anda kawal memandangkan pertemuan inilah yang akan menentukan sama ada wanita yang anda puja itu akan terus bersama anda atau sebaliknya. Oleh itu jangan sesekali melakukan kesilapan. Bagi membantu anda melaluinya, sedikit tip diberikan kali ini.
1. Jaga Jarak
Dalam pertemuan pertama, tiada istilah terlalu mesra atau manja. Anda harus menjaga perlakuan kerana penilaian akan dibuat berdasarkan perlakuan anda. Kalau pada pertemuan pertama anda sudah mula merapatkan tubuh dengannya, dia akan mempunyai tanggapan anda berniat jahat. Sebaiknya, biarlah dia berasa selesa dan barulah rasa cinta itu datang.
2. Jangan Menyentuhnya
Di zaman moden ini, pemikiran lelaki mahu perempuan agak terbuka. Namun awas, ada batasan yang perlu anda jaga. Jangan sesekali memeluknya, memegang atau menyentuhnya pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan pertama biasanya pasangan mahu saling mengenali diri, keluarga, apa disukai dan sebagainya. Cuba menyentuhnya pada pertemuan pertama memberi gambaran anda ada niat jahat pada dirinya.
3. Jangan Gelabah
Tidak dinafikan, ramai lelaki yang terlalu gelabah bertemu kali pertama. Kala ini, ada saja yang benda yang ingin disentuhnya, dipegang atau melakukan pelbagai gerakan semata-mata mahu menutup rasa gelabah itu. Sebaliknya, yakinlah dengan diri anda sendiri, biar terlihat di matanya anda seorang lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat sebagai pelindung.
4. Elak Terlalu Jadi Burung Belatuk
Wanita mendambakan lelaki yang mampu menjadi pendengar yang baik bagi setiap masalah mereka. Bagi mereka, pendengar yang baik adalah orang yang mampu memberikan kata-kata perangsang di saat mereka memerlukan anda. Justeru itu pada pertemuan pertama, jangan terlalu banyak mengangguk kepala. Walau pun anda mahu memperlihatkan anda faham tentang apa yang diceritakan namun kalau terlalu banyak sangat mengangguk anda akan kelihatan seperti burung belatuk.
5. Ikuti Topik
Kadang-kala, lelaki mahu tunjuk pandai seolah-olah hanya mereka saja yang berpengetahuan luas tentang sesuatu perkara. Justeru itu, mereka akan terlalu banyak bercakap dan kadang-kala bercakap di luar topik. Tahukah anda, kalau anda berbicara di luar topik, anda kelihatan jengkel di matanya. Jadi, bercakaplah bila perlu dan ikuti topik yang diperbincangkan.
6. Bertanya Soalan Terlalu Peribadi
Tidak dinafikan, semakin kita meminati seseorang, kita akan cuba menyelami segala kisah hidupnya. Namun awas, jangan sesekali anda bertanyakan soalan yang berbaur peribadi tatkala pertama kali anda berbual dengannya. Cukup sekadar anda mengenali dirinya kerana anda punya banyak masa untuk lebih mengenalinya pada masa akan datang. Terlalu bertanya soal peribadi, akan kelihatan seperti anda suka menjaga tepi kain orang. Biarkan dia bercerita kisah hidupnya tanpa sebarang paksaan. Biasanya apabila sudah ada keserasian, mereka tanpa ragu-ragu akan bercerita.
7. Bangkitkan Hal Remeh-temeh
Seperti wanita, lelaki juga ada kalanya cerewet dalam sesetengah perkara. Sebaiknya dalam pertemuan pertama, jangan membangkitkan hal remeh-temeh seperti lipstiknya yang terlalu merah, baju yang tidak kena dengan penampilan, rambut tidak didandan rapi atau sebagainya. Anggaplah itu dirinya yang sebenarnya kerana sebelum anda memilih untuk keluar dengannya, anda sudah bersedia menerima apa sahaja tentang dirinya.
8. Mengerling Wanita Lain
Dari mata turun ke hati. Itu antara ungkapan yang biasa dikatakan orang. Namun dari mata juga, ramai lelaki yang membuat kesalahan. Apabila anda memilih keluar dengan si dia, jangan sesekali mengerling kepada wanita lain. Ia adalah satu kesalahan yang amat berat. Di matanya anda akan kelihatan seperti “buaya” yang pantang melihat mangsanya. Tumpukanlah pada perhubungan baru itu, mana tahu anda serasi bersama dengannya. Mengerling wanita lain akan hanya membuat dia beranggapan anda seorang lelaki yang sukar dipercayai dan kaki perempuan.
9. Ambil Kesempatan
Ada lelaki yang sudah mengambil kesempatan pada pertemuan pertama. Malah ada yang mengajak ke ranjang. Buat wanita, jagalah maruah diri anda kerana sekali ia tergadai, ia tak akan kembali lagi. Buat lelaki juga, jangan musnahkan harapan wanita kerana sikap buruk anda. Andai anda benar-benar menyayanginya, jagalah ia sama seperti anda menghormati ibu anda.
-Credit to Mingguan Wanita (1 Jun 2011) -
Pilihan pengantin - Bilik Tidur
paduan warna merah jambu dan ungu disatukan. Set cadar dan sarung kusyen dari fabrik satin dari warna merah jambu keunguan membaluti katil ‘queen size’ yang ditempatkan di bahagian tengah ruang kamar. Backdrop katil dari warna krim dan coklat kekelabuan pula dipilih senada dengan warna tirai. Sementara itu, dinding secara keseluruhannya dilatari kemas dengan kertas dinding dari rona merah jambu.
Pengaliran udara sempurna dapat menghilangkan sebarang bau yang kurang menyenangkan. Pastikan ia dibuka pada waktu-waktu tertentu. Anda bebas memilih untuk memasang bidai jika tidak gemar menggunakan langsir. Walau bagaimanapun, ia perlu sesuai dengan konsep atau gaya penataan keseluruhan bilik tidur.
Penekanan dan fokus warna jelas kelihatan pada kamar berkonsep Inggeris berwarna putih mendominasi setiap sudut dan ruang yang ada. Sedikit suntikan warna tanah iaitu pada kerusi dan lantai kayu serta pokok hiasan yang kehijauan menyuntik suasana segar kamar tersebut. Pemilihan perabot juga dipilih daripada jenis atau corak Inggeris klasik yang sentiasa menjadi idaman bakal pengantin. Kamar berkeluasan sederhana seperti ini agak praktikal dari segi susun atur perabotnya yang tidak menjejaskan ruang dan saiz sebenarnya. Pemilihan warna putih pada setiap ruang dan elemen-elemen dekorasi merupakan langkah yang bijak. Bagi menimbulkan mood raja sehari, pencahayaan dari lampu meja dan dua candelier memberi kesan yang mendalam. Tidak lupa juga bingkai cermin dari tema yang sama.