CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Friday, June 8, 2012

Saya terkena PISHING!

Sebenarnya saya taknak heboh pasal ni pada mulanya. Jadi bila terkena saya gunakan pendekatan halus setiap kali update status di FB. Alhamdulillah, setelah ada berita gembira tu saya bolehlah berkongsi dengan kalian semua agar tidak terjebak dalam kes seperti saya ini ya.



Saya mendapat email daripada CIMB CLICKS kononnya kena update segala maklumat akaun. Bukan sekali dapat email, berkali-kali jugalah.Dalam inbox atau spam. Jadi dengan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, saya pun update tanpa sebarang syak wasangka. TAC number sudah 3 kali muncul di inbox handphone saya. Saya pun pelik terus log out dari sistem CIMB CLICKS tu.Akhirnya pada 5 April 2012 lebih kurang pukul 2.40 petang, saya check baki duit dalam CIMB CLICKS. Alangkah terkejutnya apabila RM5k telah lesap begitu sahaja. Darah tersirap, seperti tak percaya. Semua perasaan bercampur baur. Lantas saya menelefon talian hotline CIMB dan operator tu juga terkejut dengan nilai kehilangan saya.

Mereka terus block akaun CIMB CLICKS saya tapi saya sempat melihat transaksi ke mana sebenarnya duit tu pergi dan menyalin penama dalam 3rd party tu.  Mereka meminta saya cepat melaorkan kes ini kepada pihak polis agar mereka boleh lakukan tindakan selanjutnya. Memang bukan rezeki saya kot. Pada 6 April 2012 tu, SABAH cuti umum. Jadi sukar untuk mendapatkan penyata akaun saya di CIMB Tawau. Saya hanya mampu bersedih dan meluahkan perkara ini kepada seseorang yg saya percayai boleh memberi kata-kata semangat kepada saya.

Hari Isnin berikutnya, saya melawat lagi IPD Tawau dan mendapatkan report polis. Dan keesokan harinya lagi saya ditemubual oleh seorang berpangkat sarjan untuk mengetahui butir-butir kejadian ini berlaku. Sebenarnya perkara begini memang sudah lama, tapi mungkin benar orang kata..Perkara sudah mau jadi kan. Pasrah saja. RM5k tu adalah duit pelaburan saya. Mana tak haru biru.  3 hari berturut-turut saya ulang alik IPD Tawau-rumah.

Saya call ke HQ CIMB Ampang, mereka memerlukan laporan polis untuk membekukan akaun “penceroboh” akaun saya tu.  Dipendekkan cerita, 4 Jun 2012 saya selamat menerima wang RM5k itu kembali. Tersangatlah syukur kepada Allah atas segala kejadian yang berlaku ni.
Dan saya sangat-sangat berterima kasih kepada anggota polis IPD Tawau yang banyak membantu iaitu Sarjan AB Malik, Inspektor Siva dan Inspektor Zamzarina. Kepada seseorang yang sentiasa member kata-kata nasihat dan perangsang kepada saya dan teman seperjuangan yang sanggup menjadi saksi untuk mendapatkan semula RM5k saya tu. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada ALLAH S.W.T.

Jadi kawan-kawan, jangan terpengaruh andai menerima email seperti ini. Bukan sahaj CIMB CLICKS tetapi juga perbankan internet seperti Mayban2U. Sekali klik akan membawa padah kepada kita. Berhati-hatilah selalu!

1 comment:

radiian said...

like....

syukur...semua selamat...:)