CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Saturday, December 31, 2011

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012

Assalamualaikum w.w.w

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2011 dan juga merupakan hari penutup. Jika dipanjangkan usia dan tiada aral, InsyaALLAH esok bermula sudah episod baru dalam menempuh tahun 2012. Azam 2011 dah tertunai ka semua? Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan segala azam itu namun sejujurnya, tahun 2011 membawa kenangan yang tak akan dilupakan. Banyak perkara manis dan pahit yang berlaku sepanjang tahun ini dan semuanya akan sentiasa tersemat dalam minda. Mungkin juga untuk dijadikan garis panduan bagi tahun 2012. Segala perkara pahit yang berlaku akan dikaji semula supaya ianya tidak akan berulang kembali. Manakala perkara manis pula akan tetap tersemat indah dalam sanubari.

Mungkin boleh kongsi sedikit kenangan manis yang berlaku sepanjang 2011 kan? Jom luangkan masa sedikit untuk membaca catatan tak seberapa ini :)

1. Syukur kerana berjaya mempostingkan diri di tanah tumpah darahku,TAWAU bertempat di SM HOLY TRINITY.

2. Bantuan tabung PAMA serta slip gaji pertama dapatlah keluarkan sebuah kereta.

3. Memberi 'gaji' kepada parents setiap bulan.

4. Dapat membayar balik pinjaman pembelajaran setiap bulan (Kenangan manis ka ni? Hahahaha)

5. Menghadiri Kursus Penggubalan Soalan Fizik di Hotel Shangri La, Kota Kinabalu. Sebenarnya saya tak layak sebab baru sahaja dipostingkan. Tawau ni ada guru cemerlang tapi syukur sebab terpilih. Boleh cedok ilmu berguna.

6. Menyeimbangkan kehidupan sebagai insan 24 tahun. Sudah capai target yang disasarkan sejak umur 18 tahun untuk bergelar graduan seawal usai 23 tahun dan kerja usia 24 tahun.Syukur!

7. Mengutip segala kemahiran dan pengalaman mengajar terutamanya kelas peperiksaan SPM Fizik. Mudah-mudahan anak-anak kesayangan cikgu lulus dengan cemerlang ya. Cikgu sentiasa doakan korang semua.

8. Melihat hari bahagia si sahabat dunia akhirat, Puan Nurlina Binti Bolong disatukan bersama teman sehidup semati,Encik Hasani Bin Tombong (Pesanan Ikhlas : Sila jaga sahabat saya sebaiknya ya) . Dan hari ini juga mendapat berita bahawa saya bakal jadi Aunty tahun depan. Alhamdulillah.

Cukuplah itu yang diingat kot buat masa ini dan terasa kenangan paling manis. Dan yang pahit pulak nak tahu? Erm..mungkin nak taip pun banyak kan tapi cukuplah sekadar tersemat dalam benak dan akan berlalu pergi dibawa arus masa.

Namun begitu, apa jua kenangan dan peristiwa yang berlaku sepanjang 2011 diharap dapat menjadi titik ukuran bagi menjadi yang lebih baik untuk tahun mendatang. Dan diharap juga 2011 akan kekal terpahat dalam ingatan.


2011

Apa pula cerita 2012 yang bakal menjelma esok? Mari sama-sama menjadi saksi kepada azam cikgu sorang ni. InsyaALLAH jika diberi kesempatan untuk melaksanakannya.

1. Menyediakan pelan kewangan. Contohnya membuat peta kewangan seumur hidup, membuat catatan perbelanjaan, simpanan hari tua dengan pelaburan dan perlindungan. Mengumpul dana sehingga dapat mengangkut sebijik DSLR idaman qalbu.

2. Menjadi seorang guru yang berkaliber dan disenangi semua pelajar. Kalau guru-guru tu, mungkin segelintir sahaja yang akan senang dengan kita kan? Jadi saya lebih mengutamakan klien saya, PELAJAR!

3. Membaikpulih keadaan rumah agar jadi Baiti Jannati.

4. Memperbaiki taraf hidup, menjadi lebih anggun dan berkarisma.

5. Mencapai sasaran SKT 90%. InsyaALLAH!!!

6. Menjadi hambaNYA yang tahu bersyukur akan nikmat yang diberikan. Hijrah kepada yang lebih lebih lebih baik!

7. Paling penting dan terpenting, menjadi seorang anak dan kak long yang solehah dan boleh dibanggakan oleh keluarga.

Tak perlu letak azam setinggi langit andai tidak mampu untuk menggapainya kan? Cukup meletakkan setakat yang kita yakin akan mampu mencapai bagi memperbaiki hidup di masa akan datang.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, marilah kita sama-sama membentuk peribadi mulia sebagai seorang Muslim agar segala ibadat kita akan diterima olehNYA.


2012

MARI SAMA-SAMA BERAZAM UNTUK MENUNAIKAN AZAM TERSEBUT.YOSH!!!

No comments: