CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Sunday, November 15, 2009

Tips Penjagaan Rambut

Hai semua pembaca *perasan jer macam ramai sangat orang nak baca blog dia :’( ..huhu…kali ini, I nak berkongsi tips-tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung, tapi yang tak bertudung pun boleh amalkan jugak..Yang lelaki kalau berminat nak try pun tak kisah….sebab tips ini untuk menjaga mahkota yang kita ada kan..Tak gitu??

Mungkin ramai wanita kat luar sana, penting ke nak jaga rambut even kita bertudung..Hei..kan dah I state kan tue…rambut ni adalah mahkota kita..walaupun kita nie bukan daripada kalangan kerabat diraja…cesss,sempat lagi. Selain itu juga, inilah anugerah yang Allah bagi kat kita kan.Ye tak?Jadi kita sebagai hambaNYA harus mensyukuri nikmat yang diberikan..*ya ustazah…..sambil angguk-angguk kepala…nyeh3x…

So, apa tunggu lagi..mempersembahkan (excited giler sampai nak mempersembahkan segala,malu I)..

Tips 1:
Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat daripada orang yang lebih pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ..”Kak, syampu apa yang sesuai dengan rambut kucing saya?” Jurujual
“!@#$%^&”…:’(


Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbau hamis,hapak, hancing dan yang sama waktu dengannya serta rasa tidak selesa seperti pening kepala.


Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut.Jangan sampai hujung kaki pula, tu dah nak raya tu minta maaf segala. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ya, jangan gosok rambut anda dengan kasar! Sayangilah rambut anda sebagaimana anda menyayangi ibu bapa anda…hehehe T_T


Tips 4:
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut…*Yang ni I selalu buat tau..sebab tu rambut I panjang…*perasan tak henti-henti. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali…Selain tu juga, bolehlah mencari aloe vera atau bahasa yang mudah difaham lidah buaya, bukan dari spesis buaya tembaga tau…Pastikan cecair yang keluar daripada aloe tu usap kat rambut..gerenti rambut akan cepat panjang.




Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus persis PHSM. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya…Oleh itu apabila oksigen digandaduakan, dapatlah O2..tetiba nak kaitkan ngan Kimia pula..huhu.


Tips 6:
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum…Kalau tak cukup sejuk, rendamlah rambut dengan kepala anda sekali kat air batu kat peti ais ya..*Don’t try this at home..at the toilet OK…^_^


Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali:D …contoh : Hair & Shoulder *kerap sangat dalam iklan pasal ketombe tu.


Tips 8:
Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak..Lain kali, jangan sapukan minyak sapi kat rambut anda..Bahaya..


Tips 9:
Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat. Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda.. he..he..kerana dirimu begitu berharga


Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam…Gunalah seterika (macam nak iron baju pula)


Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;
Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.Kesimpulannya: Jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi. Ok.


Tips 12:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!! Jangan sesekali gunakan tulang ikan sekiranya anda tidak memiliki sikat yang bergigi rapat..Gunalah gigi anda sendiri..lagi afdhal..T_T


Tips 13:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.

Tips 14:
I baca daripada tips penjagaan rambut Hanis. Dia tulis, pastikan sarung bantal yang kita gunakan tu sekurang-kurangnya daripada kain satin dan ditaburkan bedak. Ini kerana dapat menghasilkan rambut yang lembut dan berbau wangi apabila bangun dari tidur.
Demikian saja tips yang dipersembahkan oleh I…harap anda semua boleh mengaplikasikannya bagi mendapatkan rambut yang hitam,bermaya lagi berkilau…hehehe…Selamat mencuba..

No comments: