CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Sunday, October 16, 2011

Keranamu lelemak degil!

Sudah 2 kali join guru-guru sekolah lain ni untuk bermain bola jaring.Tapi apa hasilnya? Oh bukan..sebelum itu nak bagitahu yang saya main ni semata-mata untuk membuang lelemak degil di perut terutamanya. Ok, hampir menuju kejayaan. Namun apakan daya, hari pertama main dah dapat habuan. Satu badan cramp. Paha dan betis sakit. Otot terkejut mungkin. Ambil masa 5 hari juga untuk sembuh. Itupun setelah bagi mak tolong urut.

Semasa masih sakit tu, punyalah jalan terkingkang kat sekolah. Serupa wanita mengandung lagaknya ya. Sangat sadis. Tadi (Ahad,16 Oktober) jam 4 petang pun main lagi untuk kedua kalinya. Mungkin ada kesilapan waktu warming up. So pinggul sebelah kanan agak injured sekarang ini.

Saya dah post something kat FB dengan harapan ada orang yang membacanya, Tapi 2 hari ini dia sibuk ke offshore. Takpalah. Saya tahu kamu busy. Apapun saya dah buat juga senaman seperti yang saya beritahu kan. Semua kerana nak dapatkan bentuk badan ideal ni. Kerana mu lelemak degil!

No comments: