Apakah Pencipta telah murka kepada ku?
Apakah aku insan kerdil yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang?
Apa sebenarnya mahu ku?
Dan apa sebenarnya keinginan ku?
Ya Rabbul Izzati,
Ya Rahman,
Ya Rahim..
Aku sudah terlalu jauh melangkah
Dan kini tersasar di jalan MU.
Bimbinglah daku ke arah taufiq dan hidayah Mu
Ampunkan segala dosa dan keterlanjuran ku di dunia fana ini.
Aku insan lemah yang mengharapkan pertolongan Mu
Aku insan kerdil yang lalai dan alpa

Tabahlah wahai hati.Sesungguhnya dikau sedang diuji sekarang. Mulai saat ini, belajarlah untuk mengatakan TIDAK. Kerana semua itu bermula daripada diri KU sendiri.
No comments:
Post a Comment