CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Wednesday, June 1, 2011

Pilihan pengantin - Bilik Tidur

Jangan lupa, bilik tidur pengantin pun memainkan peranan yang penting tau. Lebih-lebih untuk edisi malam pertama. Opss....under age tak dibenarkan untuk membaca. Tehe..^__^
Jum kita tengok pula apa koleksi yang disediakan di Pesona Pengantin berkenaan dengan bilik tidur raja sehari ni.
Tema : Curahan Idea Peribadi

Bagi sesetengah individu, dekorasi kamar yang berlebihan serta dipenuhi juntaian kristal dan cermin kaca tidak selari dengan jiwa. Penataan yang lebih ringkas, selesa dan elegan, di samping masih menerapkan unsur ketenangan dan keselesaan dilihat lebih praktikal. Bagi mewujudkan suasana romantik dan harmoni,
paduan warna merah jambu dan ungu disatukan. Set cadar dan sarung kusyen dari fabrik satin dari warna merah jambu keunguan membaluti katil ‘queen size’ yang ditempatkan di bahagian tengah ruang kamar. Backdrop katil dari warna krim dan coklat kekelabuan pula dipilih senada dengan warna tirai. Sementara itu, dinding secara keseluruhannya dilatari kemas dengan kertas dinding dari rona merah jambu.

Pengaliran udara sempurna dapat menghilangkan sebarang bau yang kurang menyenangkan. Pastikan ia dibuka pada waktu-waktu tertentu. Anda bebas memilih untuk memasang bidai jika tidak gemar menggunakan langsir. Walau bagaimanapun, ia perlu sesuai dengan konsep atau gaya penataan keseluruhan bilik tidur.
Tema : Inggeris Klasik

Serba Putih
Penekanan dan fokus warna jelas kelihatan pada kamar berkonsep Inggeris berwarna putih mendominasi setiap sudut dan ruang yang ada. Sedikit suntikan warna tanah iaitu pada kerusi dan lantai kayu serta pokok hiasan yang kehijauan menyuntik suasana segar kamar tersebut. Pemilihan perabot juga dipilih daripada jenis atau corak Inggeris klasik yang sentiasa menjadi idaman bakal pengantin. Kamar berkeluasan sederhana seperti ini agak praktikal dari segi susun atur perabotnya yang tidak menjejaskan ruang dan saiz sebenarnya. Pemilihan warna putih pada setiap ruang dan elemen-elemen dekorasi merupakan langkah yang bijak. Bagi menimbulkan mood raja sehari, pencahayaan dari lampu meja dan dua candelier memberi kesan yang mendalam. Tidak lupa juga bingkai cermin dari tema yang sama
.

-Credit to Pesona Pengantin-



4 comments:

amier said...

cewahhhh kak...ble nak kawen nh kak??heeee ;)

SARINA SANGKALA said...

sabaq la amier....nanti akak gtau..hehehe

Anonymous said...

Ok amier tnggu ehh..jgn lupa bgtw nnti ek...hehe

SARINA SANGKALA said...

ok mier..=) tunggu je kena tag kat FB..hehehe..InsyaALLAH