CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Saturday, June 18, 2011

I'm ADORE You, RAM!

Tajuk dalam English!! Hurm...peliks...teehee ^____^ Sebenarnya entri kali ini adalah berkaitan dengan obsesi ku terhadap bidang penulisan. Hobi paling aku tak boleh blah sejak dulu adalah mengumpul NOVEl (padahal dulu2 time zaman jahiliah, suka kumpul Mangga, URTV dll and dun know for what reason nak jaga tepi kain artis sedangkan tepi kain sendiri tengah koyak!) So, aku dengan ini telah menukar sedikit (kira macam modified la) hobi teruk aku tu yang membuang masa dan takdek pekdahnya kepada yang lebih mengajar ku erti hidup. NOVEL! Tapi agak memilih la.Mesti Alaf 21 keluaran Karangkraf. Dan antara semua author yang paling menarik perhatian ku adalah RAMLEE AWANG MURSHID (RAM).
Dan paling penting, beliau nie penulis thriller di Malaysia yang berasal dari SABAH! Oh Em Jee...sangatlah bangga anak Sabah saini... Teehee...

Alamak, banyak dah mencarut..Jum telusuri novel hasil kerja tangan RAM nie. Kalau tak silap aku jatuh cinta dengan penulisannya Bagaikan Puteri.

"Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung"

Haryani dan Laksamana Sunan… saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.

Dan kemudian tak sangka cerita ni bersambung kepada Cinta Sang Ratu pula. Kesinambungan cerita Haryani dan Laksamana Sunan.

Laksamana Sunan yang telah kehilangan Haryani pulang semula ke tanah Acheh.Beliau dipanggil untuk memerangi manusia penyembah syaitan iaitu Ratu Sulaman.. namun.. pertemuan awal Laksamana Sunan dgn Ratu Sulaman telah mengubah hati dan pendirian Sang Ratu.. melalui ungkapan "Sebagai manusia..aku sayang padamu” oleh Laksamana Sunan telah memutikkan cinta di hati Sang Ratu. Sang Ratu akhirnya dipulihkan dari kuasa sihir Maharani dan menjadi isteri Laksamana Sunan.. Namun Maharani menjejaki Ratu Sulaman dan menculik Sang Ratu…Laksamana Sunan menjejaki isteri kesayangannya Sang Ratu yg telah disihir menjadi manusia penyembah syaitan semula.. biarpun berjaya.. namun dalam pertempuran yang berlaku. Ratu Sulaman dibunuh oleh Maharani sendiri.. “lelaki berduka dari Tanah Rencong” yang digambarkan sebagai Laksamana Sunan membuktikan kedukaan yang ditanggung,namun sifat mulia dan rasa cinta pada Allah mengatasi segala-galanya.


Sejurus selepas itu, RAM menampilkan lagi kesianmbungan cerita dengan Hijab Sang Pencinta ini.

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Dan kini yang terbaru, RAM telah mengeluarkan hasil kerja tangan beliau dengan Sutera Bidadari iaitu kesinambungan trilogi epik thriller Laksamana Sunan ini.

Aku berpendapat bahawa trilogi ini wajar diketengahkan ke layar perak sama ada dilakonkan seperti Puteri Gunung Ledang atau menggunakan teknik animasi tiga dimensi (3D) seperti Upin & Ipin dan adaptasi novel Kaih Yang Pergi dalam cerita Nora Elena tu.

1 comment:

shida said...

salam...
saya tgh demam laksamana sunan ni
baru novel yang kedua..ho3~~~
td shida copy satu gambar novel di blog ni unt letak kat prof pic fb..mohon izin ya..tq.
jmput blog shida...
dah follow blog kamu
tq2~~