CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Sunday, June 12, 2011

Doa Abg Buat Adiknya Sempena 24 Tahun

Ya Allah Ya Tuhanku...

Di hari lahirnya adikku ini...
panjangkanlah umur adikku ini, Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat

Ya Muhaimin
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan adikku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu

Ya Allah…
Kurniakanlah adikku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak



AMIN YA RABBAL A'ALAMIN

Alhamdulillah. Abg Isz dapat memahami dan menyelami hati adiknya nie. Betapa bertuahnya mendapat abang sepertinya. Walau jauh dan tak pernah bersua, namun dengan adanya social web, segalanya di hujung jari. Yang jauh menjadi dekat. Syukur dikurniakan abang yang sangat memahami. Syukran ya akhi.

No comments: