CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Wednesday, December 2, 2009

Jadilah dirimu sendiri yang TERBAIK

Jika kau tak dapat menjadi meranti di puncak bukit
Jadilah aur di lembah
Tapi jadilah aur yang teranggun di sisi bukit
Kalau bukan pokok,aur saja pun jadilah

Jika kau tak boleh menjadi rimbun
Jadilah rumput
Dan hiasilah jalan di mana-mana
Jika kau tak dapat menjadi haruan
Jadilah sepat
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya

Bukan semua boleh menjadi nakhoda
Lainnya harus mengikut sahaja
Pasti ada sesuatu untuk semua
Kerana ada tugas yang berat
Dan ada tugas yang ringan
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan

Jika kau tidak dapat menjadi bulan
Jadilah bintang
Jika kau tidak boleh menjadi jagung
Jadilah keledk
Tapi…
Jadilah keledek yang terbaik
Di ladang

Anda rasa siapa anda???
Anda adalah siapa yang anda fikirkan!!!

No comments: