CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Tuesday, December 1, 2009

Berani Gagal!!!

Kegagalan
Bukanlah bererti kita seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti kita masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti kita tidak mencapai apa-apa
Ia sebenarnya bererti kita sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti kita seorang yang bodoh kerana mencuba
Ia bererti kita berani
Kita berdiri teguh
Bersemangat waja!!!
Berbanggalah dengan diri kita

Kegagalan bukanlah bermakna kita tidak akan Berjaya
Ia hanyalah bermakna kita memerlukan sedikit lagi masa

Kegagalan bukanlah bermakna kita kecundang
Ia hanyalah bermakna kita berpeluang bermula semula
Mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan kita
Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik

Jadi!!!
Benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad

No comments: