CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Showing posts with label adam. Show all posts
Showing posts with label adam. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Ceritera si SANGGAR CHEESE!

Aku menjadi semakin tenang selepas mengalami gelojak yang maha dahsyat dalam hidup ku. Aku pasti, inilah masanya ALLAH mempertemukan aku dengan orang yang kurang tepat sebelum aku bertemu dengan insan yang benar benar faham akan jiwa dan sesuai dijadikan teman sedih dan gembira.Selamanya.

Ogos? Bulan yang penuh rahmat dan bulan yang penuh dengan dugaan dariNYA.Ternyata aku masih insan kerdil yang lemah dan rapuh jiwanya. Ternyata aku insan yang memerlukan bimbingan Adam untuk membawa ku ke jalan kebenaran. Ternyata ALLAH masih sayang akan aku.

September? ALLAH mengkehendaki aku untuk bertemu dengan insan ini. Insan yang telah mencuit sedikit rasa kasih dan sayang yang telah lama aku kuburkan bagi insan segagah Adam. 3 tahun. Masa yang sangat singkat jika dimasukkan dalam perhitungan untuk membentuk semula segumpal darah dalam jasad ku ini. Masa yang sangat lama untuk aku benar benar membukanya setelah dikunci rapat untuk bakal penerima aku sebagai rusuk kirinya.

Sanggar CHEESE? Apa yang special? Selalu juga makan sebenarnya. Dengan 6 keping sanggar dihiasi parutan cheese putih dan sedikit gula Melaka agaknya. Tiada yang istimewa. Namun, terasa sangat istimewa apabila ia dijadikan kayu pengukur untuk bertemu di hari akan datang.Bersama Adam. Rasanya patut berterima kasih kepada empunya sanggar CHEESE sebab telah mempertemukan dan menyatukan ceritera menjadi lebih menarik. Terima kasih, sanggar CHEESE!!!

Adam? Siapa Adam ni? Masih belum perlu diperkenalkan agaknya. Sebab masih di peringkat pengenalan. Isi penting, klimaks malah pengakhiran masih belum menunjukkan tanda tanda yang sepatutnya. Walhal, apa yang bermain di benak dan jiwa adalah mengharap agar Adam kali ini akan menjadi Adam untuk selamanya. Pengemudi bahtera yang sekian lama kehilangan Juragan malahan pentafsir mimpi yang sering kali kesepian.

Adam. Harap di setiap doa, kau selitkan enam huruf yang telah lama bersama ku sejak 24 tahun dahulu dan kini aku semakin yakin dan pasti jika ini Adam yang diutuskan buat aku, dalam setiap doaku dan doa ibu ku, kan kami selitkan bait bait nama mu yang terukir indah. Jika ini yang aku rasakan tika dan saat ini, aku jua mengharap Adam sedemikian. Bukan harapan yang menggunung tinggi, cuma sebait lafaz yang aku minta dari mu agar Adam dapat memberi ruang dan peluang untuk ceritera sanggar CHEESE itu terus menuju ke plot yang seterusnya.


Sunday, August 14, 2011

Secebis ingatan buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...

Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Ikhlas dari Hawa abad ini..

~Artikel iluvislam.com~