CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Showing posts with label nangis la. Show all posts
Showing posts with label nangis la. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Saya rasa nak nangis

Saya yang sangat bengang

Fikiran saya tidak boleh diasak dengan pelbagai kerja dalam satu masa. Sekarang natijahnya, saya rasa nak nangis sangat-sangat. Saya tekanan pula. Satu persatu kerja nak diselesaikan pun tak boleh. Masing-masing mahukan hasil dalam masa yang terdekat ni sehingga saya tiada masa untuk diri sendiri.Saya lelah, lemah, tidak bermaya apatah lagi rasa sesak di dada dan kepala. Ada yang datang hanya untuk bersuka ria.Langsung tidak mengetahui permasalahan saya.

Setitik mampu mengubah segalanya

Malahan masih ingin saya melayannya dalam dunianya. Saya pun hairan. mengapa saya terlalu baik sehingga begitu sekali. Saya tiada masa okey! Saya sangat penat. Ketika ini pun saya ingin sangat menjauhi sebarang alat tulis, keyboard, kertas dan segala alatan pengajaran. Tapi apakan daya, Julai adalah masanya sekali lagi untuk pencerapan kali ke-2.Dan ketika inilah beban tugas bertambah.Saya TIDAK SEKALI-KALI HENDAK MENGELUH namun saya meluahkan kerana dengan luahan la saya akan tenang sedikit Tolongla jangan asak saya lagi dengan nasihat yang maha menggunung supaya tidak mengeluh lagi.Sudah saya statekan di situ, SAYA BUKAN MENGELUH TETAPI MELUAH! Saya perlukan ruang dan peluang untk diri saya sendiri. Saya hendak fikir tentang masa depan saya.Saya hendak menerajui kehendak saya sendiri.Harap permintaan HATI dan JIWA saya ini dapat dipenuhi.Saya memang rasa nak nangis! T____T

Okey...cukup..menghabiskan eyeliner Mary Kay seja!

~04.07.2011, 23.29~