CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jana Pendapatan Bersama Cikgu

Friday, May 20, 2011

Selamat Hari Guru..CIKGU!



Selamat Hari Guru, CIKGU! Ya..suka dengar ayat ni sebenarnya...rasa macam dihargai sangat-sangat. Jom jelajah semula mengenai sejarah Hari Guru. Owh ya..sebelum itu, tema Hari Guru tahun ini 2011 adalah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Ya..memang menjana daripada semua segi.

Sejarah Hari Guru di Malaysia.

Setiap tahun pada tanggal 16 Mei, kita akan menyambut hari bersejarah ini. Dan sambutan ini adalah lantaran daripada peristiwa di mana pada tanggal yang sama tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah bersetuju menerima cadangan-cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Pelajaran. Dokumen itu yang juga dipanggil sebagai Laporan Razak telah menjadi dasar pelajaran bagi negara kita.

Tujuan Sambutan Hari Guru.

Bila ditanya, mengapa anda menyambut hari guru? Apa istimewanya, dan apa perlunya sambutan hari guru?

Tak dapat dinafikan bahawa setiap jenis sambutan dan perayaan yang disambut itu mempunyai nilai dan sebab untuk kita hayati, untuk menjadi perkara musabab bagi adanya suatu perayaan itu.

Hari raya aidilfitri contohnya, adalah hari dimana umat Islam semua bergembira dan meraikan selesainya ibadah sebulan berpuasa. Ibadah korban yang dilaksanakan juga adalah peluang untuk kita menghayati sirah pengorbanan nabi terdahulu, disamping memperbanyakkan amalan bersedekah.

Hari guru pun begitu juga. Enam objektif Hari Guru yang digariskan dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia:

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Kepada semua guru-guru dan pendidik di luar sana, selamat hari guru, selamat berbakti, selamat meneruskan perjuangan anda.

Mesti masih ingat lagi pasal sajak ini kan :-

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!

Betapa agungnya jasa dan pengorbanan guru ini. SELAMAT HARI GURU buat rakan-rakan seperjuangan dan guru-guru yang pernah mendidik diri ku sehingga berada di tahap aku sekarang.


No comments: