Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
  Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH
  Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap ISLAM
  Yang sentiasa haus dengan ilmu
  Yang sentiasa dahaga dengan pahala
  Yang solatnya adalah maruah dirinya
  Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
  Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
  Yang bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH
  Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
  Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
  Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
  Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
  Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang
  Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
  Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarganya
  Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya
  Yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya mendalami ISLAM
  Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
  Kerana dunia baginya adalah kesyukuran dengan rahmat ALLAH ke atasnya
  Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam
  Yang hidup di bawah naungan AL-QURAN dan mencontohi sifat Rasulullah
  Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
  Yang menjaga matanya dari berbelanja
  Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH ke atasnya
  Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
  Matanya kepenatan kerana penat membaca
  Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
  Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
  Bangunnya subuh penuh kecergasan
  Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
  Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
  Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
  Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
  Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
  Meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian
  Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak pernah terpesona dengan buaian dunia
  Kerana dia mengimpikan syurga
  Di situlah rumah idamannya
  Dan dia ingin membawa saya bersama
  Dialah LELAKI IDAMAN SAYA…

-LELAKI IDAMAN SAYA-