skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
BACA
 SAMPAI HABIS. Info sangat berguna dan anda akan berfikir 150 juta kali 
untuk ini. Khas untuk pasangan suami isteri dan untuk yang BAKAL 
BERKAHWIN jugak. Nescaya petua ini dapat membahagiakan rumahtangga 
kalian! InshaAllah...
 
 Soalan:
 
 Kenapa lelaki sanggup 
ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang 
kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab. 
 
 Terima 
kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog yang 
banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini 
tiba tiba ada kemusykilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati 
untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka. 
 
 Soalan saya,
 kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin 
dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini 
bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang 
cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai
 dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz 
Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang
 kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih 
kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin 
dengan perempuan yang kurang cantik. 
 
 Nampaknya, teori 
mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat
 Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya 
soalan begini. 
 
 ****** 
 
 Jawapan: 
 
 Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha! 
 
 Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm... 
 
 Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai 
dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang 
cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab 
artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”
 
 
 Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek 
lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. 
Amin. 
 
 Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga
 jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin,
 dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin
 bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin 
dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu 
dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi 
jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang 
beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?) 
 
 Kat mana tadi? 
 
 Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi 
lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang 
kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik,
 dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang 
dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai
 walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka 
bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini. 
 
 Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik! 
 
 Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering
 di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki. 
 
 Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong! 
 
 Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan 
lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong! 
 
 
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong
 sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja. 
 
 Tapi 
bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok 
TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya 
sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya 
mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?! 
 
 Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana. 
 
 Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! 
Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar 
dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!! 
 
 Aku dah rujuk kepada 5
 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah 
kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan 
seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan 
sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding
 suami yang selalu di teman isteri. 
 
 Puan Puan sekalian, 
kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan 
itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, 
adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh 
dengan anda, dan bercerai-naduzubillah. 
 
 Layan suami makan, ada
 di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri 
akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara 
berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama 
syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak 
lapan...jangan! 
 
 Korang bini orang semua ni masih ingat lagi 
tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku 
di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu 
makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan
 sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, 
makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah 
nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing 
syaitan! 
 
 Apa lagi nak di kata? 
 
 Aku ada kenal seorang
 pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan 
cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini 
beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa 
bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas 
suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, 
sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku 
makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur 
hidup. 
 
 Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian. 
 
 Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani 
suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika 
bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita 
tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap 
nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami 
mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. 
Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah 
tangga di kacau syaitan. 
 
 Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur. 
 
 Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang 
perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami 
kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga. 
 
 Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari 
suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke 
subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak 
bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak. 
 
 Argh, tak 
perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa 
pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga. 
 
 
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan 
terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala,
 atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah
 pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata: 
 
 “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!” 
 
 InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. 
 
 Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni, 
 
 Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik: 
 
 “Apa guna berbini cantik, 
 Bila makan tidak meneman, 
 Apa guna isteri romantik 
 Jika selalu mengelak di ranjang” 
 
 Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, 
suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. 
InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku 
sampaikan.